"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

24 Ogos 2006

Ejen 017 (bukan sekadar handsome dan seksi)

MatJan. Minta nombor akaun bank aku. Dia mahu bank inkan cek. (Baca: Uwah! MatJan bayar kerja-kerja aku guna cek?).

1-14141-bla bla bla, kata aku.

Uwah! Cantiknya nombor, kata MatJan.

Itu belum cukup cantik lagi, nombor KWSP aku - 11155555, kata aku.

Uwah! Mana aci, asyik kau saja dapat nombor cantik. Dahlah nombor c.i.p. (ISBN) kau 007..., kata Matjan.

Ha ha. Nombor telefon bersel aku pun cantik juga... 017 (period), kata aku.

Ceh! Kata MatJan.

13 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

No kereta aku x7x7
No hp aku xxx-xx777x7, hp yg satu lagi xxx-xx7x7x7
BOD aku x7-xx-xx7x

tengok tu, semua 7...tak sombong pun..hehehe...

Ogos 24, 2006 10:18 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Bila kamu tekan butang PUBLISH, blogger akan buat 2 laman.

a) laman index - muka depan dimana kita lihat beberapa entri bersusun. Laman index selalu berubah kerana sentiasa ada entri baru dimasukkan. Ianya tidak permanent. Jika orang mahu promo satu entri yang seru dalam blog kamu, dia tidak akan link kepada url blog kamu kerana laman depan ini sentiasa berubah. Tidak permanent.

b) laman tetap - khas untuk satu entri + komen-komen untuk entri itu sahaja. Url (alamat) untuk laman tetap ini dipanggil PERMALINK (permanent link).

Tujuannya: jika ada orang mahu merujuk kepada entri itu dari blog mereka, mereka akan guna permalink ini. Ia tidak berubah.

Apabila ada hamba Allah, mempromo satu entri dalam blog engkau dgn meletak URL Entri atau PERMalink dalam blog mereka- maka terteralah dalam Laman Permalink menri milik enkau itu 1 TRACKBACK. Kalau ada 2 Trackbacks bermakana 2 laman lain merujuk kepada laman entri itu. Begitulah seterusnya. Kau berhak kembang hidung jika ada 10 trackbacks. Entri itu mengancam.

Jika tutorial ini susah difahami, ini kerana aku buat dalam bentuk puisi. Puisi kepada aku, tidak puisi kepada orang lain.

280868- cantik tak nombor ni? Ini harijadi aku.

Ogos 24, 2006 10:27 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Limau,
Ada kawan tulis di dalam bukunya:

PERMALINK
...URL bagi halaman utama blog akan berubah apabila ia dikemaskini dengan kandungan baru. Jadi, permalink ialau pautan tetap dan tidak berubah URL blog itu yang mengandungi kandungan yang sama.


Betullah kot apa yang dia tulis ni.

KOMA

Nombor hari jadi Puan Itote macam ilmu kira-kira sekolah rendah. pergh! Siapalah yang tidak akan ingat....

Ogos 24, 2006 10:53 PG

 
Blogger Unknown said...

Lor aku ingat kau buat entri ni untuk 'MEMUJA' drama tahi EJEN 016 TV3

apalah ada pada nombor, alahai.

Ogos 24, 2006 11:17 PG

 
Blogger Anonymous said...

Kawan aku ada kereta yang mempunyai dua angka kosong dihujung tetapi bila menyebutnya dia sekadar menyebut dua angka pertama.

Bila ditanya,

dia hanya menjawab "angka kosong tiada sebarang nilai" maka jadilah keretanya berplat dua angka!

Ogos 24, 2006 11:56 PG

 
Blogger June said...

naga... blog aku masih ujud... kau ajer yg tak nampak! huh! huh!

Ogos 24, 2006 12:42 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

R,
Ada macam2 pada nombor. kalau kau tak ingat pin number ATM kau - tak makan nasi laa kau tengah hari ni. Ha ha.

Po,
Kosong = tak ada nilai. Sifar = ada nilai kot, ntah! Lama dah tak ngaji add maths ni.

Molus,
Ooo... senyap2 dah on kan blog kau semula ek! Tak moh bagi aku baca le tuh!!!! Ha ha.

Ogos 24, 2006 12:51 PTG

 
Blogger Rie said...

sol jah, plat rxz aku dulu.

NAG 1456

issh, apasal ada 1 kat situ.

Ogos 24, 2006 12:53 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

nombor kereta aku, 8832. cantik tak? tak cantik kata kau? cuba ko tambahkan semua nombor terbabit : 8+8+3+2 tak jadi 21? kan cantik tu hahahahaha

Ogos 24, 2006 1:11 PTG

 
Blogger Ron97 said...

4D Current Result
Date: 23/08/2006
Draw No. 2720/06
First Prize - 6258
Second Prize - 0582
Third Prize - 3407

Ogos 24, 2006 5:01 PTG

 
Blogger MHidzir aka Embun said...

No IC aku:

840404-14-xxxx

Hahah.. Oh.. Mak aku pandai timing..

Ogos 25, 2006 2:08 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

semalam aku shopping beli langsir dianya bil RM222.20 peghhhh.. lari bajet hahaha

Ogos 25, 2006 9:44 PG

 
Blogger Amyz! said...

nombor plat kereta aku pernah menang magnum. kira ada ong gak la~ ahaha..

Ogos 26, 2006 10:00 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home