"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

05 Oktober 2006

Wasabi (horseradish)

Matsumoto

Nyonya Jepun tu. Letak secubit wasabi. Di atas belakang tapak tangan aku. Baru parut, kata dia. Aku jilat. Semua, sekali gus.

Dia jerit. Aaaa, pedas tu!!!

Biasa saja, tak ada apa-apa pun, kata aku.

Lepas tu. Dia ajak kawan-kawan dia. Nyonya-nyonya Jepun juga. Giilir-gilir. Letak secubit wasabi. Di atas belakang tapak tangan aku. Baru parut, kata mereka. Aku jilat. Semua, sekali gus. Nyonya Jepun bertepuk tangan.

“Sekianlah sahaja, pertunjukan silap mata dari Encik Naga, ya!” Noriko. Kawan aku. Si pencelup dye.

Ada burung hantu lalu di atas kepala. Ow! Ow! Ow!

20 Comments:

Blogger Cat Cat said...

Pernah Abang Naga makan ice-cream wasabi..? Sedap.

Oktober 04, 2006 9:53 PTG

 
Blogger Rie said...

wah wah wah.... hebat sungguh. nyonya jepun ada anak dara comel ke?

Oktober 04, 2006 10:48 PTG

 
Blogger fiq said...

nyonya jepon tu jakon yang amat ke?

Oktober 04, 2006 11:18 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

andai, yang mengelilingi kau itu. bukan nyonya. tapi para amoi. yang mulus. berskirt kontot. berbaju sendat. bila kau jilat. dan mereka tepuk. konfem blood pressure melambung!

hahaha..... wasabi tak pedas ke weh?

Oktober 04, 2006 11:38 PTG

 
Blogger yani rahman said...

Lepas tu En Naga kena cirit birit tak? :D

Oktober 05, 2006 7:43 PG

 
Blogger yani rahman said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Oktober 05, 2006 7:43 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Cat,
Belum. Tadi aku guna shampoo teh hijau.

Esis,
Mahunya tak ada. Ha ha.

Organ,
Bukan Jakun. Jepun!

Some,
Yang lupa sesatu - 'yang lututnya berwarna merah jambu'. Ha ha.

Wasabi pedas? Pedas kejap je.... Taklah pedas lelama macam cili.

Lopak,
Tak. Lepas tu nyonyanyanya Jepun tu belanja aku makan sejenis kuih (macam kuih wade hindu made of kacang dal tu) berperisa wasabi. Oishie desu neh! Nyam nyam!

Comment deleted,
Wahsupppppppppppppp?

Oktober 05, 2006 8:12 PG

 
Blogger kingbinjai said...

ooo ooo amat terer. dah la hensem, terer pula tu.

dalam kurungan. aku. bukan kau. muahahaha

Oktober 05, 2006 8:21 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

wei bang naga, jom buat perniagaan tani pulak, bukak ladang wasabi ekekekekekekekekekeke

Oktober 05, 2006 8:35 PG

 
Blogger bluecherry @ fai said...

Terer benor tuu.. Awat secubit jer?
Tak mau terai segenggam..

hu hu hu [mau tegolek atas katil seminggu].

Oktober 05, 2006 9:04 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Binjai,
Ha ha.

Ayin,
Ha ha.

Dug,
Wasabi tak boleh tumbuh kat cuaca panas terik banjir kilat hutan tropika khatulistiwa, dude! Ha ha.

Ceri,
Uwaaaah, seronoknya ketawa. Ha ha.

Oktober 05, 2006 9:51 PG

 
Blogger Lan Rambai said...

Ap maksud Noriko, Si pencelup dye? Burung hantu itu memang lalu betul atau simbolik sahaja? Arghh... tulisan ko. susah betul utk aku paham sepenuhnya. arghhh

Oktober 05, 2006 10:56 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

wasabi tu cili api ke?

aku ingat wasabi tu mcm sake.

semacam je bunyinya. hak hak hak

lupa pula aku, namanya jepun

Oktober 05, 2006 10:58 PG

 
Blogger ayobkelubi said...

errrr komen aku sama macam komen aku kat entri sebelum nie.rujuk sana.tq!
hehehe

Oktober 05, 2006 11:09 PG

 
Blogger OP Zaharin said...

tepuk tepuk tepuk
pandainya bang naga buat magis
nanti demo kat fathima 1 round ek hehehe.

Oktober 05, 2006 12:31 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

gila kau! aku tak tahan naik ke hidung! aiskrim wasabi aku pernah try...yeaksss!

dug, aku pun terpikir kita buat tanaman wasabi jual ke jepun. kayo!

op, masa gath nanti aku nak bawak wasabi. kita mintak naga2 buat pertunjukan silap mata. yay!

Oktober 05, 2006 12:57 PTG

 
Blogger BooK said...

wasabi tu pedas siot. terkejut lidah aku.

Oktober 05, 2006 1:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ram,
Ha ha. Apabila aku cerita tentang BURUNG HANTU - maknanya aku tengah cerita tentang BURUNG HANTUlah. Apa pula simboliknya? Ha ha,

Nota,
Wasabi = tiada kena mengena dengan Habbi, Baybi, Babi, dan bi bi yang lain-lainnya. Ha ha.

Ayob,
Ha ha. Teruk sungguh kau ni.

Op,
Boleh boleh boleh. Tapi, utk pertunjukan kali ini - aku kenakan TIKET! rm50 rm150 rm200 rm500

Rudy,
Dude, masa kau jilat benda hijau tu - kau jangan le kemam lama2 kat dalam mulut! Ha ha.

Book,
Pedas wasabi - kejap je. Pedas cili - lama ooo.

Aku? Kalau makan tak pedas - tak syok laaa...

Oktober 05, 2006 2:07 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

so, kalau sambal udang kecik2 buang kulit pun kena pedas2 juga?

aku masih utang abang, aku ingat tapi masa asyik mencemburui untuk jumpa/bawak.

Oktober 05, 2006 5:39 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

Wasaaaabiiiii..

hahahah..
aku rasa nyonya2 tu bukan terpegun
dgn kemahiran Naga menahan pedas..
tapi kemahiran Naga menjilat..
huhuhu..
abes la puasa..

Oktober 06, 2006 6:32 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home