"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 November 2006

Kapur tulis

Dalam sesebuah bilik darjah. Kapur tulis adalah lambang kuasa.

Hanya cikgu. Dan. Beberapa orang pelajar terpilih. Akan merasa untuk memegang kapur. Tersebut.

"Ok, anta pergi depan, tulis dalil mandi junub dan terjemahannya sekali!" Syeikh Zainal. Ustaz lepasan al-Azhar.

"Wa in... ermmm... wau di atas wa... ya di bawah in... ermmm... kutub? kuntum? ku..? Aaa... apa ya? He he." Pelajar.

MORAL: Kalau kau dapat pegang kapur pun... tapi, kau buta jawi dan tak hafal dalil - no point, dude! Ha ha.

15 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Lebih kurang "Wa ing kun tum junuban fat ta haru...", dan jika kamu berjunub makan bersuci lah..

Hafal dari bebudak sampai sekarang...hehehe

November 04, 2006 1:15 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

tidak semestinya. kapur itu. nanti akan diambil curi curi. dihancurkan dengan pisau lipat. helaian kertas buku akan di origamikan menjadi pengepam. kapur tadi. yang telah hancur itu. akan dimasukkan kedalam pengepam origami. lalu, serang! fuss, putith muka budak budak perempuan. ha ha ha

November 04, 2006 4:45 PTG

 
Blogger Unknown said...

ops, silap! lambang kekuasaan aku, pembaris sepanjang 1 meter. harap maklum

November 04, 2006 5:55 PTG

 
Blogger saharil said...

waaah, sudah lapan ratus ye! kau jual la buku aku selebih tu laa. sekarang dah berhabuk kat stor.
hehe.

naga, site aku dah up balik mulai
monday (url saharil.com) - cuba kau
tengok2 kalau ada error ye! aku
sekarang dah malas buat coding..

November 04, 2006 10:05 PTG

 
Blogger BooK said...

doa berjunub aku hafal. lama dah. praktis belum lagi.

November 04, 2006 11:56 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

haha.
siapa tu?

November 05, 2006 12:40 PG

 
Blogger Pa'chik said...

cite pasal mandi junub ni, penah aku dengo kat satu kedai gunting, ada orang tu cakap pasal bacaan niat, bacanya bunyik macam gini...
"Mandi Yung Mandi Makrifat, Dua Terhayun, Satu Tersumbat"
Bila orang ckp ngan dia tak kena bacaan tu, dijawabnya...
"Apa pulak salahnya, aku dah ada 5 orang cucu la ni, yang tu la aku baca..."

November 05, 2006 1:13 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

moral- xper..kurang2 ada kapur..nlh kapurkan org..

November 05, 2006 1:55 PG

 
Blogger kunci hilang said...

kat kampung sebelah dulu-dulu, ada budak nama Gopal, suka curi kapur kat sekolah. Nak buat kapur kasut, katanya.

November 05, 2006 2:40 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

dalam kelas aku dulu, ketua tingkatan aku anti kapur putih sebab kulit dia gelap.

sebab tu masa dalam kelas, papan hitam aku berwarna warni selain putih.

November 05, 2006 11:02 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

"itu huruf M"

kah kah kah

November 06, 2006 8:47 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku lebih suka kapur berbanding non-permanent marker untuk whiteboard.

Kalau aku baling murid dengan marker, aku terpaksa kutip balik marker tu bila aku mahu gunakannya.

Kapur? Aku patahkan dalam setengah inci dan lontar.

November 06, 2006 10:44 PG

 
Blogger el-Maaniq said...

aku pernah makan kapur sebagai denda hisap rokok di asrama. sampai sekarang aku dah tak hisap rokok.

November 06, 2006 12:48 PTG

 
Blogger Unknown said...

N3 kali ni, ada yg tersirat...ni yg buat wa ske baca lu punya writing he he

yg nyata wa mmg bleh baca jawi!!

November 06, 2006 1:48 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

maaniq,

uwah! horrornya.

November 06, 2006 2:58 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home