Akronim
Kamus Dewan;
Akronim kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA).
Suatu hari. Aku. Mat Jan. Pergi ke Majlis Pelancaran Sahabat PURNAMA dan Forum.
“PURNAMA, sama dengan, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja… PU depa ambil kat Pusat… R depa ambil kattt… kat mana ya, Mat Jan?” Aku.
“Tu! Kat Remaja tu!” Mat Jan.
“NA?” Aku.
“Tu! Kat Kanak-kanak tu!” Mat Jan.
“MA? … Oit-oit, akronim 'apa barang' ni?” Aku.
“Entah!” Mat Jan.
Lepas tu, kami berdua gelak-gelak. Sehinggalah ada satu kakak pensyarah dari UPM bangun capai mic dan beritahu kepada khalayak, “Tu, budak-budak blogger kat belakang tu bising-bising boleh, kenapa saya bising-bising tak boleh?”
Ha ha.
30 Comments:
MB simpan utk aku satu... M untuk Masuk, B untuk Barisan....
Disember 07, 2006 5:33 PTG
Aku dulu pun ada persatuan yang tak lepas daftar.
Masa belajar dulu...kami ahli PEMALU.
PErsatuan MAhasiswa LUcah.
Mat Jan tuh..apa khabar?
Disember 07, 2006 6:06 PTG
GEJUPET = geng jurnal daerah PETAling
haha!
Disember 07, 2006 6:08 PTG
MA tu dari reMAja maaa
Disember 07, 2006 6:11 PTG
ha ha ha
jawaban :
pasal kau bukan blogger. cuba jadi blogger nak melompat pun boleh ha ha ha
Disember 07, 2006 10:42 PTG
PUsat Penyelidikan dan Pengembangan KesusasteRaan KaNAk-kanak dan ReMAja kot...
zaman asrama, SODOM = SOlat Di dOrM
Disember 08, 2006 12:30 PG
apa kakak tu marah sangat? en naga tak ajak dia join sekali ke
Disember 08, 2006 2:20 PG
budak-budak bloggers. wow! bloggers diiktiraf (dan di kenal) wow!
Disember 08, 2006 3:29 PG
kakak tu cakap berhenti tulis buku, kita tulis blog.
Disember 08, 2006 7:47 PG
budak budak?
patut nya
orang orang tua blogger kat belakang.
muahahaha
blogger mana boleh duduk diam.
kecuali
Disember 08, 2006 8:00 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Disember 08, 2006 8:06 PG
BUDU = BUDak-bUdak Blogger
Disember 08, 2006 8:08 PG
terkenal jugak BLOGGER nih!
Disember 08, 2006 8:41 PG
Ontah,
Beresss...
Po,
Mat Jan ok.
Dug,
Bukunota kata, KEBOM - Kesatuan Blogger Otai Malaysia.
Bin,
Kakak UPM tu blogger juga.
Sayut,
R datang dari mana pula?
Pakcik,
Tak! Sebab kakak tu duduk depan. Kami duduk belakang.
Jones,
Ya ya. He he.
Molus,
Kakak tu suruh bloggers tulis Children's Picture Book. Wo!
Ron,
Bloggers mana ada tua-tua? Abdullah Jones? Tak, dia muda! He he. Ontahsapo/ Amir Mukhriz? Tak. Meraka bukan saja muda, tapi juga handsome.
Comment Deleted,
Ha ha.
Zz,
Ha ha.
Rudy,
Jom, kita kasi lagi terkenal!
Disember 08, 2006 10:44 PG
Apa yang kakak UPM tu bising-bisingkan - ada betulnya. Cuma, kami sengaja nak sensaikan cerita. HA HA.
Disember 08, 2006 12:04 PTG
persatuan tuh ada buat mesyuarat agung tahunan tak?takut nanti kena terjah pulak.
“Tu, budak-budak blogger kat belakang tu bising-bising boleh, kenapa saya bising-bising tak boleh?”-->haha
Disember 08, 2006 1:13 PTG
Agaknya nak bagi sedap sebut, diaorang buat kependekan dulu baru cari 'kepanjangannya'........
Agak-agak sebagai blogger ni kau boleh kalahkan populariti Rosyam Noor tak..? hahaha
Disember 08, 2006 2:17 PTG
Semut,
Hangat2 tahi ayam je tu... Lama esok bungkuslah. Ha ha.
Purp,
Tapi, Ruhayat X memang lebih handsome dari Rosyam Nor, wo! Ha ha.
Disember 08, 2006 2:30 PTG
Sebenarnya, Rosyam Nor tak handsome punnn... Perempuan2 yang syok kat dia yg tak ada mata. HA HA.
Disember 08, 2006 2:44 PTG
budak budak? wa tau lu ngan matjan mesti kembang hidung x sudah. budak budak? ee....
Disember 08, 2006 3:06 PTG
Budak-budak? Nabi Muhammad tidak benarkan kita panggil orang lain menggunakan panggilan2 yang tidak memuliakannya. Budak-budak?
Disember 08, 2006 5:23 PTG
Amora,
Ha ha.
Puan Ainon,
Kami dah bosan dipuji dan dimuliakan... Kami dah bosan! HA HA.
Disember 08, 2006 5:31 PTG
kalau kat majlis, kecoh kat belakang ngn puak2 kita best..hahaha
Disember 10, 2006 9:28 PTG
R dekat kesusasteraan.
Disember 10, 2006 11:34 PTG
mm aku rasa PURANAH lebih sesuai.
mmm..punah-ranah
Disember 11, 2006 10:39 PG
:)
huha huha
Disember 11, 2006 1:52 PTG
FAMILY= Father And Mother I Love You
Disember 12, 2006 1:57 PG
FAMILY= Father And Mother I Love You
Disember 12, 2006 2:05 PG
FAMILY= Father And Mother I Love You
Disember 12, 2006 2:25 PG
FAMILY= Father And Mother I Love You
Disember 12, 2006 2:25 PG
Catat Ulasan
<< Home