"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

08 September 2006

Antara command and do dan Sarjan Leman yang tidak maksum

“…Baris ini selaku barisan hadapan. Yang kiri – kiri juga. Yang kanan – kanan juga. *Hukuman yang salah – janganlah dibuat. Hukuman yang betul – hendaklah dibuat dengan betul dan pantas. Faham tu squad?” Sarjan Leman. Beritahu dan bertanya.

Jadi. Kalau kami. Sedang “daaaaari kiri – c’pat jalan!”. Dan. Kalau Sarjan Leman. Beri hukuman “barissss (ber)hentip!” ‘Jatuh’ pada kaki kanan. Kami tak akan buat. Kerana. Hukuman tu salah. Jadi. Kami buat dono sajalah.

Suatu hari. Aku tanya. Sarjan Leman.

“Jan! Kalau Jan. Arah saya. Tembak meriam. Sedangkan. Saya tahu. Kat depan tu. Ada sol-jah kawan-kawan. Tapi. Jan suruh juga.... Kebam-bum-bam! Mereka mati. Kena peluru meriam…. Siapa akan tanggung kesalahannya?” Aku tanya.

“Kaulah! Sebab. Kan dah beritahu… ‘Hukuman yang salah – janganlah dibuat.’” Sarjan Leman jawab.

“Tapi. Kalau saya. Tak ikut. Arahan Jan… saya kena. Ketuk ketampi. Juga.” Aku kata.

“Ha ha. Dah! Dah! Kau jangan jadi sol-jahlah!” Sarjan Leman kata.

*Arahan

9 Comments:

Blogger dugongsenyum said...

a'ah.. jadi sm sindiket so-jal ok dah hahaha

September 08, 2006 11:49 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Pusing-pusing manapun boss tetap akan betul. Jadi, Jangan lawan tauke... hehehe...

September 08, 2006 12:01 PTG

 
Blogger Rie said...

soljah! ko soljah ker dulu? nampak macam artis aje. tak nampak pun ketul 6 kat perut. ketul 1 aku nampak. hahaha

September 08, 2006 12:22 PTG

 
Blogger Kemat said...

mase kje..slalu gak tak pueh ati ngan arahan bos.. sebba rasa cam salah jer instruction dia kasi..tp nak wat camner 'obey your master'

September 08, 2006 12:39 PTG

 
Blogger BooK said...

susah ke nak jadi sol-jah?
ha?

September 08, 2006 2:25 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Sarjan Meja = Amir Mukhriz. Ha ha.

Purp,
Tak. Sarjan Leman maksudkan. Nak terima segala arahan pun kena fikir2 jugalah, kena timbang2 jugalah... Jangan hantam keromo saja.

Esis,
Separa sol-jah. Ha ha.

Kemat,
Yo, Apa habaq orang utara?

Book,
Susah. Ha ha.

September 08, 2006 2:41 PTG

 
Blogger MDM FARAH FAIZURA said...

untuk soalan itu

pasti ada wajah yang bertanda tapak tangan aku

*jika aku ini sarjan leman


hehe

September 08, 2006 9:12 PTG

 
Blogger Unknown said...

haha! nasib saya tak jadi..

September 09, 2006 10:12 PG

 
Blogger . said...

masa sekolah dulu ada arahan

"dari kiri, cepat jogging"

huhu.

memang wujud ke arahan jogging?

September 13, 2006 3:51 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home