"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

21 Julai 2006

Pelesit Ulu Pegoh

Entri sempena Pameran Misteri, Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor.

Ada serangga hijau. Terbang-terbang. Lalu hinggap. Di buaian si Wati, anak kak Ju.

Mak Long Lijah pesan, kalau aku dapat tangkap belalang pelesit tu - suruh suakan mulutnya ke bucu kain. Apabila belalang pelesit dah gigit kemas-kemas bucu kain tu - “Kau sentap badannya!” Jadi, apabila dah terlerai kepala dari tubuh - maka tamatlah riwayat pelesit tu.

Tap! Tap! Tap!

“Alo alo.... Yang kau sua mulut belalang kunyit kat bucu kain tu nak buat apa?” Pak Long Sarip.

Laa... Bukan belalang pelesit ke ni? Laa....

24 Comments:

Blogger Unknown said...

kalau belalang, budak2 suka patah2kan kakinya. barulah zalim. ini entri esok, tak apa ke komen hari ni?

Julai 20, 2006 9:14 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

apa kebarangkalian untuk belalang mempunyai gigi yang kuat?
Sentap belalang, tercarik kain batik.

Julai 20, 2006 11:36 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Apa bedanya Pak? Belalang kunyit dengan belalang pelesit??

Bunda Shafiya

Julai 20, 2006 11:44 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Orang kata, bila kau sentap badan belalang pelesit dan terjumpa lilitan rambut di kepalanya, maknanya ia bertuan!

Ya! Kau boleh bakar rambut itu, dan tunggulah tuannya kepanasan.

A E I O U!

Julai 21, 2006 12:38 PG

 
Blogger Akima Akatoman said...

orang kata, belalang kunyit tu kalo digoreng.. sedap!

Julai 21, 2006 3:36 PG

 
Blogger tuan tanah said...

kalau belalang tu tak nak gigit bucu kain, nak buat macam mana?

Julai 21, 2006 3:57 PG

 
Blogger Abu Irfan said...

aku suka tengok nujum pak belalang.

Julai 21, 2006 6:33 PG

 
Blogger kingbinjai said...

belalang kunyit kalo digoreng sedap, oh tak payah bubuh kunyit ahahaha

Julai 21, 2006 8:46 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Gitar,
Entri esok, tak apa ke komen hari ni?
Ha ha.

Kunci,
Kau pakai kain batik siapa, dude?
Ha ha.

Buk dokter,
Entah! Ha ha.

Intanzk,
Ada dia mari ke Singapore dan JB hari tuh... Aku lak yang malas nak 'turun'.

786,
Iye ke? Uwahhhhh!

Aki,
Iye ke? Uwahhhhh!!!!

Tanah,
Kau suruh belalang tu gigit bucu lain pula! Ha ha.

Amir,
Pak Belalang tu playboy! Ha ha.

Binjai,
Kau bayangkan chef Wan kalau kata, "bubuh belalang kunyit secukup rasa ye puan-puan..." Ha ha.

Julai 21, 2006 8:57 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

tuan tanah,
gigit tuan punya kain HAHAHAHAHAHHA

Julai 21, 2006 8:58 PG

 
Blogger Papa said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Julai 21, 2006 9:30 PG

 
Blogger Papa said...

belalang tuuuu ada garisan merah dibelakangnya.....aku tangkap waktu maghrib...masuk balang...esoknya ilang...kot mak aku yang lepaskan kot...hehehehe

Julai 21, 2006 9:31 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
B-HA HA HA HA HA.

Bai,
Belakang Mekah kot tu?

Julai 21, 2006 11:28 PG

 
Blogger Unknown said...

belalang? eeee...x brani, geli la.

Julai 21, 2006 11:48 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Belalang yang itu kalau dibakar, rangup dan sedap di makan..tu masa budak2 dulu la...

Julai 21, 2006 12:36 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

Tok Njang yang sedang sibuk mengemas dapur tiba-tiba bersuara.

"Ha, malam ni, siapa pulak yang kena!" Matanya tertumpu pada tingkap dapur. Bibirnya terjuih ke arah seekor belalang pelesit yang hinggap di situ.

Malam itu, seperti malam-malam sebelumnya, Pak Ngah, Pak Lang dan Pak Cik bersilat dalam tidur. Penat bersilat dengan Pak Lang, dia bersilat dengan Pak Ngah, penat dengan Pak Ngah, dia hinggap pada Pak Cik, begitulah hingga subuh.

Julai 21, 2006 1:11 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

Dokter Naga (ini bodek untuk menyedapkan hati kau), apekah kaitan bucu kain dan belalang pelesit?

Julai 21, 2006 1:35 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

hana,
bila kau letakkan mulut belalang ke bucu kain, ia akan menggigit bucu kain tersebut dengan sepebuh hati. masa itulah kau rentap ia supaya kepalanya tercabut dan ia mati. berjaya bunuh pelesit yeay!

Kalau Datuk K manusia normal dia akan gigit CT. Tapi kalau dia pelesit dia gigit bucu kainnya sajalah HA HA HA

Julai 21, 2006 2:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Kau... Semua benda kau geli. Ha ha.

Purp,
Aku belum cuba makanan tu lagi.

Art,
Boleh buat teater ni weh!

Hana,
Manalah aku tahu. Aku bukannya pegawai veterina! Ha ha.

Dug,
Entri ini tidak ada kena mengena dengan Siti.

Mulan,
Kau gi buat tengok! Kau gi! Gi!

Julai 21, 2006 2:56 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

Dugong: itulah yang aku tak faham. kenapa mesti bucu kain? bukannya bucu meja atau spanar atau tiang rumah atau kaki kerusi?

tapi tak mengapa. persoalan aku ni tak lah sepenting isu siti-datukK ataupun tunang mawi yang menyebabkan semua rakyat Malaysia harus berfikir dengan serius mengapakah ianya terjadi sebegitu rupa.

hahaha

Julai 21, 2006 3:22 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

aku pernah gak buat benda ni, tapi belalang tu mati sebelum sempat cabut kepala dia, agaknya kuat sgt aku pegang...so pelesit tu mati ke tak..?

Julai 21, 2006 3:30 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

hana,
sebab pelesit suka jaga tepi (bucu) kain orang, macam sesetengah manusia gak la.

ekekeekek

Julai 21, 2006 5:10 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hana, Ontah, Dug,
Ha ha.

Julai 21, 2006 6:40 PTG

 
Blogger Amyz! said...

ahaha..

ohh begitu caranya..
kalo jumpa rambut ada tuan. kalo tak jumpa rambut, tak bertuan la ye? mana yang bahaya..

dulu kecik2 selalu jumpa lebam2 kat kaki, paha.. nenek cakap kena gigit pelesit. iiiioooouuu...

Julai 24, 2006 2:43 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home