"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

18 Mac 2012

Bunohan: Sebuah ulasan yang hampir terlambat

[Saya batuk. Hampir tiga minggu lamanya. Hal yang demikian sedikit sebanyak mengganggu kehidupan saya. Ahaks!]

Visual
Sebagai karyawan yang berpengalaman dalam dunia Seni Komersial, Dain Said sejak lama dahulu telah mengunyah dan menghadam aspek-aspek Asas Seni Lukis dan Prinsip Rekaan yang harus diterapkan dalam sesebuah karya. Oleh yang demikian (yakni, isu Asas Seni Lukis dan Prinsip Rekaan untuk diterap dalam filem Bunohan) telah dulu selesai!

Sebagai karyawan seni, Dain Said tahu bila masanya dia perlu bersikap berlebih-lebih, bersikap sederhana, atau bersikap minimal dalam menangani karyanya.

Apa yang perlu Dian Said fikirkan kini: 1. cerita, 2. kausaliti, 3. dan bagaimana mahu menyilang kaitkan kesemuanya untuk mencipta suatu 'kesepaduan' yang berfungsi/berperanan. [Akan saya ulas di bahagian bawah nanti.]

Sinematografi
Charin Pengpanich tidak meletakkan subjek utamanya dalam keadaan Rules of Third atau Golden Section Rule. Charin Pengpanich (Pengarah Fotografi) (dan juga saya, barangkali mungkin) percaya bahawa Imbangan Tidak Simentri pun tidak lagi dinamik (sama sifatnya seperti Imbangan Simetri - yang sah sah berkeadaan tidak dinamik).

Lalu, Charin Pengpanich banyak meletakkan subjek utamanya pada keadaan 'tergelincir sedikit' dari garis tengah Imbangan Simetrik. Dan, kita merasakan visual Bunohan lebih 'lain' dan lebih dinamik.

Con: Adil berdiri 'tergelincir sedikit/ke kiri atau ke kanan sedikit' dari garis tengah perbingkaian babak di muka pintu bilik ayahnya, Pok Eng. Dan banyak lagi.

Kerja Kamera
Saya suka. Seperti yang saya ulaskan sejak awal tadi - karyawan filem Bunohan tahu bila mereka mahu bersikap berlebih-lebih, bersikap sederhana, atau bersikap minimal dalam menangani karya ini. Ada ketikanya kren digunakan (babak Adil dan Muski di paya/lalang), ada ketikanya steady camera digunakan (babak pergaduhan di vanue Muay Thai); kesemuanya digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian.

[Sepatah kata sahabat saya, Nizam Rahmat, 'Kita jangan jadi budak baru keluar kolej - segala font yang ada dalam komputer mereka nak bubuh dalam satu keping design, bro!' HA HA.]

Fokas Penarik
Fokas penariknya kemas dan terancang. Lebih-lebih lagi ketika babak di warong kopi.

Pemilihan Lokasi
Saya amat menggemari lokasi paya dalam filem Bunohan ini. Pantulan imejan peran-peran dan objek-objek yang berada di atasnya begitu menyihir. Begitu juga dengan kocakan dan percikan yang tercipta oleh tindakbalas daya yang dikenakan ke atasnya (ilmu fizik dah ni, pergh!).

Saya amat menyukai babak kereta buruk yang berlalu membawa Adil dan kawan-kawannya lari dari vanue Muay Thai pada babak-babak awal Bunohan).

Lokasi yang paling saya suka: 1. Kapal di atas darat yang menjadi tempat tinggal Jing, 2. Vanue terakhir perlawanan Muay Thai - di dua buah kapal di tepi jeti, 3. Paya dengan hujan rintik-rintik.

Muzik Latar
Sekali lagi, seperti yang saya ulaskan sejak awal lagi - karyawan filem Bunohan tahu bila mereka mahu bersikap berlebih-lebih, bersikap sederhana, atau bersikap minimal dalam menangani karya ini. Hampir keseluruhan filem ini tidak dilapisi dengan muzik latar. Jika ada pun - hanya pada beberapa babak yang terpilih: 1. Babak kereta buruk yang membawa Adil dan kawan-kawannya cabut lari melalui sebuah pemandangan yang cantik, 2. Babak Bakar di dalam kereta di persimpanan jalan, 3. Beberapa babak lain yang saya telah lupa.

Pengenalan watak
Saya suka cara setiap watak diperkenalkan kepada penonton dalam filem ini. Rujuk babak awal di kedai kopi: orang banyak sedang menonton TV: "oh, itu Pekin Ibrahim, itu ..., etc!" Nampak bijak dan 'lain' sekali.

Peran
Bunohan yang ditangani oleh ramai peran-peran yang baik dan berperanan/berfungsi.

Ilham ditangan Faizal Hussein begitu meyakinkan.
Malah, kita tak pernah melihat Faizal Hussein menekuni watak dalam filem-filem lakonan sebelumnya (Senja Merah, Bujang Selamat, Gila-Gila Remaja, dll) sebaik ini.

Adil di tangan Zahiril Adzim sebenarnya biasa-biasa sahaja. Pun begitu, ketangkasannya dalam babak-babak bertinju Muay Thai amat meyakinkan. Dan kita sukakannya.

Oleh kerana kita begitu menyukai watak yang dibawa oleh Faizal Hussein dan Zahiril Adzim - kita mungkin melupai kehebatan Pekin Ibrahim dalam menekuni watak Bakar. Di dalam dunia realiti: Pekin Ibrahim tidak seperti Bakar dan Bakar tidak seperti Pekin Ibrahim. Oleh kerana itu, saya fikir, ini kerja susah dan Pekin Ibrahim telah berjaya menekuni watak ini dengan baik sekali. Secara peribadi, saya fikir, Dain Said memang sengaja mereka bentuk watak Bakar sedemikian rupa!

Kalau saya diminta untuk memberi medal untuk ketiga-tiga adik beradik ini - saya bagi Emas untuk Faizal, Perak untuk Pekin, dan Gangsa untuk Zahiril.

Bunohan juga begitu berjaya di tangan peran-peran pembantunya: Deng (Bront Palarae), Pok Eng (Wan Hanafi Su), Muski (Amerul Affendi), Jing (Jimmy Lor), Pok Wah (Namron), Awang Sonar (Soffi Jikan). Pun begitu, Namron dan Soffi Jikan gagal untuk menguasai dialek Kelantan dengan sebaiknya - dan ini tidaklah sehingga mencacatkan Bunohan.

Yang paling memeranjatkan - Jolok (Hushairy Hussin). Siapa dia ni? Bagus betul lakonan dia!

[Saya ingin menamakan Hushairy Hussin sebagai calon untuk Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik - bersaing dengan Fauzi Nawawi 'Songlap' yang telah saya telah pilih sebelum ini].

Tengku Azura? Dia masih lagi jelita walaupun telah menjadi buaya. Jom kapel! HA HA.

Cerita
Ketika kecil, arwah Abah sering membawa saya ke panggung wayang. Antara wayang yang saya masih ingat lagi adalah The Crocodile Men (1976). Kisah manusia menjadi buaya, ha ha ha!
http://youtu.be/t7-Eb60ThCQ

[Pada ketika itu Kuantan, di tahun-tahun 70-an, memang dipenuhi dengan cerita-cerita pelik, antaranya: 1. UFO singgah di Kem Batu 10, 2. Budak kembar ular (Arwah Abah pernah menyimpan gambar bayi bermain-main dengan ular ini dahulu tetapi telah hilang dalam simpanan saya), 3. dan beberapa cerita bida'ah lagi, ha ha. Kuantan memang kota bida'ah! HA HA HA.]

Bunohan, bagi Dain Said, adalah sebuah kampung yang jika orang bersetubuh pun maka seluruh orang kampung akan mengetahuinya, apatah lagi jika berlaku hal yang besar-besar - konflik tiga beradik Ilham, Bakar, dan Adil, misalnya.

Bunohan, bagi Dain Said, sama ada dalam bentuk kata kerja atau pun kata nama khas - adalah premise filem ini. [Pergh! Ayat gua...].

Dalam Bunohan, ada beberapa cerita yang cuba digabung jalinkan Dain Said: 1. mitos buaya jadian, 2. konflik tiga beradik (termasuk dengan ayah mereka), 3. seni dan falsafah wayang kulit dan main puteri, 4. seni Muay Thai dan lawi boreng, 5. pembunuh upahan. Dan, Dain Said telah berjaya menggabungkan kesemuanya menjadi suatu kesepaduan yang sempurna.

Sebenarnya, sedutan filem Bunohan telah ditayangkan di MASKARA pada tahun lepas. Ketika itu, Dain Said datang dan saya sempat berbual-bual dengannya seketika. Daripada rupa asap rokok yang berkepul-kepul keluar dari mulutnya, saya dapat rasakan kegelisahan yang terpendam di dadanya untuk berhadapan dengan penerimaan khalayak tentang filem keduanya itu. Pekin Ibrahim dan Soffi Jikan turut hadir sama. Cuma, Tengku Azura tidak dapat hadir - entah apa sebab, mmm, ai frust yuuuu...

Selepas tayangan, Pekin Ibrahim bertanya, "Macamana, bang?" Saya cuma jawab, "Ok!" Walaupun di dalam hati saya berkata-kata, 'Bagus filem ni!'

[NOTA: Pertama kali saya berjumpa dengan Pekin Ibrahim - di lokasi pengambaran filem Apokalip arahan Mamat Khalid, berambut rasta dan datang bersalam dengan saya tanpa bercakap sepatah haram pun - mungkin ketika itu dia sedang menghafal skrip, ha ha ha].

Selepas menonton Bunohan buat kali kedua
Saya syak, ya, saya syak - Pok Eng juga buaya jadi-jadian! Amacam? HA HA.

Ya, Pok Eng dan pasangannya Mek Yah adalah buaya jadi-jadian yang telah mengambil keputusan untuk menjelma menjadi manusia dan menjalani kehidupan seperti manusia dan beranak-pinak. Ini dikuatkan lagi oleh peryataan, "Bopokmu tu boyo!" HA HA HA.

Kemudian, Mek Yah menjelma kembali menjadi buaya setelah Pok Eng mengkhianati cinta mereka apabila berkahwin dengan Mek Ani. Pun begitu, sekali sekala, dek akibat terlalu sayang dan kuatnya cinta mereka berdua - Mek Yah dalam diam-diam menjelma menjadi manusia kembali dan bersetubuh dengan Pak Eng sehingga bunting dan melahirkan anak mereka, Adil. Well, boyo samo boyo tok perlu nikoh-nikoh, rojok-rojok, sungggguh! Lagi pun, Mek Yah comey weh, hati mano dok goye! HA HA.

Dan pada babak akhir - Mek Yah menjelma kembali dan mengajak Pok Eng mengikutnya pulang ke jerumun buaya. Babak ini adalah babak 'penegas' kepada syak wasangka saya.

Apa yang menjadi 'statement' Dain Said di dalam filem ini - 'Siapa lagi ganas? Buaya ke manusia?' HA HA HA.

Amacam? Ada yang bersetuju dengan saya? HA HA.

Ramalan saya
Filem ini amat bagus. Cuma, filem ini akan kurang mendapat tempat di hati penonton yang rata-ratanya bodoh tentang seni filem. Budak-budak WISE pun belum tentu pergi menonton filem ini, ha ha ha, apatah lagi mat rempit dan minah bonceng! Mereka nak tengok Songlap dan Kongsi dan KL Menjerit saja, Baiiiii! 'Menghiburkan', katanya! Ahaks! HA HA HA.

Bintang
Saya bagi empat setengah bintang! MESTI TONTON! Kena tonton cepat-cepat - dah nak habis dah sesi tayangannya!

26 Comments:

Blogger AKMAL_ALIF said...

Wooh...terbaik bro ulasan ni. :-)

Mac 18, 2012 11:45 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Akmal, gua menulis dalam batuk-batuk ni - main belasah 'je ni! HA HA.

Mac 18, 2012 11:54 PTG

 
Blogger Ophe said...

setuju. bunohan adalah filem yg jarang22 akan wujud dalam industri filem Malayia. terbaik. tp sayang sekali sambutan agak dingin di panggung.

Mac 19, 2012 12:21 PG

 
Blogger Cikgooden said...

review kemah, bro...

teruja nak pergi tgk..

Mac 19, 2012 12:47 PG

 
Blogger test said...

gua paling setuju dengan kenyataan lu yang Pok Eng dan Mek Yah kedua duanya buaya jadian kerana gua mmg menunggu siapa yang 1st akan sebut perkara ni. Btol arr tu buaya dengan buaya tak perlu nikah dan rujuk. Ini filem fantasi yang eskapisme.

yang lain lain semuanya asas, jadi gua x suker sgt, x mencabar pemikiran.

Mac 19, 2012 1:07 PG

 
Blogger Viona Vernett said...

WEI ini bukan ulasan ini dah rungkaian weiiiiii spoillllluh dah la tak balik tanah air tak aciiiiiiiiiii

Mac 19, 2012 3:06 PG

 
Blogger Pnut said...

aku tido masa tengok ni, sebab baru lps telan ubat selsema, sangat bongok ku rasakan diriku tertido beberapa babak...

siapa nak belanja aku tengok lagi sekali??

Mac 19, 2012 7:43 PG

 
Blogger fadz said...

mati2 aku igat komentar pertama tu akmal abdullah! hahaa

whooaaa bro, i jatuh cinta dgn ini ulasan, deep tapi menghiburkan nafsu i!

Mac 19, 2012 9:09 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Fadz,
Amboi, kau dah ada libido semula ke? HA HA HA.

Mac 19, 2012 9:10 PG

 
Blogger sinaganaga said...

SATU SOALAN YANG HENDAK GUA LONTARKAN KEPADA PEMINAT2 GUA:

ADIL MATI KE TAK? HA HA. (TIPS: JAWAPAN PADA PERSOALAN INI ADA PADA BABAK PALING AKHIR FILEM INI).

Mac 19, 2012 9:16 PG

 
Blogger Unknown said...

'Budak-budak WISE pun belum tentu pergi menonton filem ini, ha ha ha'

Aku paling suka ayat ni. Macam cilakeeee! Ha ha ha

Mac 19, 2012 10:51 PG

 
Blogger Azmi Ali said...

Peh! Sempoi gile ulasan ni :)

Mac 19, 2012 12:00 PTG

 
Blogger Miracle five said...

terbaik... aku suke ulasan ni... habis filem ni "dibogelkannya" HaHaHa..

Mac 19, 2012 6:06 PTG

 
Blogger Unknown said...

Dialog-dialog tambahan di dalam pawagam semasa saya menontonnya:
1- "Negeri ini tak ada polis ke?"
2- "Baik dia datang kampung aku gali kubur."
3- "Dia ini asyik main dengan tengkorak sahaja ke?"

Huh!!!

Mac 19, 2012 7:28 PTG

 
Blogger Daud said...

Jolok pernah berlakon dgn subri yunus n zulhaimi dlm citer sorok bau budu.tp dlm citer tu dia keras lg la berlakon.

Mac 20, 2012 11:32 PG

 
Blogger Daud said...

lg satu..klu ikut resam main puteri..adil bakal hidup lg la.

Mac 20, 2012 11:33 PG

 
Blogger Unknown said...

Gua bersetuju dengtan Daud (pasal main puteri). Dan, gua baru sahaja explain kepada Fadli Tonton Filem pasal hal itu.

Mac 20, 2012 12:53 PTG

 
Blogger Unknown said...

Unknown tu gua, Sinaganaga.

Mac 20, 2012 12:54 PTG

 
Blogger anonimes said...

abang naga, boleh ulas tak kenapa Dain Said pilih nama Ilham, Bakar, dan Adil sebagai pendukung watak?

kalau perasan ketiga-tiga nama tu wujud dalam bahasa percakapan harian dan dalam dewan bahasa dan pustaka.

Mac 20, 2012 4:58 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

kelezzz!!!

Mac 20, 2012 11:17 PTG

 
Blogger lavender harum wangi said...

ah kecewa la gini. tak berkesempatan nak pergi menengok citer ni. T____T

Mac 21, 2012 6:03 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

Sayang aku duduk seberang laut. AKu tunggu di Astro Sinema nanti.

Mac 22, 2012 12:12 PG

 
Blogger ♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aku tengok Bunohan 3 kali tau Bang Naga.

Keh keh keh.

Mac 25, 2012 12:06 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

Aaaaa pening... Takpela aku tunggu astro first ajela

Mac 26, 2012 12:34 PTG

 
Blogger Mrs. Hanani said...

mana ada lupa watak Pekin Ibrahim, dia sebenanrnya mastermind..manusia camni banyak dalam dunia, kena elak jauh2.

April 07, 2012 4:15 PTG

 
Blogger S.YanaZ said...

Meletakkan Faizal Hussein juga pada satu tingkat lakonan yg lain.

Julai 19, 2012 11:41 PG

 

Catat Ulasan

<< Home