"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

17 Ogos 2006

Aku rasa macam bodoh

Entah malam ke berapa. Di Ikebukuro. Langit guguk. Bulan sabit. Serigala melolong. Kedai tutup. Perkhidmatan kereta api bawah tanah sudah tamat. Buah hati jauh di Asia Minor.

Aku jumpa. Maggi terakhir. Kari. Di dasar beg baju. Keadaannya sungguh parah. Lodoh. Dan. Tarikh luputnya sudah tamat tempoh.

Aku jumpa. Serunding Terengganu. Entah baki bila.

Kemudian. Aku tak ada air panas. Nak rendam. Maggi. Perencah kari. Serunding Terengganu. Sekali gus. Macam bubur lambuk.

Buah hati jauh di Asia Minor. Perkhidmatan kereta api bawah tanah sudah tamat. Kedai tutup. Serigala melolong. Bulan sabit. Langit guguk. Di Ikebukuro. Entah malam ke berapa.

30 Comments:

Blogger Cat Cat said...

Hello Naga,

Best dapat jadi orang pertama komen untuk post ini.

You are too funny or it is just me who "look" stupid... hahaha

Cat from VA

Ogos 16, 2006 9:03 PTG

 
Blogger abdullahjones said...

Eh! Sama pulak. Kekasih-kekasih saya juga nun jauh di Asia Minor.

Ogos 16, 2006 10:38 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

selalunya kalo jadi macam ni namanya malam jumaat yang ke tujuh belas.

Ogos 16, 2006 11:16 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Langit guguk itu apa?

Wah..jangan sibuk-sibuk dong pak..sesekali jalan-jalan dong :))

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Ogos 16, 2006 11:17 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

ala... kata dulu on-off on-off... tak rock aaa rindu-rindu serindu-rindunya hahahahahaha

Ogos 17, 2006 8:37 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Hai Cat!

Jones,
Kekasih-kekasih? Ha ha.

Binjai,
Bagi lelaki-lelaki budiman - setiap malam adalah malam jumaat. :)

Buk dokter,
Maaf! Sibuk banget deh! Nanti-nanti aku nyamping lagi ke halaman blogmu.

Aku butuh istirahat... Argh!!!!

Dug,
Siapa kata rock tak boleh rindu-rindu?

Ogos 17, 2006 8:46 PG

 
Blogger Anonymous said...

ahhh...

Dulu, aku mengharapkan kekasih hati dari kampung-kampung kecil di perabung Banjaran Asia Minor.

sambil

memetik gitar dalam key A-minor?

ha ha ha

Ogos 17, 2006 8:47 PG

 
Blogger Rie said...

serigala melolong, anjing gonggong,
tarikh luput, perut semput...

sol jah, cirit birit?

Ogos 17, 2006 11:20 PG

 
Blogger June said...

yer, aku rindu sentuhan jepun dalam entri2 mu en. naga.

emmm, lelaki nampak bodoh sebab rindu kekasih atau lapar?

Ogos 17, 2006 11:22 PG

 
Blogger Korakora said...

kekasih di kampung kami, kekasih yang gagap. Menonton drama tadika yang gagap.

baru aku perasan, kau pun gagap! tapi gagap kau, lain.

Ogos 17, 2006 11:30 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku tak suka Maggi...aku lebih suka Indomie...

Ogos 17, 2006 11:39 PG

 
Blogger Ron97 said...

asia minor tu siam ekk???
hehehhe

Ogos 17, 2006 11:53 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Aku main gitar guna major cord je. Ha ha.

Esis,
World record - 29 orang budak opis aku jatuh sakit pada hari ini dan semalam. Nordeen baru saja balik dari klinik. Dapat mc. Pergh!!!!

Oh ya, kalau campur dgn 3 org yg kemalangan moto - 32 org. Boleh lingkup ini syarikat!!! Ha ha.

Molus,
Aku pun rindukan kau.
Muerekekekekekekekekekkeke...

Nota,
Baru nak perasan? Lembab!
Ha ha.

Purp,
OP tak suka mi segera yang ada perencah Mawi.
Ha ha.

Ron,
Kat Bangladesh aku rasa...
Bha ha ha!

Ben,
Awaluddin jatuh moto sebelum Khairin jatuh moto sebelum Suhairy jatuh moto. Kau sihat?

Ogos 17, 2006 1:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Molus,
Oh ya, aku terlupa nak jawab soalan kau yang satu lagi tu: Lelaki ni... Pura-pura jer bodoh atau kelihatan bodoh.... Dia punya tipu muslihat... HAR HAR HAR!!!!

Ogos 17, 2006 1:06 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kau rindukan kekasih kau ataupun maggi.kari. masakannya?

Asia minor?Timor timur?

Ogos 17, 2006 2:03 PTG

 
Blogger Anonymous said...

oit..apa daaa Siam, Timor Timur!

Asia Minor mengunjur dari laut mediterranean ke laut hitam.

Osama masih berlindung di dalam gua-gua kecil di banjaran Asia Minor.

Ogos 17, 2006 3:24 PTG

 
Blogger Unknown said...

waduh waduh....bro! perut lapar, teringat kekasih.....

langit guguk tu mcmana rupanye ha ha

Ogos 17, 2006 3:44 PTG

 
Blogger labahlabah said...

pernah.pernah.
nak makan megi tak dapat masak air.nak keluar makan.kedai melayu semua tutup.
tak pe itu semua - dulu.

Ogos 17, 2006 3:58 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Kat belah-belah arab laa kan?

Amora,
Guguk = gelap hitam pekat.

Laba2,
Ha ha.

Ogos 17, 2006 4:06 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

hahaha

seperti yg pernah aku katakan di blog kunchi: aku pernah terbaca ini entah di mana-mana, "lelaki itu ada kalanya bodoh, tetapi tidak selama-lamanya" dan "ketahuilah, sebijak-bijak lelaki itu mampu ditewaskan oleh sebodoh-bodoh dan sehodoh-hodoh wanita"

Lalu aku memutuskan wanita lebih bijak daripada lelaki.

uwoop! uwoop! uwoop! *bunyi ungka yang bersahut-sahutan*

Ogos 17, 2006 4:41 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Hana Kirana,

Kasihan Datuk K.

HAHAHAHAHAHA

Ogos 17, 2006 4:59 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Naga, belah-belah Baghdad laa.

Hana Kirana,

"ketahuilah, sebijak-bijak lelaki itu mampu ditewaskan oleh sebodoh-bodoh dan sehodoh-hodoh wanita"

Lantas, sebijak-bijak perempuan tak mampu ditewaskan oleh sesiapa lalu dia tinggal berseorangan dan mati kelaparan.

Sebijak-bijak lelaki sekurang-kurangnya ada maggi.

he he

Ogos 17, 2006 5:10 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hana Kirana,
Bila nak update blog kau weh! Uwoop! Uwoop! Uwoop!
Ha ha.

Ogos 17, 2006 5:11 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Muerekekekekekekekekekeeee...

Ogos 17, 2006 5:14 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Bro Po,

Good one!

BWAHAHAHAHAAHHAHAAHHAHAAHHAHAH.....

Ogos 17, 2006 5:15 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

oo..arab..oo
maggi tak perlu air panas pon boley juga kan?
guna air sejuk pon takper.tapi dari maggi segera dua menit jadik dua jam.ahaks

Ogos 17, 2006 7:33 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Semut,
Ha ha.

Pnut!!!!!!!!!!
Aku nak lagu tu! Bagi aku lagu tu! Emel kat aku eh!

Ogos 17, 2006 8:10 PTG

 
Blogger Unknown said...

'lodoh'= lusuh+hodoh?

Ogos 17, 2006 8:12 PTG

 
Blogger umaq_eiman said...

biar rasa bodoh dari bodoh... lelaki perlukan wanita wanita perlukan apa?

Ogos 17, 2006 8:50 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

P-nut!

Emel kat aku jugak lagu tuh.. TQ.

Ogos 18, 2006 8:18 PG

 

Catat Ulasan

<< Home