"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

01 November 2011

TV dulu-dulu

Hari itu hari Sabtu. Hari budak-budak tak sekolah. Hari budak-budak macam gua tengok TV dari petang sampai ke malam.

Dulu-dulu TV 'start' petang. Kecuali pada Hari Kebangsaan atau pada hari Muhammad Ali lawan Joe Frazier.

Jadi, awal-awal petang lagi gua dah 'switch on' TV. TV belum bersiaran pun. Yang ada hanyalah grafik macam 'sound hole' gitar; berlatar belakangkan lagu Guantanamera. Gua sabar. Kemudian, keluar gambar bendera warna hitam putih sedang berkibar (sumpah dek! dulu-dulu, bendera Melaysia memang warna hitam putih, keh keh keh); berlatar belakangkan lagu Negaraku. Gua sabar. Kemudian, keluar rancangan Toto Sport. Gua sabar. Sesekali gua pandang jam di dinding. Dah dekat pukul tiga petang. Kemudian, jeng jeng jeng, keluar Felix The Cat. Kemudian keluar Merrie Melodies. Kemudian keluar Giant Robot. Etc, etc, etc.

Pukul enam petang, mak gua suruh gua pergi mandi. Lepas tu kena gua pergi makan. Lepas tu gua kena pergi baca muqadam. 'Sharp' pukul 8:30 gua dah 'terpacak' semula di hadapan TV untuk tengok Ironside, tengok Mannix, tengok Rockford Files. Pukul 10 malam, mak gua suruh gua masuk tidur.

Gua cakap, tunggulah kejap, gua nak tengok Peristiwa. Peristiwa ni penting sebab ada berita-berita dari luar negara. Selalunya, kalau tengok Peristiwa, kita kena tengok sampai hujung. Sebab, di hujung-hujung, selalunya ada berita perang: Mesir lawan Israel atau Amerika lawan Vietcong. Kalau bernasib baik, Peristiwa akan tunjuk gambar USS Nimitz. Pergh!

Mak gua suruh tidur! Gua cakap, kejap! Mak gua suruh tidur, sekarang! Gua cakap, kejap kejap, lepas ni ada cerita 'best' agaknya ni! Mak gua cakap, kalau tak mahu tidur sekarang, hah, kena tengok TV sampai habis siaran, selagi tak habis siaran - jangan tidur, kalau tidakkkkkkkk - esok tak boleh tengok TV lagi!!!

*gulp*

Pap! Payton Place, episod 373 & 374 'start'.

'Damn!' Gua dah 'start' mengantuk dah... Punyalah 'slow' cerita ni - tuhan sahajalah yang tahu!

Pap! Payton Place tamat!

Lega. Dan, ketika gua baru sahaja nak pergi 'switch off' TV... [dan masuk tidur].

Pap! GUS STEYN 'start'!

.
.
.
.
.

'Guys', malam tu, sampai berair-air jugalah biji mata gua kena 'layan' Gus Steyn di sebelah mak gua yang dah macam Siti Tanjung Perak tu, alahai!

FIN

12 Comments:

Blogger sinaganaga said...

first!

November 02, 2011 12:09 PG

 
Blogger sha83@kaizer said...

hahha aih ... diri sendiri yang first ek ... mmg tak boleh celen betol neh

teringt masa kecik kecik dulu yang kene temankan mak layan ceta ceta melayu lama hehe

November 02, 2011 12:19 PG

 
Blogger zan said...

Panjang entri. Suka hati nampak? Kah kah kah!

November 02, 2011 12:25 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Sha,
Ha ha.

Zan,
HA HA.

November 02, 2011 12:30 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Dulu-dulu.. gua tengok "The Sulivans"... Kecik2 sudah gila mat-salleh.. Kekeke.

November 02, 2011 8:34 PG

 
Blogger Fahmi Ismail said...

Naga, Sports Toto pun ada rancangan dia sendiri ka? masing-masing tunggu 'result' la macam tu depan TV...kehkehkehkeh

November 02, 2011 8:41 PG

 
Blogger pakkordi said...

Paling sedap tengok TV bila TV3 start menaik tahun 1983. TV jadi lain.

November 03, 2011 2:15 PTG

 
Blogger MKriza said...

Dulu-dulu TV mesti pakai baterikan? cas bateri kat mana?

November 03, 2011 3:14 PTG

 
Blogger kepollica said...

Aku punya tv ada pintu. Kena buka pintu baru nampak skrin tv. Ha ha.

November 04, 2011 3:30 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku tak lahir lagi zaman kau cerita tu..

Kecik-kecik aku dulu zaman BJ & the Bear, Chips....hehe...

November 13, 2011 12:02 PTG

 
Blogger Shaira Amira said...

KUDU!! Cepat!

November 15, 2011 11:30 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Shaira,
Gi KUDU bawa emak tak mau!!!!!! Gi KUDU bawa bf pun tak mau!!!! :)

November 16, 2011 8:05 PG

 

Catat Ulasan

<< Home