Yang dikatakan Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Kalau. Pada hujung minggu yang lalu. Hari hujan. Dan. Kau rancang nak naik teksi. Di perhentian teksi KLCC. Atau. Di perhentian teksi Kompleks Beli-belah Bukit Bintang.
“Ke Times Square? Ermmmm... Lima belas ringgit, boleh?” Pemandu-pemandu teksi.
“Jauhnya tak sampai sebatu... Kenapa mahal sangat? Kenapa tak mahu guna meter? Dan, aku bukanlah Tok Arab yang kau selalu 'tekan' tu! Aku lokal, dude!!!” Kau.
“Ooo, SAYA PUNYA CARA TERSENDIRI!” Pemandu-pemdandu teksi.
Humchaaa! Jika benarlah 'state' memantau blog-blog... Dan akan segera mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap permasalahan rakyat... - 'Copy' entri ini dan 'paste'kan ke blog anda. Atau. Yakini sepuluh rakan blog anda; minta 'copy paste'kan entri ini ke blog mereka. Nescaya, hidup masyarakat marhaen di Semenanjung Tanah Melayu (di KL khasnya) ini akan lebih bahagia! Hubaya! Hubaya!!
36 Comments:
Kau tak ambil nama pemandu, no teksi dan masa kejadian. Kalau ada, baru takut sikit diorang ni.
September 18, 2006 11:39 PG
786,
Gila kau... Semua pemandu teksi yang berbaris panjang-panjang tu kata lagu tu la weh!!!!
September 18, 2006 11:47 PG
bawak tape recorder di tangan. tunjuk kat muka dia. 'pergi KLCC boleh bang?'
September 18, 2006 12:04 PTG
lain kali bwk kete sendiri je la bro? atau
bukak iklan amik driver baru he he
September 18, 2006 12:10 PTG
abang kona kanan... lepas tu belok kiri... masuk bawah tu... masuk kanan.. masuk kiri... buat pisingan U...
aaa.. saya nak pi KLCC
September 18, 2006 12:10 PTG
kau patut jalan kaki atau naik basikal, untuk jaga kesihatan. kau kan dah tua.
btw, teksi ialah mobil alternatif utk org KAYA la dude...
September 18, 2006 12:15 PTG
Lu patut lempar molotov koktel pada teksi-teksi tu. kemudian ketawa berdekah-dekah...
September 18, 2006 12:26 PTG
OP,
Kau ada. Tape rocorder? Pinjam!
Amora,
Parking mahal! (Baca; orang kaya memang kedekut. Ha ha.)
Dug,
Aku nak pi Kotak Times lah, dude! Ha ha.
Molus,
Aku KAYA hape!!! Ha ha.
Tapi, kendatipun aku KAYA, ta'kan pemandu-pemandu teksi nak charge aku sampai RM15 weh?
Sufian Abas,
Wa syak macam tu juga, dude! Kalau nak ambil tindakan membelakangi undang-undang secara sendirian - 'state' akan tuduh wa anarkis pula nanti. Tu yang wa nak cari penyokong/pengikut tu. Ha ha.
Semasa kejadian tu - wa rasa nak tubuh parti Khakis Brown je dah. Ha ha.
September 18, 2006 12:33 PTG
pak samad jalan kaki sana sini selamba aje...
:-)
September 18, 2006 3:59 PTG
Spyz,
Ni hari hujan dude, hujan!!!! Jalan kaki hape nyeeee!!!!!
September 18, 2006 4:16 PTG
semua teksi yg berbaris panjang kata lagu tu..... abis.. ko terpaksa bayau RM15 itulah? Kasihannnnnnnnn
Aku dah lama tak naik teksi.
September 18, 2006 4:54 PTG
mahal macam nak beli kambing!!
September 18, 2006 5:02 PTG
Rambai,
Tak!.
Aku masuk ke dalam teksi tanpa tanya terlebih dahulu. Lepas tuh, aku tanya, “ok, aku cuma ada RM2.80 - kau boleh hantar aku sampai mana saja?”
Dia kata, “depan KL plaza!”. Aku kata, “ok!”
Dari depan KL plaza - aku redah hujan sampai ke Empat Segi Sama Times. Padan muka pemandu teksi tu! Ha ha.
Book,
Kambing pun murah, dude! Ha ha. Kari kambing ler maksud aku. La la la....
September 18, 2006 5:25 PTG
Ooo... dia pakai minyak no.3 yang baru tu. Pasal tu mahal.
"And the pick up, definately better..."
Pss.... aku nak kata padan muka kat hang, tapi aku pun selalu kena. Maka padan muka kat hang dan aku.
September 18, 2006 6:16 PTG
Khal,
Jadi, apa yang 'Cemerlang, Gemilang, Terbilang'nya? Ha ha.
September 18, 2006 6:40 PTG
Khal,
Fer ya info; bukan satu! bahkan kesemua pemandu teksi yang berbaris panjang di depan Bukit Bintang dan KLCC tu macam tu!!!!
Mana PEMANTATAOWAN?
Atau, 'state' memang dah umum, “harga teksi dah naik!”, cuma kita saja yang tak tao?
September 18, 2006 6:44 PTG
wei.. kalau miskin naik monorel saja lah! hahaha
:P
September 18, 2006 7:52 PTG
ooo.jadi hari itu sewaktu di kl dan aku menaiki teksi dan dikenakan rm20.itu "SAYA PUNYA CARA TERSENDIRI" la.Amin..
September 18, 2006 8:00 PTG
Itu yang menyebabkan ramai orang cukup jaki naik teksi...
Cemerlang, Gemilang, Temberang...!
September 18, 2006 8:08 PTG
ingat nak bawak teksi part time..leh cri duit belanja kawen..sekarang hantaran mahal woo.. aku caj KLCC - Times Square RM14 jer.. saper nak naik...
p/s : air cond aku tutup yer
September 18, 2006 8:58 PTG
salam.
sangatt jarang naik teksi di kl. apatah lagi seorang diri. selalunya travel naik PUTRA, STAR, KTM, dll yang sebangsa. murah dan selamat walaupun kerapkali kepam bersesak-sesak.
sekali tu, kat kedah. stesen bas changlun yang sunyi-sepi. destinasi: kolej matrikulasi changlun. ada orang janji nak jemput pukul 7.30 mlm. tapi dah menjelang jam lapan tak ada sesiapa. misinformation dan saya kena pergi sendiri ke sana.
tawakal. naik teksi. malam. sorang-sorang. pak cik itu caj RM5 untuk perjalanan yang rasanya sekadar lima minit. saya duduk di kerusi depan, pastikan pintu tidak kunci, bersiap-sedia untuk sambar pemegang pintu dan terjun keluar kalau pak cik itu menunjukkan tanda-tanda mencurigakan. mata meliar tengok papan tanda, cuba pastikan yang memang pergi kolej matriks changlun. itu kali pertama saya di situ.
alhamdulillah selamat sampai.
meow~
September 18, 2006 10:08 PTG
dude, jalan kaki pakai payung. Cool. Cubalah dulu.
September 18, 2006 10:27 PTG
dude, jalan kaki pakai payung. Cool. Cubalah dulu.
September 18, 2006 10:29 PTG
dude, komen di atas berulang dengan sendiri.
September 18, 2006 10:31 PTG
beli beskal lipatlah..."pikul dan buka"......
September 18, 2006 11:16 PTG
hari tu pemandu-pemandu teksi di kota dublin buat strike. mogok. tunjuk perasaan. ini yang keempat, semenjak bulan Julai.
sebabnya kerajaan nak batalkan beberapa cas, macam cas bagasi, dan cas ke lapangan terbang.
eh, saya ni bagi idea pada pemandu-pemandu teksi kat malaya pula.
oops!!!
September 19, 2006 5:20 PG
ke times square dari KLCC?
mudah saja
jalan kaki sehingga aquaria
kendian ko lintas jalan ke hotel mutiara crown plaza ikut satu kompleks antara aquaria ngan mutiara tu.
kendian, hang ikut koridor hotel mutiara tu, masuk lobi, kendian kuar balik. ambik monorel depan hotel tu (monorel raja chulan) ke IMBI. (RM1.20). dan ko turun monorel, dan sampai lah di time square.
ko dah jiman RM1.60.
amacam?
gila panjang. hahaha.
moral : selalulah guna perkhidmatan awam, baru hang tau tips and trick
>:P
September 19, 2006 8:05 PG
anda pasti? anda tidak mahu menggunakan talian hayat? huwa! huwa!
September 19, 2006 8:57 PG
sebab itu saya lari dari kelumpo
September 19, 2006 9:26 PG
pengalaman saya dengan pemandu teksi di klcc.
hari sabtu lalu, pukul 9.00 (lebih2 sikit) malam. baru pulang dari program bina semangat pasukan untuk jabatan saya yang diadakan di cherating. saya dan seorang gadis praktikal yang juga kebetulan tinggal di sekitar bandar baru sentul, bersama beg2 baju dan barang2 yang dibeli di sana. naik lrt rasanya kurang kondusif.
tahan satu teksi.
"bandar baru sentul?" saya.
"15 ringgit boleh?" pemandu A.
"apsal mahal sangat?" saya.
"sana jem..." pemandu A.
"takpalah.." saya, tutup pintu teksi.
teksi itu meluncur ke depan, mencari penumpang lain.
tahan teksi kedua.
"bandar baru sentul?" saya.
"15 ringgit," pemandu B.
"takpalah..." saya.
"sepuluh ringgit lah! boleh?" pemandu B.
"berhenti ong tai kim boleh?" saya, memancing untuk gadis praktikal yang sedang berdiri di belakang.
"ong tai kim sudah jauh. you cari teksi lain lah!" pemandu B.
teksi itu meluncur ke depan, mencari penumpang lain.
tahan teksi ketiga.
"bandar baru sentul?" saya.
"boleh2. beg letak belakang..." pemandu C.
"ikut meter ke ni?" gadis praktikal, ragu2.
"ikut la kot..." saya.
teksi jalan. belok kanan. depan sikit.
tup. pemandu C tekan meter. butang reset.
sepuluh saat bergerak...
tup. pemandu C tekan meter lagi. butang reset.
lima saat kemudian...
tup. pemandu C tekan meter sekali lagi. butang reset.
"meter rosak ke bang?" saya, risau.
"oh, tak da. saya rasa tak sedap hati. takut tercaj lebih," pemandu C.
"haa?" saya, hairan dan sedikit ragu.
"itulah. kadang2 passenger pelik. tapi, saya memang macam ni. tak sedap hati lah..." pemandu C menambah.
ternyata tambang apabila sampai ke rumah lebih murah daripada biasa.
semoga bertambahlah pemandu teksi yang tak sedap hati seperti beliau di KL nanti. amin.
September 19, 2006 9:40 PG
"..SAYA PUNYA CARA TERSENDIRI!"
kau plagiat frasa dolah yang satu lagi.
apa maksud jones bila sebuat "dolah yang satu lagi?"
September 19, 2006 9:41 PG
eh, terpanjang pulak komen di atas.
September 19, 2006 9:43 PG
Kelambu,
Ha ha. Jadi, yang jalan kaki tu lagi miskin dari yang naik monorel le ek? Ha ha.
Semut,
Tapi, dia kata, dia belum 'HILANG KAWALAN'!
Bho ho ho!
Purp,
Semalam, aku naik teksi lagi... Pemandu teksi tu beritahu, "Ooo... Sekarang susah teksi-teksi nak cari makan, ooo!"
Hah? Siapa nak bagi dia orang makan kalau tambang teksi dari KLCC ke Kompleks Damai = RM15?
Kemat,
Cadangan yang bagus! Sekurang2nya kau tak menjadi sebahagian dari statistik 59,000 ++ siswazah menganggur.
Bagus! Aku suka kau!
Adibah,
Kalau kau perempuan, naik teksi berseorangan - duduk di sebelah belakang pemandu teksi. Part itu terlalu sukar untuk dicapai oleh seseorang pemandu.
PESANAN TIPS KESELAMATAN UNTUK WANITA-WANITA INI TELAH DIBAWAKAN KEPADA ANDA OLEH CHE ARA; YANG SELALU BALIK NAIK TEKSI KETIKA MUSIM KAMI MESYUARAT MEETING HABIS LEWAT DINIHARI.
Kalau kau dodok di sebelah pemandu teksi - kau mungkin senang utk diraba atau dipaksa untuk melakukan sex oral. Ho ho.
Kalau kau duduk di sebelah belakang co-driver - pemandu teksi yang jahat senang2 boleh cucuk kau dengan pisau enam inci panjang. Ho ho.
Kunci,
Mencari payung murah di KL tak semudah mencari payung di Ikebukuro. Maklum!
Fer ya info; Payung paling murah yg dijual di tepi2 jalan ketika hujan = rm5. Di 'lawson' KL = jangan harap sangat ada jual payung tu, dude!
Nasihat aku: Kau duduk terus di Osaka tu. Jangan balik-balik! Awek kau yang kat Kajang tu - biar kami yang 'tolong tengok2kan'! Bho ho ho.
Gelembai,
Kau pun jangan balik ke Malaya! terus tinggal di Jepun tu. Kat Jepun bukannnya tak ada masjid, bukannya tak ada ayam halal, etc!
Tanah,
Kalau pemandu teksi di KL mogok - aku rasa, user tak heran! Ha ha.
Dan, mustahil sangat akan berlaku. Coz, orang Malaya mana yang SATU HATI sungguh tuh? Kau cerita kat aku! Ha ha.
Ron,
Tapi. Menteri-menteri mana yang naik teksi dan guna pengangkutan awam tu? Cerita kat aku! Ha ha.
Binjai,
*blur*
Gitartongtongtong,
Kalau duduk di Johor, nak jadi penyanyi lagu2 'tunjukan kami jalan yang benar'... Payah nak popular dude! Ha ha.
Vovin,
Kami merinduimu, semalam! Sekalung takziah!
So, amacam? Sudah selesai ka itu hal?
September 19, 2006 9:55 PG
Sayut,
Tambang dari Jalan Maharajalela ke Bdr Baru Sentul = RM6.20. Dari stesen LRT Bangsar ke Bdr Baru Sentul (ikut lebuhraya baru) = RM7.00 ++.
Hape, dia orang ingat BBS tu kat London ke? Pooooodaaaah!
Jadi, mulai hari ini, dengan kuasa yang aku takde, aku umumkan, bahawa sanya, Sentul Barat (merangkumi BBS menara orkid dan menara mawar) adalah sebuah REPUBLIK!
Ho ho yeah!
Zizie,
Ha ha. Cepat kau dapat tangkap (berbanding yang lain2 tu). Ha ha.
September 19, 2006 10:03 PG
Nampaknya terpaksalah kita tubuhkan Republik Pisang, dude! Dia tak HILANG KAWALAN, cuma punya CARA TERSENDIRI dalam mengawal. Oit! Barang yang kau tak pernah ada, kau akan hilangkah?
Atau dia berkongsi KAWALAN? Ramai budak-budak tingkat 4 yang boleh tolong, dude!
September 19, 2006 10:33 PG
tambang saya malam itu, rm4.70 saja.
"saya punya cara tersendiri" ah, lampi sungguh saya.
September 22, 2006 7:01 PTG
Catat Ulasan
<< Home