"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

06 Disember 2006

Am sorry… hik!

Aku beritahu Vo Vince, kau nak ke jadi laki yang tak ada hak?, bini kau keluar rumah pergi pub ikut suka-suka hati dia saja, dan akhirnya bini kau menangis di meja makan, “Am sorry… hik! Am sorry… hik hik! Am sorry… hik!”

Vo Vince kata, bla bla bla….

Sambil tu aku suap mihun masuk mulut. Vo Vince tak makan. Dia minum teh o suam saja. Dan. Ada bintil-bintil air pada payung ‘rainbow’ Vo Vince yang kuncup. Kuala Lumpur masih hujan. Hik! Hik!

24 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Hik Hik Hik .. Ala you ni

Disember 06, 2006 12:44 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

aku tak sangka ko tgk filem Cinta dgn Vovin! haha

Disember 06, 2006 1:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Air,
He he. Alaaa...

Ram,
Vovin going out wi' (pi tengok CINTA) MatJan khamis ni. Wo wo!

Disember 06, 2006 1:09 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

ni kisah CINTA yg mana satu ni...?

Disember 06, 2006 2:09 PTG

 
Blogger Unknown said...

perfect filem kau!!

Disember 06, 2006 2:11 PTG

 
Blogger June said...

dialog kau macam bapak marah anak.

Disember 06, 2006 2:28 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

iyelah tu bintil-bintil hujan! lepas ni bila jumpa Naga aku pun nak bawak payung, tak tahan tepliyasss hahahahahhaa

Bang, lupa nak tanya hari tu, kali ni ada pengeras lagi ke?

Disember 06, 2006 2:37 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

*tepliyasss

tempiyaass

Disember 06, 2006 2:38 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelam,
CINTA yang lagi satu. Ha ha.

Molus,
Taklah! Kami berbual dalam suasana mesra. “...su,nguhhhh!" Kata Awie.

Dug,
Ok, lain kali bawa payung dan longgok kat opis aku, ya!

Disember 06, 2006 2:53 PTG

 
Blogger Anonymous said...

U suck man!

Kau membuatkan aku mahu menonton cinta di pawagam!.

Sayangnya, di sini tiada pawagam.

Yang ada hanya penghidu-penghidu gam.

Disember 06, 2006 2:54 PTG

 
Blogger Unknown said...

wah bro! bleh tahan cintan ni...tp vo dah kawin ke yg lu taruk dia cam tu

Disember 06, 2006 4:19 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Turun Kuantang le Awang! Kat Kuantang ada panggong weh.

Amora,
Vo Vince belum kahwin lagi. Dia baru nak belajar bercinta. Ha ha.

Disember 06, 2006 4:25 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Perempuan & bar mengingatkan aku pada sorang kawan lama yang rajin bertanya kabar bila aku dah takde.

Dengar kabar dia dah ada awek sekarang (baguslah, dah insaf agaknya).

Disember 06, 2006 4:41 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

AreYoung,
Oh, kau pernah terluka? Wo!

Disember 06, 2006 5:04 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Naga dah betul-betul teruja dengan CINTA nih...

Hehehe

Disember 06, 2006 5:21 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

WO! Bang Naga kena lihat komen tu dari sudut yang betul ;P

Disember 06, 2006 7:11 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Nak kata apa en naga, isteri bukannya hak milik, tapi anugerah.

Kalau isteri jenis tu, dia jadik isteri bukannya hak milik kekal, tapi anugerah dari kegagalan. Hik!

Disember 07, 2006 2:09 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Oh, iye ke? He he.

AreYoung,
Komen - benda lain & Pernyataan - benda lain. Nas - benda lain & teks yang cantik - benda lain. Cara hidup Islam - benda lain & seni perfileman - benda lain. Blog Sinaganaga adalah fiksyen - jadi, 'jangan terima bulat-bulat dan terima pakai sebagai gaya hidup' apa yang aku tulis.

Sains Sosial sama pentingnya dengan Sains dan Teknologi.

Oh, pagi ni aku agak EMO. Maaf!

Pakcik,
Masalahnya cuma pada interpretasi ayat. Ayat yang disiar berulang-ulang di TiVi tu memang best; orang memang suka ayat tu. Itu ayat yang ditulis oleh integensia (dalam bidangnya). Ha ha.

Tok Rimau pernah beritahu, "hukum tetap hukum!"

Orang lelaki beruntung. Sebab boleh dengar khutbah seminggu sekali. Orang perempuan tak larat nak dengar khutbah di TiVi, sebab malam benar masa siarannya.

Allahualam bissawab!

Disember 07, 2006 8:41 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Stereotaip.

Kalau mabuk mesti bunyi 'hik hik'

Psss... bukan straight acting. Atau adakah Overgeneralization bak kata Ku Keng.

Disember 07, 2006 10:07 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Khal,
Ha ha. Apa pula 'hik' tu bunyi mabok? Ha ha. Orang mabuk mana ada bunyi, dude!!!

Hik tu = bunyi sedu perempuan menangis kat meja makan dan kata, "saya sayang awak, hik, tapi saya cintakan orang lain, hik hik...!"

Disember 07, 2006 11:05 PG

 
Blogger rudy bluehikari said...

salah ke nonton CINTA dengan pasangan sejenis? eiiioouuuuu......

Disember 07, 2006 2:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rudy,
Siapa pula yang kata salah?

Disember 07, 2006 2:45 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Kawan saya tu dulu gay (dia yg ngaku) tapi skrg dah ada awek.

Itu maksud saya!

p/s Ini pun mungkin fiksyen

Disember 07, 2006 7:21 PTG

 
Blogger Nazri said...

Elyana...

Disember 08, 2006 9:28 PG

 

Catat Ulasan

<< Home