"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

12 Ogos 2011

Karipap-Karipap Cinta

Fasha Sandha melihat-lihat karipap itu dengan rinci. Setelah sekian lama, dia bersuara, "Saya tak reti nak kelim karipap, awak!" Kemudian, dia mengigit hujung kelim karipap yang garing itu dengan giginya yang tersusun cantik; remah karipap tertumpah ke atas ribanya yang berbalut jean warna pirus; aku pura-pura tak perasan (sebab, aku bukan suka sangat kepada kebersihan dan alam sekitar pun, ha ha ha).

"Awak pernah cuba kelim karipap guna hujung garfu?" Aku tanya.

"Boleh ke?" Dia tanya aku semula.

"Entah!" Aku jawab.

FIN

16 Comments:

Blogger sinaganaga said...

First!

Ogos 12, 2011 11:31 PTG

 
Blogger NeemoNeemoâ„¢ said...

Cakap kat Fasha, boleh refer entri saya tentang cara2 mengelim karipap.

Karipap

Ogos 12, 2011 11:49 PTG

 
Blogger NeemoNeemoâ„¢ said...

Eh lupa lak.

2nd and 3rd!

Ogos 12, 2011 11:50 PTG

 
Blogger bact. said...

kelim karipap guna garpu
mcm menarik ja
hahhah

Ogos 12, 2011 11:51 PTG

 
Blogger lavender harum wangi said...

manja nya fasha. meh lempang sikit.

Ogos 13, 2011 12:03 PG

 
Blogger ENCIK TIKUS said...

dah bagi link blog nie dekat fasha by twitter... harapharap dia suka..

Ogos 13, 2011 12:38 PG

 
Blogger Unknown said...

Fasha....ai pon tak pandai kelim karipap...

Ogos 13, 2011 5:39 PG

 
Blogger Jef Hadi said...

Bang Jend.

Hihi. Takde apalah. Ingat nak tanya pasal ayat "BUKA suka..." tu. Memang itu ke perkataan yang betul? Tapi teringat, typo itu normal. Hihi.

Ogos 13, 2011 7:38 PG

 
Blogger Waqheh said...

kalo gua. mmg dh gua sumbat terus karipap tu sambil tonyoh2 inti mulut dia..

Ogos 13, 2011 3:23 PTG

 
Blogger Fa-T said...

dalam sungguh tahap cinta tu

Ogos 14, 2011 12:07 PG

 
Blogger Fazrol Bin Che Isa said...

Kuih karipap aje? Kuih keria, koci dgn ketayap ada tak? Baru lengkap pakej cinta itu...

Ogos 14, 2011 3:28 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

boleh la kelim karipap guna garfu... erk lapar lak karipap nih... huhu ~

Ogos 15, 2011 1:25 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Karipap ke epok-epok...

Ogos 16, 2011 4:33 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Pakai stapler?

Ogos 18, 2011 4:06 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

Kelim tu apa?

Ogos 19, 2011 9:58 PTG

 
Blogger Corey said...

Guna cable tie boleh kut.Tak pun ikat guna dawai halus

Ogos 19, 2011 10:21 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home