Bor
Suatu hari yang dulu. Abah pulang ke rumah. Dalam gopoh-gapah.
“Teh! Teh! Teh!” Abah panggil emak. (Nama emak – Puteh. Puteh bte Ali.)
“Kenapa, kenapa, kenapa bang?” Emak sahut abah. “Abang kena masuk hutan lagi ke?”
“Bukan! CO (Commanding Officer?) abang minta Teh buatkan kuih lapis tepung beras untuk birthday anak dia!” Abah kata.
Kuih lapis emak – sedap!
Kuih lapis emak – berasnya, emak bor sendiri!
Kuih lapis emak – antara lapis-lapisnya, tak pernah melekat !
Suatu hari yang sekarang. Aku pulang ke rumah. Dalam gopoh-gapah.
“Mak! Mak! Mak!” Aku panggil emak. “Aku dah lama tak makan kuih lapis tepung beras yang mak buat…”
“Mak malas! Kau beli di pasar Ramadan sajalah!” Emak sahut aku.
“Laa… ni dah masuk Zulkaedah… mana ada pasar Ramadan lagi?” Aku kata.
“Ha ha. Mak sajalah nak buat lawak! Manalah tahu, kot-kot, anak mak ni tak hafal nama bulan- bulan Islam….” Emak kata.
19 Comments:
naga,
kau hafal ke?
aku setiap kali nak kira. aku kena nyanyi. nasib baik diorang ada buat lagu kan?
Disember 01, 2006 12:28 PTG
Manjanya Abang Naga dengan maknya.
Ini mesti anak kesayangan mak. Cute.
Disember 01, 2006 12:52 PTG
Apa? Cute? huaaaaaaaaaaaaa....
*aku gelak besar mcm kat meja makan dgn cikgu Mas Sideki*
Disember 01, 2006 1:07 PTG
naga kecil memang kiut.
tapi bila besar ganas!!
hahahaha..
Disember 01, 2006 1:11 PTG
cat cat,
cute dan naga tak seiring..
lelaki bermisai takkan jadi cute sampai bila-bila..
ahaha
Disember 01, 2006 1:42 PTG
Sarjan Misai,
CO = Commanding Officer. Tak buat rujukan la tu.
Aku selalu dengar yang bantu CO tu dinamakan sebagai Batman. Ke aku yang salah dengar?
Jan, turun 10!
Disember 01, 2006 2:12 PTG
Limau,
Ha ha. Pancing aku mengena! Payah dah nak tengok kau komen kat blog aku la ni.
Daun,
Oh? Iye ke?
Kelamb,
Amir Mukhriz pernah labelkan aku sebagai KEJAM!
Molus,
Aku dah lupa dah jalan cerita satey Mat Jan, satey Fadz, satey Naga tu. Tapi, aku ingat - kau ketawa besar macam nak telan meja tu. Besar betul mulut kau ek?
Cat,
SIAPA CUTE-CUTE??? Grrr...
Book,
Aku cuma ingat Ramadan dan Syawal je. Ha ha.
Disember 01, 2006 2:35 PTG
ge! ge! ge!... ambbooiiiii comelnye ko kuih lapissssss. tauhu sumbat apa crite??
Disember 01, 2006 2:52 PTG
Aku tak hapal bulan islam tapi aku posa.. heheh
Disember 01, 2006 2:58 PTG
Esis,
Makan tahu sumbat dengan askar Sindiket Sol-Jah mana nak sama dengan makan tahu sumbat dengan pahlawan Narayuda. Ha ha.
AreYoung,
Samalah dengan aku tu. Tapi! Tap! Tapi... aku ok sikit dari kau. Sebab aku ingat bulan Syawal dan Ramadan. HA HA.
Disember 01, 2006 3:04 PTG
ko perintah mak ko ke naga? ambuiiii... :p
Disember 01, 2006 3:18 PTG
like mother like son ha ha
Disember 01, 2006 3:56 PTG
kuih lapis mak en naga tu ada berapa lapis?
Disember 01, 2006 4:21 PTG
teringin kuih lapis lah pulak, kau ni....
Disember 01, 2006 4:24 PTG
Kuih lapis emak kau warna apa...? Kuih lapis emak aku warna merah jambu dengan putih...
Hehehe
Disember 01, 2006 4:27 PTG
Rudy,
Amboi! Amboii!! Amboi!!!! Ha ha.
Amora,
Ya ya. I like you! Ha ha.
Pakcik,
7 lapis putih. 7 lapis merah. “Mesti kasi patriotik!” Mak kata. Ha ha.
Ontah,
Lepas kukus - mak masukan kuih lapis tepung beras tu balam ice box. Makan bila dah sejuk. Best ooo!
Purp,
Warna putih dan warna meroh nok nok jambu. Ha ha.
Disember 01, 2006 5:06 PTG
kalo orang pahang cakap .."kuih lepeih"..kwang kwang kwang.aku juga rindu sama karipap yang mak aku buat.
psst, mak aku tak suka buat lawak sama mak bro.ekekeke
peace uols...
Disember 01, 2006 5:39 PTG
Semut,
Entahlah... kadang2, lawak mak aku memeningkan kami adik-beradik! Dah tua-tua ni - lagi menjadi-jadi oooo....
Sop,
Terserah anda!
Errrr... kita ajak Azura Salleh gak ke?
Wo wo wo! Kau tahu... blog aku ini turut dipantau oleh Has Dahlan wooo... Apa kita cerita - boleh 'sampai' wo! Ha ha.
Disember 01, 2006 7:26 PTG
cehhhh!
hehe
Disember 02, 2006 12:54 PTG
Catat Ulasan
<< Home