Kutu
Kuala Lumpur 1980-an (separuh masa pertama)
“Brother ‘kutu’ ke?”
Aku tanya brother yang macam Aladin jual kebab itu.
“Tak! ‘Kutu’ lepak kat Kompleks Pertama!”
“Ooo…”
“Kenapa tanya? Kau nak jadi ‘kutu’ ke?”
“Nak juga… Tapi, bukan sekarang… Lepas tamat sekolah nantilah!”
“Ooo…”
Lepas tamat sekolah. Aku berambut panjang. Bukan panjang ke bawah. Tapi panjang ke atas. Afro! Ya ya, afro look. Macam Thana Metalian. Ha ha.
Dan aku pergi ke Kompleks Pertama juga. Bukan untuk melepak… Tetapi untuk alter seluar jeans. “Cawat kasi pendek! Pinggang kasi turun! Kaki kasi senteng!”
“Jadi… Kau lepak kat mana?”
“Kat *Perpustakaan Negara!”
“Ha ha ha! Mana ada ‘kutu’ lepak kat khutubkhanah, beb!!!!!!!”
Hah? Tak ada ke?? Hah hah???
*Perpustakaan Negara Malaysia pada ketika itu terletak di Wisma Sachdev/Thakurdas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Berhadapan dengan bangunan C & C sekarang.
24 Comments:
apakah Thana.Metalian. itu, kau?
Dulu, ada juara-juara Rock.
Battle of the bands.
Sekarang...
Battle of PMs?
he he he he
Jun 08, 2006 11:38 PG
Jadi kutu buku pun baik gak..,tak apa... Lebih baiiikkk daripada bersidai sampai meleleh air liur tu..apahal...
Jun 08, 2006 12:29 PTG
Po,
Hah?
Kak Eton,
Bersidai sampai meleleh air liur?
Uhhh! Ada ke? Kutu tak macam itu la weh... Ha ha.
Jun 08, 2006 12:48 PTG
Dulu semasa di sekolah menengah selalu melepak di Pertama, banyak kenangan di siar kaki Pertama... sekarang aku tak ingat apa yang best sangat melepak di Pertama?
Dulu semasa di sekolah rendah selalu ke Perpustakaan Negara Jalan Raja Laut bersendirian naik bas Selangor warna merah, tak ada air cond. Kalau ada pementasan teater kanak-kanak, aku angkut kawan-kawan
Jun 08, 2006 12:58 PTG
Pertama? Perpustakaan?
Setau aku yang ada cuma KOMTAR dan perpustakaan di Dewan Sri Pinang; tempat membaca dan buat maksiat.
Ehh.... laaa....
Patut pun.... aku kat Tanjung, bukannya KL.
Jun 08, 2006 1:05 PTG
Ooooo yang Metallian tu.. Aku suka imej dorang. Kemas....
Hjg 80an dulu gi Pertama cuma alter jeans, cari seluar getah & cari kasut hi cut... hehehe
Jun 08, 2006 1:08 PTG
“Ha ha ha! Mana ada ‘kutu’ lepak kat khutubkhanah, beb!!!!!!!”
beb, itu orang panggil KHUTUkhanah
:-)
Jun 08, 2006 1:34 PTG
Art,
Kau 'under' Kak N or Abang Zak?
Purp,
Seluar getah? Ha ha. Macam seluar tidur je...
Spyz,
KUTUbkanah? Ha ha. Ok, aku cop nama tu untuk band blues aku.
Jun 08, 2006 1:44 PTG
lepak perpustakaan negara bukan kutu beb, itu mat bunga namanya. haha.
Jun 08, 2006 2:25 PTG
Jones,
Mat bunga? Hah, hah, haaaaahhhh? Iye ke? Laaa....
Jun 08, 2006 2:30 PTG
mat bunga yang rambut afro. baju? baju kolar lebar BWAHAHAHAHAHA
Jun 08, 2006 2:47 PTG
ulat buku dan kutu matematik :)
Jun 08, 2006 4:16 PTG
naga mat bunga??? apa?
band blues nyanyi lagu bunga seroja tak?
Jun 08, 2006 4:22 PTG
masa tu? tua lah agaknya kau ni naga...!
Jun 08, 2006 4:38 PTG
kutu lepak khutubkhanah.nasib baik tak lepak kat muzium negara.hehehe
Jun 08, 2006 4:51 PTG
Molus,
Tak mainlah lagu Seroja... Kami layan lagu Stray Cat Strut. Ha ha.
Ontah,
Masih dalam kategori 'belia'. Dan, next yer dah boleh jadi pemimpin belia. Ha ha.
Ayob,
Tak lepak kat sana. Sebab, Muzium Negara jauhhhhhhhhhhh, dude! Ha ha.
Jun 08, 2006 5:18 PTG
Sdr Naga alias Kutu Buku,
Baru 5 menit tadi saya terima AYAH KITA BOS yang saudara kirimkan.
Di Janda Baik ini, apa-apa kiriman pun lambat tiba!
Saya buka sampul, terus cium buku itu, bau kertas baru sentiasa menguja saya....
Terima kasih! Atas ingatan saudara dan kiriman yang sungguh istimewa.
Orang lain jangan iri hati, ya, saya dapat AYAH KITA BOSS gratis dan lengkap dengan autograf lagi!
Jangan lupa, bukankah saya ini Pengerusi KELAPES. Makanya saya diberi layanan istimewa....
Jun 08, 2006 7:14 PTG
Puan Ainon,
Pembetulan! Puan bukan Pengerusi KelaPeS. 'Kerusi' itu Intanzk yang punya. Saya ulangi, Intanzk yang punya. ha ha. Puan ialah Pengarah Analisis KelaPeS ya.
Ayis - saya lantik sebagai Bendeharihari KelaPeS. (Rasional saya lantik dia jadi bendeharihari - sebab opis dia dekat dengan 'brother' jual kebab/shawarma tu. He he.). Untuk jadi bendeharihari mesti kena hampir dengan kedia kebab. Ha ha.
Kak Eton - akan saya lantik menjadi Pengarah Telekomunikasi KelaPeS. Ha ha.
Usop? - ya ya, Usop akan saya lantik sebagai Pengarah 'Rancangan Bersamamu' KelaPeS. Sebab? Sebab apa? Sebab dia (dan saya juga ha ha) handsome dan ada Merc sukan SLK 200.
Dan, saya ulangi, DANNN!, semua yang menganggotai KelaPeS akan saya beri jawatan2 yang sama penting. Saya akan beri layanan istimewa dan tidak istimewa kepada anda semua. Sebab? Sebab saya non-partisan!
Ha ha!
Jun 08, 2006 7:46 PTG
Puan Ainon,
Oh ya, lupa saya nak beritahu, buku AKB itu kami (saya dan Rimau) bubuh minyak wangi sebelum dipos ke JandaBaik. Ha ha.
So, yang Puan cium wangi tu bau minyak wangi 'old spices' yang saya pinjam dari Abdullah Jones... HA HA.
Jun 08, 2006 8:22 PTG
Saya pun dapat buku dengan autograf penulis...,00itt..tapi kena bayar weh...
Nak tanya sikit, pengarah telekomunikasi tu apa..? Tak ada kena mengena dengan komunis ye....
Jun 08, 2006 10:41 PTG
Saya seorang pekerja khutub khanah..:-D
Jun 08, 2006 10:47 PTG
Kak Eton,
Job scope sebagai Pengarah Telekomunikasi?
Ha ha. Kerja macam... Aaaa... Telefon2 kawan2 apabila ada daiblog ke, apabila ada aktiviti di laman seni ke, etc etc.
Komunis? Ooo, aku non-partisan le kak Etan! Ha ha.
Pnut,
Kalau kau sertai KelaPeS - aku lantik kau jadi Pengarah Khutub Khanah. Mao?
Jun 09, 2006 9:12 PG
Kak N? abg Zak? oooo diaorang tu! aku tidak under saper2 sebab aku underground masa tu. Hanya memerhati dari jauh dan mengimpikan satu hari aku dapat beraksi seperti mereka. Mimpi dah menjadi kenyataan la bro heheh
Jun 09, 2006 11:18 PG
dulu PNM di Wisma sachdev..skrg wisma sachdev dah jadi Kolej Universiti-PERGUNA-NAMA-Ungku-Aziz. Hahahahahaha~ Tersiksa jiwa raga Suri masa kerja kat situ dulu. Dulu.
Jun 12, 2006 9:58 PG
Catat Ulasan
<< Home