Sarjan Hussain Luruh
Ya ya. Siapa yang tak kenal dengan Sarjan Hussain!
Ya ya. Hampir tujuh puluh lima peratus para soldadu di Dua Peninjau itu anak murid abah. Abah ajar mereka berkawat. Abah ajar mereka berpt (psychical training). Abah ajar mereka bertumbuk. Abah ajar mereka bertikam. Abah ajar mereka menembak. Abah ajar mereka bertempur. Abah ajar mereka menjejak. Abah ajar mereka mengendap. Abah ajar mereka merisik. Abah ajar mereka bahasa isyarat. Abah ajar mereka ikhtiar hidup. Abah ajar mereka macam mana nak terus hidup. Abah ajar mereka macam mana nak pura-pura mati. Dan. Kadang-kadang. Abah ajar mereka macam mana nak mengorat misi-misi di hospital tentera juga. Ha ha. (Masa tu Pranita belum wujud lagi.)
Sebab itu mereka sayang abah. Sebab itu, selepas tamat latihan rekrut, mereka bagi abah hadiah macam-macam. “Ambillah Jan! Pen Parker je ni… Kami collect duit seorang sedikit… Hadiah untuk Jan ni… Tanda kasih sayang kami!” (Masa tu, istilah rasuah belum popular lagi.)
Mahu tak mahu – abah ambil juga. Dan. Setiap kali abah ambil – setiap kali itulah abah kena court-martial. Dan. Setiap kali abah kena court-martial – setiap kali itulah abah kena turun pangkat.
Kejap kejap, abah naik pangkat semula. Kejap-kejap, abah turun pangkat semula. Kejap kejap, abah naik pangkat semula….
Kejap-kejap, kami kena pindah ke kuaters prebet. Kejap-kejap, kami kena pindah ke kuaters l/kpl. Kejap-kejap, kami kena pindah ke kuaters kopral. Kejap-kejap, kami kena pindah ke kuaters sarjan. Kejap-kejap, kami kena pindah ke rumah kelamin pegawai waran dua. Kejap-kejap, kami kena pindah ke berek prebet semula, alahai!
Hingga mak kata, “Dahlah tu bang! Teh (nama mak – Puteh) dah tak larat nak bungkus Pyrex dengan suratkhabar lagi!!!” Ha ha.
Suatu hari. Mak Long Lijah. Datang berkunjung. Di pintu masuk ke kem – Mak Long beritahu soldadu di guardroom, yang dia nak pergi ke rumah Hussain.
“Hussain, banyak kak! Hussain yang mana satu?” Soldadu.
“Alaaaa… Sarjan Hussain Luruh tuuuuu!” Mak Long Lijah.
Ya ya. Siapa yang tak kenal dengan Sarjan Hussain Luruh! Ha ha.
NOTA KAKI BANGKU: 31 Julai - Hari Pahlawan. Selamat Hari Pahlawan kepada semua warga Angkatan Bersenjata Malaysia. Dan. Selamat Hari Pahlawan juga kepada abah! You are my hero!
Al-fatihah!
28 Comments:
naga:
al fatihah.
aku lupa hari pahlawan bila sebenar nya. yang aku tau. kat sekolah dulu. akan ada derma. rayuan hari pahlawan. itu saja lah.
Julai 28, 2006 7:59 PTG
Book,
Aku syak, derma hari pahlawan tu, akan pergi kepada balu2 dan anak2 dan tentera yang cacat anggota ketika bertugas! So, okaylah tu.
Julai 28, 2006 8:32 PTG
al-fatihah.
sekarang tentera-tentera sedang berjuang menangani kezaliman israel.
Julai 28, 2006 8:45 PTG
Hari pahlawan di INdonesia 10 November..
Al Fatihah utk ayah..
Bunda Shafiya
Julai 28, 2006 9:41 PTG
Al fatihah....
Selamat Hari Pahlawan juga buat semua ahli-ahli rumah Pahlawan SMSS...yeah...
Julai 29, 2006 11:13 PG
Al-Fatihah.
Tabik Abah bang Naga. Tabik Bang Naga!
Julai 29, 2006 12:06 PTG
Roman,
Tentera - Islam sudah ada. Yang kurang ialah TEKNOLOGI. Itu sebab 'kita' tak boleh menang. :)
Buk dokter,
Doktor mata juga 'pahlawan'. Jadi, selamat hari pahlawan utk kamu juga.
Radem,
Ha ha. Selamat Hari Pahlawan utk ahli rumah Pahlawan, Perwira, Pendekar dan Panglima juga!
Dug,
Tabik kau balik! Ha ha.
Selamat Hari Pahlawan juga kepada warga kerja Sindiket Sol-Jah!
Sarjan Meja Amir Mukhriz,
Sarjan Flight Rimau,
Sarjan Cook Spyz,
Kopral Jig,
L/Kpl OP,
Prebet Basri,
Prebet Vovin,
Prebet MatJan.
~ Dari Sarjan Naga.
Julai 29, 2006 1:21 PTG
semua ayah, abah, bapak, adalah pahlawan.
saya sudah mula rindu.
moga roh mereka dicucuri rahmat.
Julai 29, 2006 2:08 PTG
selamat hari pahlawan abah! ops... pakcik.
Julai 29, 2006 2:39 PTG
AlFatihah untuk abah Sinaga..
Ya sungguh besar jasa pahlawan pada negara , bangsa dan keluarga..!!!
Julai 29, 2006 3:53 PTG
Al-Fatihah.
Julai 30, 2006 4:20 PG
Memang best jadi anak Sol-Jah
Alfatihah utk almarhum
Julai 30, 2006 8:55 PG
tabik kepada semua anak-anak 'askar'.
istilah 'pahlawan' lebih sesuai unt hang tuah dan yg sewaktu dengannya. ya, hang tuah pahlawan melayu!
Julai 30, 2006 3:22 PTG
al-Fatihah.
Arwah bapak aku bukan soljar tetapi dia tetap hero di mata aku.Sebagaimana aku sekarang cuba menjadi hero kepada anak-anak aku.
Unsung hero.
Gempurrrrr!
Wira!.
Julai 31, 2006 9:00 PG
Al-fatihah
Bro... dulu hari pahlawan di tempat aku disambut bagi golongan penentang British dan Jepang... yang masih hidup hingga kini... kalau tiada sambutan sebegini nescaya aku tak tahu sejarah kampung lahirku....
Julai 31, 2006 9:14 PG
Intanzk,
Airmata untuk apa? So, ketawalah dan kemudian sedekah al-fatihah! Insyaallah, abah faham. :)
Po,
Ada satu lagu KISS - world without heroes. Aku suka.
Salina,
Terima kasih kerana ucap salam pagi tadi. Hujan. Payung tak ada. Mata pun rabun. Kalau kau tak tegur dulu - aku memang tak perasan. Apapun, kali ini, aku pastikan beg aku tak terbuka. Ha ha.
Eh, kau hantar abah kau pergi mana tu?
Julai 31, 2006 9:58 PG
Arwah bapak aku kerja kat stor terendak camp melaka... kira pahlawan jugak lah kannn? Selamat Hari Pahlawan!
Julai 31, 2006 10:52 PG
selamat hari pahlawan dari anak Staff Sgt Seman Pekap (sebab suka simpan bola masa main bolasepak wakil 4 Renjer kat wardieburn)
Julai 31, 2006 2:12 PTG
bro naga! first gambar naga dan bertukar ha ha lebih relaks nampaknye
alfatihah kpd hero..
Julai 31, 2006 2:26 PTG
Al Fatihah
Julai 31, 2006 7:49 PTG
Selamat Hari Pahlawan. Kamu Askar2 Yg Berjuang Untuk Keamanan Negara Adalah Pahlawan Yg Sebenarnya.
Julai 31, 2006 10:19 PTG
sepatutnya komen di sini. maklumlah dah pencen ...
Ogos 01, 2006 3:49 PG
al fatihah. pahlawan dihati kita.
Ogos 01, 2006 9:28 PG
abah kita sama kerjanya.... selamat hari pahlawan..
Ogos 01, 2006 12:34 PTG
Selamat Hari Pahlawan.
Naga, kamu ada belajar apa-apa tak dari Abah kamu? Jangan pulak semua ilmunya hanya dicurahkan kepada prebet-prebet saja.
Ogos 01, 2006 12:52 PTG
Al fatihah.
Ogos 01, 2006 5:26 PTG
Jbm,
>>sebab suka simpan bola masa main bolasepak...
Ha ha. Lawaklah abah kau.
Ras,
Selamat bersara! Tak pergi kursus peralihan ke? *ahaks*
Keng,
Ada. Ilmu perkhemahan.
Ogos 02, 2006 8:44 PG
alfatihah untuk mat kilau dan dato' bahaman
Ogos 04, 2006 10:54 PG
Catat Ulasan
<< Home