Geografi Kertas 1: Chicago
Hari itu. Kami combine kelas. Sebab Cikgu Rusman ada hal di sebelah tengah hari.
"Ermmm... Malek. Berdiri! Apakah nama bandar yang ketiga terbesar di Amerika Syarikat?" Tanya Cikgu Rusman.
Malek mana pernah percaya dengan cakap aku dan cakap Ayis.
“Psst! Psst! Malek! Chi~ka~go, Malek!” Bisik aku dan Ayis.
Malek mana pernah percaya dengan cakap aku dan cakap Ayis.
"Aaaa... aaaa... Chi~cha~go?” Jawab Malek.
Ha ha. Aku gelak. Ayis gelak. Cikgu Rusman gelak. Pelajar kedua-dua kelas pun gelak.
17 Comments:
uih.. chichago
November 14, 2006 2:52 PTG
Nasib baik cikgu Rusman tak ajar sejarah.
"siapa dia lagenda bolasepak dari Brazil?"
Kau duduk diam-diam Malek!
November 14, 2006 3:05 PTG
geografi kertas 2
soalan;
32)Kedudukan Pulau Duyung di Timur-Laut Pulau Tengah, dan Pulau tengah berkedudukan barat-daya dari pulau batu 3, manakala pulau batu 3 terletak di barat laut rumah cikgu kasim. Soalan, dimanakah kedudukan cikgu kasim sekarang?
a) di lebuh raya Utara Selatan
b) di pelabuhan Selatan johor
c) di selat melaka
d) di rumah tgh tgk t.v
hehehe.....soalan yg aku cipta masa main cikgu2 dulu!
nota kaki - dulu PMR aku geografi aku A tau! (tanpa perlu belajar dlm bahasa inggeris)
hohohoho
sebenarnye cikgu kasim ada depan aku masa tuh! (lepas tu kena cubit telinga......)
November 14, 2006 3:18 PTG
Sop,
Ha ha. Dalam buku kecik tu mana ada cerita pasal Geografi Amerika Syarikat!
Esis,
Tu, kau belum dengar Malek sebut O~hi~yo! Ha ha.
Po,
Pelir? Pele? Peler?
Bha ha ha.
Baj,
Wow! Aku masih cerita Geografi Kertas 1 - kau dah cerita pasal Geografi Kertas 2? Wow!
Ha ha.
November 14, 2006 4:05 PTG
ha.. ha.. ha.. [gelak tak berapa nak ikhlas]
November 14, 2006 4:17 PTG
Chi-Cha tu dekat gak ngan kampung saya.
Agaknya geografi pun kena ajar lam bahasa inggeris gak. Tidak bebudak jadik cam malek, tak reti sebut Chicago.
November 14, 2006 4:25 PTG
dlm x percaya tu pun ikut juge. isk....malek malek!
November 14, 2006 4:43 PTG
Malek ada masalah pendengaran ke masalah sebutan...?
hehehe
November 14, 2006 5:29 PTG
Haha.
Teringat waktu zaman sekolah dulu. Lebih kurang macam tu la. Tapi soalan dia lain.
Soalan : Tempat simpan barang-barang lama.
Jawapan : Arkib (Negara)
Yang dijawab : Arked (Mara)
November 14, 2006 5:49 PTG
"chi-cha-go", aku. masa jawab soalan roda impian 8! Dan aku jadi Juara Jumaat. Dapat rantai rm25k. Aku takkan lupa!! Cuma kat juara bulanan aku takleh jawab "IBIZA" nama tempat kat Sepanyol! Kalau tidak, spektra maroon itu hak aku! :(
November 14, 2006 6:11 PTG
Arianna,
Ha ha. (Gelak ikhlas, tapi 'jauh'). Ha ha.
Pakcik,
Jangan salahkan Malek. Malek sebut ikut ejaan baku. :)
Amora,
Dia tak ikut. Dia ingat kami mao tipu dia lagi. Tu sebab dia pilih untuk sebut chi cha go!
Ha ha.
Purp,
Malek adalah masalah nak percayakan aku dan Ayis. Ha ha.
Sop,
Malek supply pekerja Indon. Jadi, apa rancangan kita (aku + kau + Ayis)? Nak makan 'durian' kat Vietnam atau nak makan 'durian' Indon? Ha ha.
Manik,
Ha ha. Kau pun macam Malek juga ke? Ha ha.
Rudy,
'Ebi' ke 'Hebi'?
HA HA HA HA HA.
November 14, 2006 6:49 PTG
ermm.. dulu-dulu dah ada 'combine' kelas eh?
November 14, 2006 7:33 PTG
Gitar Tongtongtong,
Dalam banyak-banyak cikgu - cikgu muzik dan cikgu geografi dan cikgu p.e.lah yang selalu kena pergi Pesta Pantun Antara Sekolah-sekolah. Ha ha. Itu sebab Cikgu Rusman combinekan kedua-dua kelas agar pelajaran kami tak tertinggal dan dia ada masa untuk pergi Pesta Pantun (arahan HM). Ha ha.
November 14, 2006 8:39 PTG
masa aku tingkatan dua, kelas bahasa inggeris, ada pelajar sebut muzium sebagai mu-ZE-ummph hahahahahahah
November 15, 2006 9:30 PG
a'ah la...baru aku igt...dulu2 ada mmg ada combine2 kelas nih....kelas aku selalu dikombinekan dgn kelas sebelah....bile masa tu berlaku aku la yg paling suke! pasal ada awek tu......cun woooo....pandai woo....siap pikir kalo aku dgn die kawen anak2 kami intelek2 sume woooo....tapi apakan daya, awek tu tak pernah pandang aku pun....huh!
notakaki - bukan aku tak hensem la tapi member sebelah aku je lebih hensem...
moral - sekali ko dipermainkan selamanye ko takkan percaya membe ko lagi tuh!
hohohoho
November 15, 2006 12:04 PTG
aku suka muzik kau suka disko
teringin nak jengok gunung fuji.
bak kata pepatah cina purba, gunung Tai di depan mata tak nampak.
November 15, 2006 12:16 PTG
Kenapa Malek tak pernah percaya cakap kau dan Ayis? Kenapa? Kenapa? Kenapaaaa???
hahahaha ok emosi aku tak sihat hari ini.
November 15, 2006 5:07 PTG
Catat Ulasan
<< Home