"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Disember 2006

Qurbani

Hari ini. Orang berebut-rebut. Keluar dari masjid. Mencari selipar. Masing-masing.

Bukankah masjid itu tempat orang berbuat baik?

"Wattafak!" Aku kata. Apabila hampir terjatuh ke dalam longkang. Setelah digasak sedemikian rupa.

Bukankah masjid itu tempat orang berbuat baik?

Hari ini. Orang berpusu-pusu. Melontar Jamratul Aqabah. Dengan batu. Masing-masing.

23 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Aku fikir, tak semua orang fikir masjid itu tempat mereka berbuat baik.

Disember 31, 2006 3:17 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

hoit... mencarut di longkang mesjid. Dude, tima kasih kerana menerbitkan kudeta ya. Cakap ngan amirmukhriz, aku tanya, macam mana nak bayar ni, buku dah dapat.

Disember 31, 2006 4:25 PTG

 
Blogger situmas chicken said...

kalau masjid tempat orang buat baik camne banyak selipar boleh hilang?

Disember 31, 2006 11:28 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

serius selipar aku kena rembat kt masjid tadi. jadi aku rembat selipar lain. yang sama dgn selipar aku.

jgn cakap aku jahat. ini orang panggil tukar suka sama suka.

Januari 01, 2007 2:59 PG

 
Blogger abdullahjones said...

kelambu, kamu jahat.

Januari 01, 2007 3:46 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Patutkah orang-orang yang berebut-rebut mencari selipar di masjid dilontar batu juga?

Januari 01, 2007 5:20 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Hana,
Kadang-kadang kita buat baik - rupa-rupanya kita buat jahat. Kadang-kadang kita buat jahat - rupa-rupanya kita buat baik. Itu adalah lebih baik daripada tak buat apa-apa. Aku rasa.

Pakcik,
Minta nombor akaun bank Amir Mukhriz. Bank in dalam itu akaun.

Chic,
Selipar - ada yang sama bentuk sama warna sama saiz - ada yang tertukar, terambil.

Kelam,
Orang yang menang hadiah tapi tak mao ambil-ambil - itu orang jahat juga. Ha ha.

Jones,
Ha ha. Ya ya. Kelam orang jahat.

Tanah,
Ha ha. Ya ya, cadangan yang baik. Dan, kalaulah Saddam Hussein masih hidup lagi dan memerintah Tanah Melayu ini, kalaulah...

Hidup Saddam! Selamat Tahun Baru kepada semua.

Januari 01, 2007 9:35 PG

 
Blogger zizie ali said...

ho ho ho thriler:
tonton pada tahun 2006.

the making of ho ho ho:
tonton pada tahun 2006 juga.

qurbani:
tonton pada tahun 1980. zaman budak-budak. yg aku masih ingat ialah zeenat aman menyanyi dalam hujan.
'Qurbani is a 1980 Indian Hindi movie. Produced and Directed by Feroz Khan ( Under the banner of FK International). The film also stars Vinod Khanna, Zeenat Aman, Amjad Khan, Shakti Kapoor, Aruna Irani, and Amrish Puri.'

Januari 01, 2007 6:43 PTG

 
Blogger Unknown said...

berebut2 dan berasak2 sebab nak makan ketupat+rendang agaknya..

Januari 01, 2007 8:11 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

berapa ekor lembu tumbang di tempat anda?

Januari 01, 2007 11:21 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

dude, kamu bersenda-senda dengan link tu semua eh. Mukhriz dah jadik amir.

dan lupa nak ucap terima kasih kerana meletakkan link ke blog aku. Terima kasih ye.
Konda-kondi tu dulu aku panggil "chokeh jub* aye"

Januari 02, 2007 1:56 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tar Tongtong,
Manusia di Semenanjung Tanah Melayu ni memang jenis yang berebut-rebut rasanya, ntah, kot.

Bin,
:)

Pakcik,
Dah beli akhbar KOSMO 2hb Januari 2007? ekekekkekekee...

Januari 02, 2007 12:19 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

encik naga sembahyang raya di masjid penjuru simpang empat tu ya?

Januari 02, 2007 7:39 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Sayut,
Ya!

Januari 02, 2007 7:49 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Dah tiga kali..diulangi tiga kali aku hilang kasut di masjid. Masjid Shah Alam, Masjid Negara, Masjid Sentul.. Huh...!

Januari 02, 2007 9:01 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Yo! sinaga naga tlh mengeluarkan api...

selamat hari raya qurban dan selamat tahun baru

Januari 03, 2007 4:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Ha ha. Lain kali pakai terompah!

Amora,
Ha ha. Server low banget. Nanti2lah aku update blog ni.

Januari 03, 2007 8:21 PTG

 
Blogger Rie said...

boot kamu hilangkah di masjid itu soljah?..

Januari 04, 2007 10:13 PG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kat masjid juga tempat orang curi selipar atau kasut.memang mereka baik

Januari 04, 2007 11:39 PTG

 
Blogger Kemat said...

harap2 si pencuri tu dapat hidayah dari-Nya suatu hari..tatkala sedang mencuri selipar di masjid, dia terdengar ceramah agama yg menginsafkan diri

Januari 05, 2007 8:15 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Memang slow... tak dapat baca.

Dan komen.

Januari 05, 2007 4:55 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

membaca ini semua, aku rasa macam inferior pulak. selipar aku tak pernah kena curi kat masjid. apa kurangnya diriku? (hu hu)

Januari 07, 2007 7:52 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ril,
Ha ha.

Januari 08, 2007 10:59 PG

 

Catat Ulasan

<< Home