"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Disember 2006

Qurbani

Hari ini. Orang berebut-rebut. Keluar dari masjid. Mencari selipar. Masing-masing.

Bukankah masjid itu tempat orang berbuat baik?

"Wattafak!" Aku kata. Apabila hampir terjatuh ke dalam longkang. Setelah digasak sedemikian rupa.

Bukankah masjid itu tempat orang berbuat baik?

Hari ini. Orang berpusu-pusu. Melontar Jamratul Aqabah. Dengan batu. Masing-masing.

27 Disember 2006

The making... Ho ho ho

26 Disember 2006

Trailer Ho Ho Ho

23 Disember 2006

Hari sabtu yang sungguh bluesy di KLCC

Buskers dalam terowong
Gadis beroleng punggong
Kutu perutnya kosong
Tengok hingga melopong.


"Enche! Maaf ya, kat tangga tak boleh duduk merokok!" Makcik guard tu kata.

"Maaf!" Aku kata.

Kemudian. Santa Klaus. Himpit aku. Dan. Minta rokok. Sebatang.

"HO HO HO!" Aku kata.

"HO HO HO!" Santa Klaus tu kata.

_____
Merry X'mas, Abigail Mary Tina! HO HO HO!

22 Disember 2006

TV eSastera.com

Akan datang!

Image Hosted by ImageShack.us

20 Disember 2006

Suhu di bawah enam

“Masa mula-mula sekali kau jumpa salji – kau buat apa?” Tanya Yuriko.

“Aku buat snowman!” Jawab aku.

“Snowmannn? Ha ha. Tak coolnya! Kau sepatutnya, buat snow angel! Hah, macam ini, macam ini... lihat ya, lihat ya!” Kata Yuriko. Serentak dia berbaring di atas salji. Sambil tangannya mengepak-ngepak dan kakinya mengangkang-ngangkang.... Berulang-ulang kali sehingga menghasilkan satu corak malaikat di atas salji.

Mata aku tertancap... pada seluar... ermmm... pada celah... ermmm... (Ah, malulah aku untuk memberitahu kau).

Suhu di bawah enam. Dahi terasa panas. Aku demam, barangkali.

18 Disember 2006

Nama saya Rakyat bin Abdullah, cikgu!

"Buang kes!!!" Kata Yang Arif.

"Aik! Kenapa pula? Bukankah menteri tu yang mungkir janji?" Tanya aku.

"Betul! Tapi, menteri tu cuma berjanji kepada Rakyat! Nama kamu Rakyatkah?" Kata Yang Arif. Kemudian dia mengajuk-ngajuk kata-kata menteri 'state' itu, "Apa yang kita buat selama ini - adalah untuk Rakyat, Rakyat, Rakyat!" Ada echo. Macam karaOke kat Yow Chuan Plaza.

"Aaa... Ya ya, Yang Arif betul! Saya bukan Rakyat, Rakyat, Rakyat!" Jawab aku.

14 Disember 2006

Momiji

Hari itu. Lewat musim luruh. Yang merontokkan daun-daun momiji. Satu satu. Bertabur menjadi hamparan warna-warni. Dan. Logikapun terkunci.

Kiko beritahu. Handphone yang aku hadiahkan itu. Sudah tak cantik lagi. Pada pandangan matanya. Jadi, dia mahu beli yang lain!

Aku beritahu Kiko. Dia perempuan yang tak tahu menghargai. Tidak seperti aku… kasut suede hadiah darinya tiga tahun lepas tu, walaupun sempit, aku tetap pakai sehingga sekarang! Tidak seperti dia… Aku lelaki yang tahu menghargai. Aku beritahu Kiko.

“Hah? Kenapa tak beritahu aku? Bodoh sungguh kau ni…” Mata sepetnya terbeliak. Tetapi, tetap saja tidak bulat. Kemudian, kembali menyepet; membentuk garis lurus. Senyumnya kembang, kemudian.

Logikapun terkunci. Dan. Bertabur menjadi hamparan warna-warni. Satu satu. Yang merontokkan daun-daun momiji. Lewat musim luruh. Hari itu.

13 Disember 2006

Beret

“Beret kau macam beret tukang masaklah, squad! Selekeh!” Kata Sarjan Leman.

“Jadi, nak buat macam mana, jan?”, Tanya aku.

“Kau pergi masak air panas! Kemudian, kau celur beret tu! Kasi angkat keluar… kasi perah! Kemudian, (dalam basah-basah tu) kau acu beret tu kat atas kepala. Kasi lurut ke kanan... (setelah terbentuk cantik) kasi tanggal perlahan-lahan. Kemudian, kau jemur beret tu!” Kata Sarjan Leman.

“Ok, jan! Nanti saya buat, ya!” Kata aku.

“Oit-oit! Mana nak pergi tu?” Tanya Sarjan Leman.

“Nak kena pergi (ke) cookhouse, jan! Kena denda kopek bawang!!!!!” Kata aku.

Dari hujung mata, aku nampak Sarjan Leman sedang mengaru-garu celah kelangkangnya yang tak gatal, “Oit-oit! Aku tak habis cakap lagi ni….”

11 Disember 2006

Jom Heboh!

“Nama pelakon lelaki dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih?” Pengacara tanya.

“'Kunyit!'” Aku jawab.

Orang ketawa beramai-ramai. Kenapa? Aku salah ke?

07 Disember 2006

Akronim

Kamus Dewan;
Akronim kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA).

Suatu hari. Aku. Mat Jan. Pergi ke Majlis Pelancaran Sahabat PURNAMA dan Forum.

“PURNAMA, sama dengan, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja… PU depa ambil kat Pusat… R depa ambil kattt… kat mana ya, Mat Jan?” Aku.

“Tu! Kat Remaja tu!” Mat Jan.

“NA?” Aku.

“Tu! Kat Kanak-kanak tu!” Mat Jan.

“MA? … Oit-oit, akronim 'apa barang' ni?” Aku.

“Entah!” Mat Jan.

Lepas tu, kami berdua gelak-gelak. Sehinggalah ada satu kakak pensyarah dari UPM bangun capai mic dan beritahu kepada khalayak, “Tu, budak-budak blogger kat belakang tu bising-bising boleh, kenapa saya bising-bising tak boleh?”

Ha ha.

06 Disember 2006

Am sorry… hik!

Aku beritahu Vo Vince, kau nak ke jadi laki yang tak ada hak?, bini kau keluar rumah pergi pub ikut suka-suka hati dia saja, dan akhirnya bini kau menangis di meja makan, “Am sorry… hik! Am sorry… hik hik! Am sorry… hik!”

Vo Vince kata, bla bla bla….

Sambil tu aku suap mihun masuk mulut. Vo Vince tak makan. Dia minum teh o suam saja. Dan. Ada bintil-bintil air pada payung ‘rainbow’ Vo Vince yang kuncup. Kuala Lumpur masih hujan. Hik! Hik!

04 Disember 2006

Jangan kita terlupa untuk raikan CINTA

FILEM - Bagus, tetapi bukanlah sempurna.

SKRIP - Ungkapan, “isteri bukannya hak milik, tetapi anugerah…” bukanlah nas. Jadi, kepada perempuan-perempuan - mentaati suami kamu dan meminta izin dari suami kamu sebelum keluar rumah adalah masih releven ya! (Rujuk hadis al-Bukhari dan al-Tirmizi).

PIERRE ANDRE – Ada wartawan hiburan kata dia *stereotype. Tetapi, watak Taufiq memang dicipta untuk Pierre Andre. Malu-malu siput babi. Percayalah! Ha ha.

SYARIFAH AMANI – Bertutur dalam bahasa melayu dalam filem ini. Dan, aku masih nampak keOrkedannya. Sorry beb!

QUE HAIDAR – Semakin matang dalam lakonan.

NANU BAHARUDDIN – Melakonkan watak diri sendiri?

EIZLAN YUSOF – Siapa kata dia 'kayu'? Hah? Hah??

FASHA SANDHA – “Kalau tak sukakan lagu tu – macam mana nak kahwin dengan saya?” “Ya ya. Suka suka!” Kata tauke kedai buku tempat Azura bekerja. Ha ha.

RASHIDI ISHAK – Dia lebih satu anak tangga dari Vanida Imran pada kali ini.

RITA RUDAINI – Jadi orang jahat dalam filem ini.

RAHIM RAZALI & FATIMAH ABU BAKAR – Apa yang hendak diperkatakan lagi tentang mereka? Memang superb.

SOFI JIKAN – Dude, mana kau jumpa mamat ni? Dia memang bagus!

ORANG JAHAT – Ada lima orang sahaja (termasuk suara jantan kat dalam telefon tu).

AIRMATA – Begitu mewah dalam filem ini. Macam… kau petik saja picu – airmata pelakonnya akan mengalir keluar.

SHOT PALING GILA UNTUK AKU FIKIRKAN – Komuter dan dua LRT lalu serentak dalam satu babak. Berapa lama kau orang study pergerakan di hadapan Stingarden Abdullah Hukum tu, dude? Ha ha.

BABAK PALING AKU TAK SUKA – Dalam ERL.

MORAL CERITA - Selepas ini, semua penerbit majalah dan buku akan punya kekasih cantik macam Fasha Sandha. Awas!

TELEFON - Budak perempuan sebelah aku bercakap dalam telefon semasa tayangan sedang berlangsung. Aku kata, “Hoi babi, kau nak ke aku campak handphone kau ke luar?” Boyfriend dia tenung aku (dalam gelap mana boleh cam ha ha) dan berkata kepada dia, “Tulah you!”

TOK RIMAU - Dia kena tunggu CINTA dalam bentuk VCD.

*stereotype - bukan straight acting ya!

Vovin
Spyz
SM
Fadz

03 Disember 2006

eBay Melayu

intanzk said...
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan edisi terhad Kudeta yang siap ditandatangani oleh En Naga - boleh hubungi saya. RM25 - ok.

++++
Acah aje - Kudeta not for sale. Yet!

02 Disember 2006

Tok Rimau jadi rekrut

“Aku mahu jadi rekrut Sindiket Sol-jah. Tapi, aku tak mahu isi borang dan kawad.” Tok Rimau. Via SMS.

“Beri: 1. Nama, 2. Umur, 3. Jantina.” Aku. Via SMS.

KOMA

“Kau terima tak aku jadi rekrut?” Tok Rimau. Telefon.

“Belum! Kau tak isi borang SMS lagi…” Aku. Telefon.

“Ha ha. Aku tengah travel ni… dan, aku tengah fikir – jantina aku apa?”

KOMA

“Kepada rekrut Sindiket Sol-jah, sila datang ke Padang Merbuk, Kuala Lumpur – untuk pemeriksaan 'telur' (kesihatan)!” Aku. Via SMS.

“[zip] Uhuk! Uhuk! |[zip] Nak saya batuk lagi ke, Sarjan?” Tok Rimau. Via SMS.

NOTAKAKIBANGKU: Ketika entri ini ditulis - Tok Rimau sedang giat berlatih mengilat boots!

01 Disember 2006

Bor

Suatu hari yang dulu. Abah pulang ke rumah. Dalam gopoh-gapah.

“Teh! Teh! Teh!” Abah panggil emak. (Nama emak – Puteh. Puteh bte Ali.)

“Kenapa, kenapa, kenapa bang?” Emak sahut abah. “Abang kena masuk hutan lagi ke?”

“Bukan! CO (Commanding Officer?) abang minta Teh buatkan kuih lapis tepung beras untuk birthday anak dia!” Abah kata.

Kuih lapis emak – sedap!

Kuih lapis emak – berasnya, emak bor sendiri!

Kuih lapis emak – antara lapis-lapisnya, tak pernah melekat !



Suatu hari yang sekarang. Aku pulang ke rumah. Dalam gopoh-gapah.

“Mak! Mak! Mak!” Aku panggil emak. “Aku dah lama tak makan kuih lapis tepung beras yang mak buat…”

“Mak malas! Kau beli di pasar Ramadan sajalah!” Emak sahut aku.

“Laa… ni dah masuk Zulkaedah… mana ada pasar Ramadan lagi?” Aku kata.

“Ha ha. Mak sajalah nak buat lawak! Manalah tahu, kot-kot, anak mak ni tak hafal nama bulan- bulan Islam….” Emak kata.