"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

11 Oktober 2006

Tahu bakar...

Laporan akhbar; ASEAN cari jalan atasi masalah jerebu.

Dear dude,
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya rasa, dude-dude tak payahlah buat seminar atau dialog atau forum atau persidangan atau kolokium atau wacana atau... untuk mencari jalan bagi menangani masalah jerebu tu. Buang duit dan buang karan sajalah!

3. Kalau dude tak bakar sesuatu, hutan misalnya - mana nak datang api, asap, arang, abu, dan segala macam tok nenek karbon tu - betul tak? Kalau dah tak ada api, asap, arang, abu, dan segala macam tok nenek karbon tu - mana nak datang jerebu - betul tak? Jawapan mudah untuk soalan mudah bukan?

4. Alangkah baiknya jika segala macam tok nenek pokok itu ditebang dan kayu-kayannya diperbuat perabot. Ataupun, kayu-kayan itu diperbuat kertas tulis dan pensil 2B! Okaykan?

5. Tetapi, tak semua benda kita tak boleh bakar, tauhu misalnya - kalau dude tak bakar tauhu - orang tak akan panggil tauhu tu Tauhu Bakar, kerana orang akan panggil tauhu tu Tauhu Sumbat ya. Ha ha.

Akhir kata, keperihatinan dude-dude saya dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga kita dapat terus bekerjasama pada masa-masa akan datang.

Sekian.

Yang benar,
SINAGANAGA

37 Comments:

Blogger June said...

tapi saya tak TAUHU...

Oktober 11, 2006 12:13 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau tauhu sumbat tak payah bakar pun dah sedap..!!! hehehe

Oktober 11, 2006 12:25 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

dear dude yang tulis pada dude-dude,

kami memang suka bakar. dude tahu tak, tauhu bakar kami yang cipta dulu.

kalau kami tak bakar, korang tak makan. termasuk makan asap!

hak hak hak

Oktober 11, 2006 12:31 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Moluska,
Tauhu Telur kat foodcourt KLCC sedap!

Purp,
Siapa punya resipi - Tauhu Sumbat mesti kena bakar? Ha ha.

Nota,
Dude dude bakar sebab nak rawat tanah pertanian tu dengan humus kot, ntah!

Tak apa, kita tunggu apa kata Kirana No Hana pasal bab hutan-hutan dan humus ni.

Oktober 11, 2006 12:51 PTG

 
Blogger areyoung said...

Antara Abu, Bakar, Muthu, Samy.. sapa yg jahat? ~ Lawak seantero Malaya - haha!

Oktober 11, 2006 2:02 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

dude.tertekan sbb tak dapat bakar mercun barangkali.

Oktober 11, 2006 2:13 PTG

 
Blogger Kemat said...

malam tadi layan anak buah main bunga api sambil pakai penutup hidung..kakak ipar tanya knapa..aku bilang kasap jerebu merbahaya utk kesihatan..betulkan...

Oktober 11, 2006 2:38 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

Agaknya mereka tak ada apa untuk dibincangkan tapi masih perlu untuk berbincang-bincang agar nampak busy dan bekerja walaupun akhirnya mereka tertidur sewaktu berbincang.

Oktober 11, 2006 3:04 PTG

 
Blogger Anonymous said...

aku rasa aura Raya dah mula merasuk si naga.

"mana duit nak carik langsir baru, kuih,baju baru,baju melayu......"

Aku agaklah.

Oktober 11, 2006 3:38 PTG

 
Blogger BooK said...

cerita pasal tauhu. buat aku rasa lapar. dan aku rasa nak menginfak kan sedikit tauhu kepada jiran aku. gitu lah hidup bermasyarakat. tauhu lebih kita bagi jiran. asap lebih pun kita bagi jiran.

Oktober 11, 2006 3:55 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Areyoung,
Hah, siapa jahat? Ha ha.

Ayob,
Aku memang tak main mercun. Aku main molotov cocktail je. Ha ha.

Kemat,
Kalau orang boleh design light sabre keluar cahaya guna bateri - tak kan orang tak boleh design mercun keluar cahaya dan bunyi kebam bum bam guna bateri?

Kirana,
Waw, bila taip nama kau - aku teringat kat lagu Wings, “Kiranamu uuu hu uuuu, aku rinduuu uuu hu uuuu...” Ha ha.

Eh, kalau kau disuruh pilih untuk jadi menteri - kau nak jadi menteri kementerian mana?

Kem. Flora dan Fauna atau Kem. Lost n Found?

Ha ha.

Po,
KL berjerebu teruklah, dude! Vovin tak dapat pergi Kina. Aku tak dapat pergi Yohan. Tak nampak jalan!!!!

Psst! Seberang Takir dan Bad Stone Beach dah start kena taufan dah?

Book,
Kita bagi jiran - bukan 'yang lebih-lebih'. Kita memang beli lebih - bertujuan untuk disedekahkan kepada jiran tertangga.

Demikianlah tadi tazkirah sebelum sampai waktu berbuka puasa... bla bla bla...

Oktober 11, 2006 4:05 PTG

 
Blogger Nazri said...

dude skedude, bila mau bukak puasa?

bukak dengan tauhu bakar pun boleh.

Jumaat ni?

Weh dude!

dude!

dude where's my car?

Oktober 11, 2006 4:39 PTG

 
Blogger el-Maaniq said...

takde open tender utk buat perabot atau pencil 2B.

tapi petender-petender penanam semula pula yang berlambak2.

ntah. aku rasa la.

tauhu bakar dan tauhu sumbat?

Oktober 11, 2006 5:00 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

Ishkk kat luar tu jerebu teruk lahh... takkan nak isap rokok kat dalam umah pulak? Sudahnya isap rokok sambil pakai topeng!

Oktober 11, 2006 5:05 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Vovin,
Apa? Kau suruh aku berbuka puasa bersama-sama Natasya? Apa??

Ya car? Huh? Still not get ya car back aaa dude? How kam?

Mamak Maniq,
Kenapa tidak kau je pergi sana; buka kilang buat pensil 2B! :)

Ram,
Huh? Boleh ke? Horrornya...

Oktober 11, 2006 5:16 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

cakap jer la kau nak buka puasa tauhu bakar ini hari. berkias2 kunun.

Oktober 11, 2006 5:35 PTG

 
Blogger Rie said...

tauhu sumbat sedap. tauhu bakar aku tak makan. rasa asap.

serupa makan tauhu mentah dalam jerebu. hohoho

Oktober 11, 2006 6:00 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

Dude!

Aku suka sumbat yang lain..

Oktober 11, 2006 6:05 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis,
Hari ini aku bawa balik 1. karipap segera, 2. bahan letupan.

Tapi, masih kepingin Tauhu Telur.

Esis,
Kalau ke Kajang - singgah makan di PEMADAM - ada jual Tauhu Bakar yang tidak rasa asap.

Mulan,
Kulit kayu manis?

Emp,
Ustaz kata, kalau si keparat main sumbat tak tentu masa tak tentu tempat - wajib bayar kifarat. Ustaz katalah...

Ha ha.

Oktober 11, 2006 6:24 PTG

 
Blogger Unknown said...

saya membayangkan NAGA berada dalam persidangan itu. Tangan kanan pemetik api, tangan kiri molotov cocktail. bersiap sedia.

Oktober 11, 2006 7:33 PTG

 
Blogger spyz said...

Alamanda takde jerebu.
sungguh!!
turun!!!
aku cabar kau!!
ha ha..

Oktober 11, 2006 10:20 PTG

 
Blogger Ikhwan Hayat said...

Kebetulan, hari ni, pertama kali dlm hidup aku makan tauhu bakar. Takde lah sedap sgt. Lebih baik dibuat taufufa atau tempe je.

Oktober 11, 2006 10:25 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

dude, saya lebih suka dengan pensil 4B ke atas.
Walaupun tidak manis, tapi hitam menawan.

Oktober 12, 2006 12:10 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Gitartongtong,
Ha ha.

Spyz,
Tak payah cabar-cabarlah! Kau - Alamanda - turun! Patimah - jarang nak turun. HAMPEH!

1khz,
Kau pergi try Tauhu Telur pula.

Kunci,
Aku guna pensil kitar semula 'made with newspaper' berjenama O'BON.

Dan, aku pernah ada set pensil Faber-Castell dari H - F - B.

8B lagi best guna weh! Lembut tak hengat!!!!

Oktober 12, 2006 8:14 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Cat suka tauhu bakar. Kalau ikan bakar lagi sedap.
Tapi Cat tengah tension lagi sebab jiran yang baik kita tu bakar benda lain. Sampai berjerebu. Sesak nafas. Tak nampak KLCC. Sakit hati betul.

Oktober 12, 2006 8:49 PG

 
Blogger yaabbna said...

wassup dude.
Aku sempat tanya dorang..Doragn ckp bkn sengaja droang bakar tp terbakar dgn sendiri.Angin panas sebab monsun dah melanda pantai sebelah sini.

Dgr cerita yg bakar kat sana pun..Orang malaysia gak.

Oktober 12, 2006 8:51 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Cat,
Kad kau aku dah terima. Dalam ada duit sepuluh ringgit. Terima kasih.

Bana,
Oh, iye ke? Ha ha.

Oktober 12, 2006 10:02 PG

 
Blogger Unknown said...

hutan terbakar nampak asapnya..
hati terbakar siapa yang tahu..

sekian karam singh walia melaporkan..

Oktober 12, 2006 11:35 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Your welcome Abang Naga.
Duit sepuluh ringgit tu Cat halalkan. Pi beli tauhu bakar petang ni untuk berbuka. Tapi ingat tau, tak boleh beli rxxxx. HA HA HA.

Oktober 12, 2006 11:56 PG

 
Blogger yaabbna said...

Hutan terbakar org nampak
Hati terbakar kita je yg rasa.

Hari2 duk sedut jerebu.Klu jerebu rasa mcm asap rokok xpe. ni rasa yg boleh buat sakit tekak.

Disini menunjukkan asap rokok xbahaya.Sebabnya klu kita hisap rokok banyak mana pun,xdela kita terus kene selsema dan batuk2 serta sakit tekak.

Oktober 12, 2006 1:13 PTG

 
Blogger el-Maaniq said...

tauhu bakar di pemadam mmg sedap. kalau turun kajang makan sate juga di situ. lebih sedap!

Oktober 12, 2006 2:57 PTG

 
Blogger Unknown said...

kwang kwang kwanggggg.....bernas bernas bro!wa ske...tp yg pasti antara tahu bakar dgn tahu sumbat.....dua dua pun sodaaaapp!

*teringat makan tahu bakar kat pantai lido*

Oktober 12, 2006 3:15 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Shah,
HA HA HA HA HA.

Amora,
'Tahu' dengan 'tauhu' tak sama perkara! :)

Oktober 12, 2006 5:03 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Tahu gejrot atau tahu tek lagi sedap Pak :)

BUNDA SHAFIYA

Oktober 12, 2006 11:03 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Di Malaya ada krisis udara, di Kota Dublin pula ada krisis air.

*sigh*

Oktober 13, 2006 3:07 PG

 
Blogger siskinny said...

naga rock..
eh tak..aku komen "Ini sepatutnya gambar NAGA KERTAS"

Oktober 13, 2006 12:40 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Buk Dokter,
Aku rasa 'tek' lagi sedaplah, buk dokter.

Tanah,
Kat Perlabuhan Klang ada masalah Ombak Besar dan Jerebu. Sekali gus.

Kat seksyen 10 Wangsa Maju - tanah runtuh.

Kat seksyen 20 Shah Alam - apatmen tak siap.

Putih,
Api neraka itu panas. Dan tak ada airkon.

Dcs,
Wa tengah layan BLUES ni. Songs of Bob Dylan (All Blues'd up!)

Oktober 13, 2006 3:00 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home