"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

22 Julai 2006

Mahkamah dan Anda

Aku sedang mengarang. Untuk Buletin ‘Union’. Bab Tatatertib dan Tatakelakuan. Tup tup… Aku ‘sangkut’ sikit. Terus aku telefon MatJan.

Aku kata, “Hello Yang Arif!”

MatJan jawab, “Hello sensei!”

Aku tanya, “Ada mana?”

MatJan jawab, “Ada rumah!”

Aku tanya MatJan, “Undang-undang sivil tu apa? Undang-undang jenayah tu apa pula?”

MatJan jawab aku, “Undang-undang sivil tu macam… aaa, orang saman orang ka, orang saman syarikat ka, pak hang saman hang sebab hang tak mengaku dia pak hang ka… Dan. Undang-undang jenayah tu macam… aaa, hisap dadah ka, rogol ka, curi ka, bunuh ka, colek ka….”

Aku kata, “Ooo….”

KOMA

MatJan SMS aku, “Kalau (hang) baca (news)paper, ada (tulis) ‘plantif’ dan ‘defendan’ - itu kes sivil. Kalau ada (tulis) ‘pendakwaraya’ dan ‘tertuduh’ – itu kes jenayah. Ha ha. Aku pula jadi sensei.”

Aku SMS MatJan, “Kalau ada tulis ‘kami dah tidak tinggal sebumbung…’ – itu kes syariahkan? Ha ha. Aku pun pandai jugalah, Matjan!”

MatJan SMS aku, “Ha ha. Di dalam kelas aku – hang dapat nombor satu!”

Lepas tu, MatJan dah tak SMS aku dah, kredit habis agaknya. Ha ha. Dan, aku tak sempat pula nak tanya dia, “‘Responden’ tu apa pula, Yang Arif?”

26 Comments:

Blogger Rie said...

responden tu kami-kami yang menyebuk kat sini.. hahahah aku sensei. hahaha

Julai 21, 2006 7:10 PTG

 
Blogger Sayuti said...

tanya Mat Jan, blog memang dah tak mau update ke?

Julai 22, 2006 12:25 PG

 
Blogger Unknown said...

sebenarnya byk yg kau borak dgn mat jan sampai kredit dia abis kan. tapi kau off record.

auww..

Julai 22, 2006 1:09 PG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Hihihihiy..

Bunda Shafiya

Julai 22, 2006 7:15 PG

 
Blogger BooK said...

alibi. writ habeas corpus. but for test. bona fide. mala fide. bla bla bla...

Julai 22, 2006 7:54 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

ha ha ha...

Julai 22, 2006 8:53 PG

 
Blogger tuan tanah said...

law term yang saya masih ingat sampai hari ni: doli incapax.

Julai 22, 2006 9:57 PG

 
Blogger kingbinjai said...

respoden itu kependekan kepada perkatan "respon dan komen". maksudnya, orang orang yang bagi komen pada entry ini itulah dipanggil respoden. ah! tak payah puji aku, aku tau aku pandai.

apa? aku terer? memangla!!

hahahahahaha

Julai 22, 2006 11:43 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

'Tak relevan' tu istilah apa pulak.....he he he..

Lama tak nampak Augustine Paul ek....ha ha

Julai 22, 2006 4:35 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Responden maknanya seseorang yang mempunyai kekeliruan jantina dan bernama manja Res.

ooooo

Aku ingat kau tanya yang itu.

Maaf.

Julai 23, 2006 8:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis,
Ooo... Bukunota tu kira RESPODEN la agaknya. Oooo....

Sayuti,
Dia duduk rumah sewa. Belum ada line telefon.

Kelam,
Tak. Kredit dia memang dah dekat nak habis. Ha ha.

Buk Dokter,
Hi hi hi? Kuntilanak?

Book,
Kau lawyer juga ek?

Dug,
Kalau ikut kata Esis - kau pun RESPODEN gak! Ha ha.

Tanah,
Huh? Apa barang lak tu?

Binjai,
Ha ha.

Purp,
Siapa tu?

Mulan,
Penat gak baca buku undang-undang ni weh! Pergh!

Po,
Itu ROS PONDAN! Ha ha.

Julai 23, 2006 9:59 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

nak jadi lawyer pulak ke bang?

Julai 23, 2006 11:21 PTG

 
Blogger jagoan said...

Kes Mona Fendi mahu dijadikan filem. Huaaahh :)

Julai 24, 2006 8:41 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Responden tu bukan ka orang yang jawab questionaire atau orang yang ditemubual?

Psss... Mahkamah Syariah pun pakai defendan dan plaintif jugak rasanya.

Rasanyalah.... aku tak pernah masuk lagi.

Julai 24, 2006 8:45 PG

 
Blogger Unknown said...

Buletin 'union' tu apa?

Julai 24, 2006 10:22 PG

 
Blogger ontahsapo said...

aku tak tahu nak respon..

Julai 24, 2006 11:17 PG

 
Blogger Ron97 said...

matjan,
angkat telefon mmg pemalas
balas mesej, lagi pemalas.
dasar matjan.

Julai 24, 2006 12:26 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Op,
Tak. Aku sekadar 'ambil tahu' sajalah.

Attoch,
Siapa kena berlakon jadi Datuk Mazlan?

Khal,
Entah! Aku tak tahu. Tu yang aku sedang tanya ni!

Gitar,
Union of the Snake! Ha ha.

Ontah, Yangma, Murai,
Ha ha.

Ron,
Dia tak salah. Dia tengah takde duit tuuu... :)

Julai 24, 2006 12:45 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

jangan lupa pakai wig keras berwarna uban putih dan bergulung-gulung

Julai 24, 2006 1:39 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Oitt... malas la kau ni. Mana kamus-kamus tebal yang kau bawa ke Puspanita dulu? Belek cari sendiri.

Julai 24, 2006 2:24 PTG

 
Blogger Unknown said...

bro lu ngan mat jan mmg kene dah....buku dgn ruas.

Julai 24, 2006 2:48 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
Wig keras berwarna uban putih dan bergulung-gulung itu diperbuat daripada BULU BABI! Haram!!!

Limau,
Aku. Mana ada. Kamus Mahkamah, dude!
Ha ha.

Julai 24, 2006 2:49 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Ha ha. MJ = Buku. Aku = Ruas?

Julai 24, 2006 2:49 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Sebuku roti, seruas tebu.

Julai 24, 2006 4:49 PTG

 
Blogger spyz said...

aku resjantan.
itu pasal jarang respon sini
hehe...

Julai 24, 2006 6:09 PTG

 
Blogger Romantis Selatan said...

responden adalah orang yang memberi respon

Julai 24, 2006 7:46 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home