Hari itu musim bunga.
Ya ya. Musim bunga yang paling warna-warni. Di Ryogoku.
Pagi-pagi lagi Mina sudah tercegat di muka pintu; dalam muka paling hijau. Cadangnya, kami mahu ke Akihabara pada hari itu. Tapi… Tidaklah aku minta dia datang terlalu pagi benar! Dikuaknya rambut panjang hitam berkilat yang kumal di muka. Nafasnya turun naik turun naik. Dadanya berombak separa ganas. Nelayan dinasihati untuk tidak turun ke laut. Ha ha.
“Ada mayat kembung di sungai. Aku rasa macam nak muntah hijau! Uwek… Wek… Wek! Kau ada rokok? Eeee…” Mina.
“Ada.” Aku. “Yang kau pergi tengok polis angkut mayat kembung tu nak buat apa, alahai!”
Aku hulur. Mild Seven. Kotak putih biru. Extra lembut. Penapis arang. Diambilnya sebatang. Kemudian duduk. Di bangku siar kaki warna vermilion. Kemudian merokok. Tidak pernah pun dia habiskan sebatang. Kemudian dipadam dan dibuang. Ke dalam tong sampah.
Ya ya. Itu adab gadis-gadis Jepun. Apabila merokok. Tidak mahunya mereka merokok sambil berdiri atau sambil berjalan. Kalau tak ada tempat nak duduk – tak merokoklah jawabnya! Dan. Apabila aku tanya, kenapa…
“Tak manis!” Kata Mina. Pendek. “Jom!” Sambil membetul-betulkan skirt. Pendek. Juga.
Lantas kau akan berfantasi macam-macam. Berjalan berpimpin tangan dengan Maria Ozawa, si ratu AV Jepun, misalnya.
Dari kiri: Mina Kanazawa. Kucing jadi-jadian. Mari Kanazawa. ATAMI (Hot Sea), SHIZUOKA, JEPUN.
36 Comments:
alahaiii comelnyeeee
Julai 05, 2006 10:59 PG
Poyo, Mulan,
Ya ya, aku tahu, aku memang comel. Ha ha.
Julai 05, 2006 11:28 PG
Fuh..kau hebat.
Mereka.Kalau datang Malaya, setaraf Erra Fazira atau Maya Karin.
Kau.Ke sana. Setaraf Nakata?
Tak pun, setaraf Kitaro.
Julai 05, 2006 12:12 PTG
aku ingat yg tengah tu tok rimau masa zaman rumajanya.....
Julai 05, 2006 12:14 PTG
peeeewitttt pewiiiitttt
bang, ajak dorang datang mesia. aku dan mj belanja koko panas HAHAHAHAHA
Julai 05, 2006 12:15 PTG
Lupa la pulak, aku tadi nak komen pasal Mild Seven. Penapis Arang Batu.
...inspiring moment of satisfaction.
Aku heran, dalam banyak2 nama.Kenapa Japanese Tobacco pilih Mild Seven?Kau ada jawapan?
Julai 05, 2006 12:16 PTG
ke jepun ke? nak kirim!
Julai 05, 2006 12:18 PTG
oh bro naga, sebelum dikenali sebagai naga kau adalah kucing comel yangtersenyum apabila diapit wanita berskirt pendek
Julai 05, 2006 12:21 PTG
Maria Ozawa? Ya, aku kenal! Brengsek kau tak ajak aku. Bwahahahahahhahahahha!!
Julai 05, 2006 12:36 PTG
Po,
Setaraf Nakata? Main bola pun tak reti ni weh... Ha ha.
Ontah,
Rimau, semasa zaman rumaja - Ali Sobree, dude! Ha ha.
Dug,
Apa pulak dia orang kena datang sini? Kita yang kena pergi sana! Ha ha.
Po,
Kenapa Mild Seven? Ermmmm, sebab dia orang ada filem The Seven Samurai kot, ntah!
Binjai,
Jom ler sekali! Apa standard nak kirim-kirim... Ha ha.
Art,
Kucing comel tersenyum 'ada makna' tuuuu! Ha ha.
786,
Mana kau kenal dia? Ha ha. Eh, kau ada ke? Pinjam! Ha ha ha ha ha.
Pssst! Ada kawan tanya, "AV tu apa bro?" Aku jawab, "Audio Visual!" B-Ha!
Julai 05, 2006 12:45 PTG
Cute... menghisap rokok pun masih pandai bersopan tuh...!
Julai 05, 2006 1:05 PTG
:)
Julai 05, 2006 1:15 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Julai 05, 2006 1:30 PTG
rimau.spyz,
merokok kena duduk,
sopan
naga?
dia dah comel, tak perlu bersopan
hahhaa
**/
page hang ada virus?
Julai 05, 2006 1:33 PTG
oi oi aku jatuh satu anak tangga dalam liga.
spyz naga tok lepas ni nak hisap rokok jgn lupa duduk. bersimpuh lagi ayu.
Julai 05, 2006 1:38 PTG
merokok pun kena ikut kempen berbudi bahasa Kekkwa.. Sopannya laaa.. :)
Julai 05, 2006 2:17 PTG
Kucing Jadian bung? Mana mungkin. Jadi orang juga susah.
Julai 05, 2006 2:28 PTG
oh ajakan ko itu membuat aku terasa seperti Casanova tengah pacu kuda putih sambil kunyah chewing gum!
Julai 05, 2006 2:41 PTG
3some?
...
hisap rokok maksud aku.
Julai 05, 2006 3:31 PTG
ha ha ha ha ha ha ha ha
Aku google Maria Ozawa.
ha ha ha ha ha ha ha ha
Aku sangka. Dia mungkin bintang Kabuki.
ha ha ha ha ha ha ha ha
Kau.Mencemarkan puisi-puisi aku!
ha ha ha ha ha ha ha ha
Julai 05, 2006 4:46 PTG
Purp,
Jadi, lelaki manalah yang tidak jatuh hati, alahai!
Ron,
Comel pun kena sopan santun juga.
Op,
Liga Naga - atas ke bawah ke - tak membawa makna apa-apa. :)
Daun,
Tu baru bab hisap rokok, belum lagi bab potongkan kuku kaki, lapkan belakang badan... Ha ha. Susah orang Melayu nak tiru. :)
Rimau,
Tinggal di negara orang - susah kalau jadi orang. Langsung, jelma saja jadi kucing jadi-jadian. Auuuuuuuuuuuu!
Binjai,
Ajak2 ayam cuma.
Spyz,
Aku dan Mina cuma. Mari tak merokok. Tapi, dia kuat makan. Ha ha.
Po,
Maria Ozawa bukanlah jenama kerusi malas yang boleh mengurut-ngurut tu. Ha ha.
Julai 05, 2006 7:22 PTG
haha! (sekadar gelak dengan komen2 itu)
Julai 05, 2006 7:36 PTG
bro...dulu kau tak pandai bertopeng???? hahahahaha
Julai 05, 2006 8:03 PTG
kalo awek2 m`sia merokok sambil duduk bersimpuh mesti boleh diterima jadi menantu kan?? kan??
Julai 05, 2006 8:05 PTG
sinaganaga said...
Gitar,
Ha ha.
Bai,
Kalau gambar sorang2 - aku tak bertopenglah... Sebab, tahuuuu, peminat download - nak bikin poster. Tak naklah susahkan peminat. Ha ha.
Chic,
Tak juga. Well, taste aku tingggi, dude! Tinggi!!! Ha ha.
Julai 05, 2006 9:15 PTG
Yang extra light itu juga dah naik harga tiga puluh yen. Boleh jadi Mina dah berhenti menghitamkan paru-parunya.
'Merokok sambil berdiri lebih sopan berbanding merokok sambil duduk.' - Kunci Hilang.
Julai 05, 2006 9:40 PTG
mengapa kucing jadian?
mengapa bukan naga jadian?
Julai 06, 2006 3:56 PG
banyak duit nak pakai kalau mau ke jepun. kena print jiwa kacau juta-juta naskah, kena jual pun juta2 naskah gak nampaknya HAHAHAHA
oit oit.. miyuki tak jeles ke abang begambar dengan awek lain ekekeke
Julai 06, 2006 8:58 PG
yO NAGA DUdE! Mina cute siot...tp yg d tgh2 tu masih misteri haha
Julai 06, 2006 2:53 PTG
membayangkan jepun adalah membayangkan skirt. jepun=skirt. boleh diguna sbg metafora ni.
Julai 06, 2006 4:15 PTG
hampir semua org cakap pasal gambar... penat jer bang-naga tulis pasal dada spara gelora tu...
bang, next time, ko letak gambar jelah... dengan sedikit subtitle.
Julai 06, 2006 5:30 PTG
macam...macam superimpose jerk naga2...hahahahahahahaha!
Julai 06, 2006 6:21 PTG
Kunci,
Mina letak handbag atas bahagian pehanya yang tak bersalut cindai. :)
Dug,
Naa. Aku dan Miyuki hanya kawan.
Amora,
Yang di tengah-tengah tu - lelaki misteri yang senang untuk didekati. Ha ha.
"You wanna gum, sol-jah?"
Jamri,
Naa. Bukannya hari2 orang Jepun pakai skirt.
Molus,
Afsal totop blog?
Rudy,
Ha ha. Tanoshikatta desu. (pergh! Bahasa buku ni weh. Ha ha.)
Julai 07, 2006 8:49 PG
hahaha.kucing itu tersenyum riang.nasib tak dibelai bulunya itu!.hahaha
Julai 10, 2006 11:07 PG
salam,
tak boleh tepek gambar2 maut ke kat muka george bush dan olmert.
Julai 13, 2006 8:41 PG
Tef,
Salam kau semula.
Boleh. Apa pula tak bolehnya. Ha ha.
Julai 13, 2006 10:58 PG
Catat Ulasan
<< Home