Melaka Street
Kuala Lumpur 1970-an (separuh masa kedua)
Dulu. Orang tak panggil – Jalan Melaka, pun. Orang panggil – *Melaka Street!
Kini. Melaka Street yang berselari dengan Sungai Kelang ini adalah sebahagian daripada Jalan Ampang.
Dulu. Bas mini adalah jenis yang ketot-metot. Berwarna kuning air dengan belang putih. Besar sedikit dari van. Kecil banyak dari bas mini warna mejah jambu. Dua lubang udara yang boleh dibuka katup buka katup terdapat di bumbung yang tersangat rendah itu. Dan. Kalau penumpang penuh dan tiada lagi baki tempat duduk – kau kena berdiri dan leher terpaksa membengkok terus-menerus. Lamaaaaa! Ha ha.
[Bas mini Sri Jaya. Berwarna biru dengan belang kelabu. Besar sedikit daripada bas mini jenis yang ketot-metot itu.]
Dulu. Stesen bas panjang. Betul-betul bertentangan dengan bangunan AIA. Dan. Terletak berhampiran dengan jejantas ke Convent Bukit Nenas (CBN).
Apabila pulang dari sekolah petang. Ada seorang kakak Rima College. Cantik macam pan-asian. Selalu tunggu aku. Di atas jejantas itu.
“You wanna gum, sol-jah?” Kata dia. Sambil hulur gula-gula getah. Wrigley's. Yang telah dikerat dua.
Aku ambil. Dan. Masukkan ke mulut. Dan. Kunyah. Lepas tu, dia elus-elus sideburn aku yang macam Rajesh Khanna itu. Ha ha.
*Melaka Street - Sepanjang jalan dari persimpangan Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi) sehingga ke Jalan Gereja.
33 Comments:
Pak Daen,
Oh iye ke? Ooo...
Jun 13, 2006 11:41 PG
betul ke kakak tu dari RIMA College? Kenapa bro saja yg dapat sing-gum?
Jun 13, 2006 11:52 PG
Art,
Ntah! Ha ha.
Jun 13, 2006 12:35 PTG
"epas tu, dia elus-elus sideburn aku yang macam Rajesh Khanna itu."
baca ayat tu tak tahan nak gelak, tak tau kenapa...
BWAHAHAHAHAHAHAH
Jun 13, 2006 1:12 PTG
Ooo....sideburn macam Rajesh Khanna ... aku suka yang macam Amitabh Bachan...
Jun 13, 2006 1:53 PTG
aku rasa ko salah dengar kot.
“You wanna CUM, sol-jah?” Kata dia.
:-)
Jun 13, 2006 2:04 PTG
Spyz,
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA!!!!!
Mungkin jugalah...
Dug,
Berani kau gelakkan aku ek?
Ha ha.
Purp,
Rambut aku kerinting - ta'kanlah macam Bachan.
Jun 13, 2006 2:11 PTG
Oit oit!
"Wanna gum? Wanna cum?"
HA HA HA. Iyalah. Macamanalah aku boleh tersalah dengar ni...?
*Tap!*
Ha ha.
Jun 13, 2006 2:25 PTG
“You wanna CUM, sol-jah?” Kata dia.
...lepas tu? apa jadi?!
Jun 13, 2006 2:39 PTG
saya rasa dekat KL ni paling banyak jalan yang menggunakan nama negeri-negeri di Malaysia...
Jun 13, 2006 2:41 PTG
Red,
Nothin' happeNGGGGG la brother!
Ha ha.
Bang,
Business card tu aku print bila dah ada sen ek!!!
Roman,
Iye kot, ntah!
Jun 13, 2006 3:38 PTG
hmmm.. nostalgia.. beli bunga carnation kat aia.. lepas house practice petang dok tepi longkang depan st john.. tunggu bas.. kot2 boleh skodeng mamat kiut ke.. he he he.. that was 20 years back.. damn am i kertu
Jun 13, 2006 4:29 PTG
nostalgia....
cakap pasal mini bus teringat masa dulu dulu
Jun 13, 2006 5:02 PTG
Gimbot,
AAaaaaaa, budak CBN ler ni, aaaaaaaaa!!!
Mora,
Puas aku cari kat internet gambar bas mini ketot-metot tu - Tak jumpa!!!!
Jun 13, 2006 5:12 PTG
sure dulu tak sesak cam sekarang kan...?
Jun 13, 2006 5:46 PTG
rudy2spyz - dialog siot. hahahahaahahahaha!
ONO SHINJI pemain kelab Urawa Reds (J-League) dan Feyenoord (Dutch League).
Jun 13, 2006 6:12 PTG
Ontah,
Kuala Lumpur, dari dulu sehingga sekarang - SESAK!!!!
Rudy,
Domo! :)
Jun 13, 2006 7:33 PTG
"masuk dalam lagi! ok, jalan! kletak! kletak!" kata konduktor sambil menjentik dinding atas bas mini yang ketot-metot itu.
kadang2 saya ambil kesempatan, sama-sama "kletak, kletak" juga walaupun bas sedang bergerak. tak pasal-pasal..
Jun 13, 2006 7:49 PTG
Bang, kau ada bakat jadi leader pasukan sorak. Bila mau tuntut hadiah maggie mee?
Hhhahahaaha.
Jun 13, 2006 8:09 PTG
m-ha.
Jun 13, 2006 8:41 PTG
aku baca entry ko dua tiga hari, dengan imej hitam putih.. :D
Jun 13, 2006 9:53 PTG
rupa-rupanya Rima College sudah wujud di zaman 70-an begitu?
Jun 13, 2006 11:12 PTG
tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat bermain (sideburn)
Jun 14, 2006 2:28 PG
kau jumpa lagi kakak tu sekarang?
Jun 14, 2006 8:05 PG
Gum tu ada mandrem untuk hang cum kot?
Sebab tu dia elus-elus sideburn hang.
Psss.... Apa lagi yang dia elus yang hang tak cerita?
Jun 14, 2006 8:24 PG
kakak yang suka mebelai sideburn tu suka memandikan burung tak?
Jun 14, 2006 8:27 PG
Gitar,
Ha ha.
Amir,
Ha ha. Ok ok, khamis ni wa turun. Wa ajak MatJan sekali ek.
Sufian,
M-ha jer? Ha ha.
Puan Khutubkhanah,
Pembetulan! 78-an dah ada tivi kaler ek!
Kunci,
Ya ya, dah ada dah. Uniform kaler purple kalau tak salah aku.
Zz,
Kat sideburn saja... Ha ha.
Semut,
Tak.
Khal,
Dia elus sideburn saja. Ha ha.
Dug,
Dia ada cakap. Tapi dia cakap English. Aku sekolah Melayu... Mana nak faham!
Muerekekekekekekekeee...
Jun 14, 2006 9:04 PG
sedang cuba membayangkannya
Jun 14, 2006 9:56 PG
elus-elus sideburn yg tak tahan tuh kah...kah...kah...
Jun 14, 2006 11:51 PG
naga,
naga yang dulu tak tau CUM tu apa.. ahaha
Jun 14, 2006 12:07 PTG
sol-jah, sideburn rambut kerintingmu dielus-elus oleh wanita pan asia? boleh percaya? hehe
Jun 14, 2006 12:28 PTG
apa pun, bak kata Pak Naga, hidup ini umpama rolekoster.
Jun 14, 2006 2:52 PTG
Ha ha.
Macam-macamlah kau orang ni... Dah dah tak payah tambah komen lagi.
Esok aku publish cerita lain, kay!!!
Ha ha.
Jun 14, 2006 4:51 PTG
Catat Ulasan
<< Home