KATA LUPA KEPADA INGAT oleh PROF. LIM KIM HUI
Selepas Sajak-Sajak Suci Abdullah Jones, Perahu Fansuri Rahimidin Zahari - KATA LUPA KEPADA INGAT LIM KIM HUI adalah di antara buku sajak terbaik terbitan Sindiket Sol-Jah. Wajib beli! Berbaloi-baloi!
sewaktu kautersungkur
baru kutahu
betapa bahagianya
menjadi aku!
Puisi merupakan bahasa kenangan yang merakamkan peristiwa-peristiwa masa lalu. Tatkala kita sudah lupa, metafora bahasanya bagaikan mengingatkan rindu kita pada masa silam. tatkala kita mahu mengingati sesuatu, ada suatu pesan yang tidak harus kita lupakan: kadangkala lebih baik lupa daripada ingat. Kumpulan puisi KATA LUPA KEPADA INGAT ini mengumpulkan sejumlah 71 puisi yang merakamkan pelbagai peristiwa yang mahu dilupakan penulis tapi citra-citranya terus menerus bertali temali dalam ingatan.
~ Profesor Lim Kim Hui, Jabatan Pengajian Melayu-Indonesian, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea.
Prof. Lim Kim Hui pernah mengambil bahagian dalam ASEAN Writers Conference/Workshop (poetry) kedua di Manila, 1995. Beliau pernah memenangi Hadiah Sajak Khas Utusan Melayu - Public Bank dalam kategori bukan Melayu tahun 1987, 1989, 1993, dan 1994, Hadiah Penghargaan Cerpen Malayan Banking - DBP II, Hadiah Pertandingan Puisi Keamanan, Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu - GAPENA (1992) dan Hadiah Penulisan Puisi Bosnia (1994).
Sama seperti Abdullah Jones dan Rahimidn Zahari, Prof. Lim Kim Hui bersahabat dengan Sinaganaga, ahaks!
KATA LUPA KEPADA INGAT
oleh penyair Prof. Lim Kim Hui
160 halaman
45 NASKHAH sahaja yang kami akan jual! Jadi, beli cepat, sebelum terlambat!
RM20 + *RM4 (pos ekspress sahaja) = RM24
*50 sen tu untuk tambang teksi aku pergi ke Pejabat Pos, keh keh keh.
Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Nama: AZALAN BIN HUSSAIN
Akaun: 1-14141-15430-1 (Maybank)
Kemudian, emelkan bukti pembayaran ke emel : jimimahmud@gmail.com dan pada subjek tulis: BELI KATA LUPA KEPADA INGAT. Tulis nama sebenar anda dan alamat yang betul dan tepat (untuk menjamin buku-buku sampai kepada anda).
Kemudian, kami akan pos buku anda, dan balas emel anda dengan menyertakan 'nombor rujukan pos ekpress' untuk anda menyemak sendiri di laman web rasmi Pos Malaysia: http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_express_mail_old.asp
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya buku tidak sampai kepada anda jika status tracking pos ekspress mengatakan: Final Delivery.
Jadi, pastikan anda memberi alamat anda yang valid sahaja.
Katakan selantang-lantang suara
tentang bahasa demokrasi
kerana satu undi lebih berharga
daripada peluru seguni...
7 Comments:
Cantik kulit buku!
Ogos 01, 2011 10:25 PTG
Aku keliru sama ada aku terperdaya dgn ulasan Naga tentang buku ini? aku sudah pun pesan. sila lihat dalam kotak peti surat maya anda.
Aku tak mampu hendak berpuisi jadi aku hormat dengan penulisnya. Ia adalah anugerah tuhan kepadanya.
Yang pasti aku akan sokong Sindiket Sol-Jah.
he he. tahun 2011 baru jumpa blog ni. Itupun kerana Saharil inbox pasal I-pad 2. ha ha.
Ogos 02, 2011 12:12 PG
woit. 50 naskah jek jual. bapak rare! haha
Ogos 03, 2011 8:20 PG
pembetulan! 45 naskhah sahaja yang aku jual. sebab, lagi 5 naskhah aku dah hantar ke Perpustakaan Negara. Harap maklum.
Ogos 03, 2011 6:21 PTG
Kejam! Buat 50 naskhah saja.
Ogos 04, 2011 10:14 PG
boleh COD di rokes burger?kalau boleh minggu ini juga..pos dekat sini ada prob sket.
kalau x boleh,nanti aku email
September 04, 2011 2:34 PTG
macam menarik aje utk dibaca.ade less x?heeh ; p
Oktober 16, 2012 10:38 PG
Catat Ulasan
<< Home