SUDAH TERBIT. BAKAL MELETOP.
PENUTUP KATA (dalam buku ini)
Saya syak, feminism mula bertapak di negara ini seawal kaum perempuan mula mengangkat senjata melawan musuh. Mula mula pistol, kemudian senapang. Kemudian, ada di kalangan mereka yang diangkat ke jawatan menteri. Ini menjadikan mereka semakin kuat.
Hari demi hari mereka semakin lantang melaungkan slogan ‘Semua Lelaki Sama – Jahat!’ misalnya.
Mujurlah ada Bart Ahmad yang menulis dalam buku Rahsia Victoria ini dan sedikit sebanyak telah membocorkan rahsia pakatan jahat dan bidaah terancang mereka itu. Ya, kalau ada kuasa - saya akan lantik Bart Ahmad menjawat jawatan Exco Perhubungan Lelaki dalam Sisters in Islam.
Orang banyak mungkin membenci dan menyukai Bart Ahmad kerana buku ini. Bart Ahmad [dan saya] bukanlah anti feminism atau male chauvinism yang kedua duanya ‘berbau’ seperti sebuah gerakan hak asasi manusia. Kami lain. Kami lebih bersifat mahu ‘safe the male’. Niat kami ikhlas. Watahelman.
Sepatah kata Bart Ahmad, “The reason ada feminism adalah kerana perempuan tak boleh bersatu, naturally. Jadi, mereka kena create ‘satu benda’ (feminism) untuk membuat mereka percaya yang mereka bersatu. Kita different, walau tanpa persatuan, badan, gerakan, kelab, dan sebagainya - kita memang bersatu, naturally!”
Akhir kata, apa pun, tanpa perempuan, kita susah nak menangis. Ya, kita (yakni lelaki) perlu menangis juga sekali sekala demi untuk menjaga kesihatan mata. Watahelman.
Lan Benhussain,
Apatmen Mewah, Menara O, Bandar Baru S, Kuala Lumpur.
8 Comments:
First! hehe
Ogos 25, 2012 10:57 PTG
salam sinaganaga, mcm mana gua nak jumpa abdullahjones? haha
Ogos 27, 2012 5:09 PG
Hahaha. Ayatnya berbaur 'keadilan' di situ. Haha
Ogos 27, 2012 7:41 PG
Watehelman.. Haha.. Ulasan berbaur perjantinaan..
Ogos 29, 2012 4:15 PTG
mana mau cari ini buku
September 05, 2012 3:00 PTG
Safe the male ka, save the male?
September 10, 2012 10:00 PG
Apa? Kalian masih terbit buku???
Orang lelaki kalau nak tulis pasai femenisma perlulah dulu belajar duduk bersimpuh di dapur sambil memegang lesung batu, paling kurang pun.... cuba-cubalah mencalit gincu bibir...
Ikhlas dari:
Kak Simone de Beauvoir
Oktober 02, 2012 1:07 PTG
hi saya astri dari Indonesia
apabila anda hendak traveling ke bandung - indonesia bisa hubungi saya
astri.ryunita@gmail.com
Jun 26, 2013 12:59 PTG
Catat Ulasan
<< Home