"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Disember 2012

Mengapa Melaysia tidak boleh menjadi negara maju 1

Ada dua jenis manusia yang pergi ke farmasi.

Satu, manusia yang nak cari dan beli ubat-ubatan dan benda-benda lain – seperti gincu Simplysiti, misalnya. Dua, manusia yang suka lihat-lihat benda-benda yang terdapat di dalam sesebuah farmasi - supaya, apabila timbul sesuatu hal diluar jangkaan pada masa akan datang, dia ingat, "Oh, iodine ada dijual di farmasi!", misalnya.

Hari ni aku adalah manusia jenis nombor 'Dua'.

"May I help you, sir?" Jurujual itu panggil ‘sir’ semasa aku sedang jalan-jalan ‘baca label’ di farmasi tersebut (to be precise - farmasi di Sogo). Sebelum itu, jurujual itu sedang borak dengan rakan-rakannya – macam ‘mak-nenek berborak pasal pembahagian tanah pusaka’ – dan hanya bergegas ke work station yang dia sepatutnya jaga apabila melihat seorang lelaki hip (ahaks) sedang tercangak-tercangak bagaikan sedang mencari sesuatu.

“Errr... saya tak tahu lagi nak beli apa...” Aku kata. Jujur.

“Hah! Kalau tak tahu – kenalah bertanya!" Jurujual tu kata, sambil buat muka meluat. Pada masa yang sama, dia melekapkan teteknya ke rak ubat-ubatan – seperti Mopiko, misalnya. Dalam posisi ini - dia sambung borak pasal ‘pembahagian tanah pusaka’ dengan rakannya-rakan yang berada di rak syampoo dengan nada kuat.

“Awak block dengan tetek awak benda yang mungkin saya nak beli...” Aku kata.

“Ops! Sorry, sir! He he.” Jurujual tu kata. “So, may I help you, sir?”

“Errrr... ada jual Kalium Permanganat (KMnO4)?” Aku tanya.

“HAH? Apa magnet, sir? Errr..., errr..., errr....” Jurujual tu tanya aku semula.

Jadi, ada dua moralnya di sini. Satu, untuk menjadi sebuah negara maju, kita tak boleh sekadar mempunyai jurujual muka lawa yang tidak faham/tak master dengan produk yang mereka jual dan sekadar menghafal kalimah “May I help you, sir?” sahaja. Dua, ha ha ha, don’t play-play dengan budak sekolah sains!

“Ubat untuk bunuh Clorococcus ada?" Aku tanya soalan lain. Kali ini, tetek jurujual tu dah tak melekap lagi di rak ubat-ubatan. Dia dah mula buat muka cute-cute kat aku.

Aku blah!

22 Comments:

Blogger sinaganaga said...

1st. :)

Disember 28, 2012 5:19 PTG

 
Blogger lavender harum wangi said...

2ND :3

Disember 28, 2012 5:37 PTG

 
Blogger Cikgooden said...

Hahaha

Disember 28, 2012 6:08 PTG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

Dah lama tak dengar Kalium Permanganat

Disember 28, 2012 7:47 PTG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Ada sekali tu, saya pergi Guardian.Seorg lelaki India bertanya 'ada jual Estrogen?'

Salesgirl tu tak faham.Sbb dia bukan farmasis.
Farmasis pula tak ada. 'Apa, encik?'

'Estrogen. Ada tak?'

'Erm. Jenama apa?'

'Tak kisah la. Aku tanya, ada estrogen tak? Itu pun tak tau ke?'
Mamat tu terus blah. Dgn bengangnya.

Rasa2nya dia tak dapat ehem ehem sebab bini dia dah habis stok pil kontrasepsi. Kalau dia mintak pil kontrasepsi, mesti salesgirl tu cakap ada.

Disember 28, 2012 9:16 PTG

 
Blogger BonekadalamChermin said...

hahaha

nice sinikal abam naga!


:D

Disember 28, 2012 9:29 PTG

 
Blogger Kumprinx said...

last. :)

Disember 28, 2012 9:49 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

dah last ke? dulu boleh cecah sampa 101 komen, hapeeee! :)

Disember 28, 2012 10:33 PTG

 
Blogger Kumprinx said...

haha..
deme potong line fans nak komen "1st. :)". tu pasal la.

Disember 28, 2012 11:13 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Serius, aku pun tak tau apa benda tu. Aku bukan budak sains.

Budak kelas belakang ha ha..tapi nanti aku tanya pakcik gugel.

Gembira lu tulis semula bang :)

Disember 29, 2012 8:32 PG

 
Blogger Pokok said...

huhu.. hidup lagi abg naga.. lama tak update blog..

Disember 29, 2012 12:51 PTG

 
Blogger Unknown said...

Lagi dahsyat daripada Amanat Haji Hadi ni.... Sebab ustaz-ustaz tak akan masuk farmasi tu! haha

Disember 31, 2012 3:52 PTG

 
Blogger aza ni said...

salam tuan rumah,
kali pertama bertandang,
i like

Disember 31, 2012 5:52 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

takde pulak ayat "dan aku melangkah keluar dari premis itu dengan bbm pin salah seorang daripada mereka..."

Januari 02, 2013 6:31 PTG

 
Blogger Bukan Sepet said...

Sungguh. Aku tak faham mender, tapi aku bukan budak sekolah sains. budak teknik bunuh orang. cubalah mintak ubat bahasa mudah sikit - ubat kurap, misalnya. Atau penawar gatal - no telefon, misalnya. Atau ubat ngada ngada - approved friend request, misalnyaaaa.....

Januari 03, 2013 4:47 PTG

 
Blogger nabihah said...

wow,dulu budak skola sains. tp skang wat keje2 seni. kagum gak saye.

Januari 08, 2013 9:56 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nabihah,
He he.

Januari 09, 2013 1:01 PG

 
Blogger Lan Rambai said...

Hidup lagi kau naga rupanya

Januari 24, 2013 3:55 PTG

 
Blogger Unknown said...

ptme kali bce blg ni.. tkot aq.haha

Mac 16, 2014 3:31 PG

 
Blogger aryshdanea said...

kalium permangganat? nostalgia

Mei 15, 2015 6:23 PG

 
Blogger Zura Rahman said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Jun 23, 2015 7:59 PG

 
Blogger Zura Rahman said...

hmm... kenapa ya, saya sedang menulis komen di ruangan ini. Kerana cotton candy, saya tersesat kat blog awak ni. but seriously, you are really interesting. I pinjam you untuk jadi hero novel saya nak?

anyway, apa cotton candy dalam istilah sains ;).

Jun 23, 2015 8:03 PG

 

Catat Ulasan

<< Home