Suatu hari di lebuhraya yang sibuk dengan kenderaan-kenderaan
Sudah seminggu abah batuk.
Abah telan Breacol. Abah telan Ibu dan Anak. Abah telan Kelapa Laut Afrika. Tetapi, batuknya tidak juga kebah-kebah.
Kul kul kul! Abah batuk. Lagi. Mucus hijau bergumpal di tekak. Halkumnya turun-naik turun-naik. Mulutnya gumam. Kertas tisu dah habis. Abah turunkan cermin tingkap kereta. Angin berpusu masuk; menderas bak sekawan lebah. Dijulurnya keluar sebahagian besar kepala. Dan. Dengan berkira-kira, satu, dua, tiga, abah meludah. Puiiiiiiiiii!
"Uuuuh!!!??" Abah.
"Hah?" Aku.
"Hihi ahu! Hihi ahu!!!!" Abah.
"Hah??" Aku.
Laa... Siapa pulalah yang nak kena pergi cari gigi palsu abah di tengah-tengah lebuhraya tu, alahai!
"Hah! Dah!! Makan tak payah gigit. Kemam, kemam, telan! Kemam, kemam, telan!" Emak.
30 Comments:
mak kamu lucah! hahaha.
Mei 24, 2006 1:50 PG
hahahahaha
hahahaha
hahaha
haha
Mei 24, 2006 4:21 PG
kema.telan.kemam.telan.kemam.telan.
kalau kisar semua makanan.then telan pun leh juga kan.
Mei 24, 2006 8:02 PG
Gigi yang hilang tu gigi atas ke gigi bawah?
Alah... makan bubur ja.
Kalau nak makan makanan keras, tunda dengan air.
Psss... elok juga ada pertandingan mencari gigi palsu.
Mei 24, 2006 8:28 PG
naga:
aku tak pernah tahu mcm mana gigi palsu berfungsi.
Mei 24, 2006 8:37 PG
Jones,
Mak bapa siapalah yang tak pernah melucah?
Ha ha.
Tanah,
Ha ha.
Semut,
Mak buatkan abah nestum, malam tu.
Ha ha.
Khal,
Elok juga kalau ada pertandingan tu.
Ha ha.
Book,
Entah! Aku pun belum pakai gigi palsu lagi.
:)
Mei 24, 2006 8:58 PG
hahaha...kasihan2..
Mei 24, 2006 9:22 PG
makan bubur jer...
Mei 24, 2006 9:53 PG
naga, sewaktu di lebuh raya, ada kau terjumpa motor shimi yang berhantu tu?
Mei 24, 2006 10:14 PG
Nota,
Siang. Siang mana ada hantu motor shimi. Lori hantu adalah.
Ha ha.
Mei 24, 2006 11:15 PG
Laaa...kesian abah kamu kena beli gigi baru....
Mei 24, 2006 11:23 PG
Bwahahahhahahahah haha...
Mei 24, 2006 12:13 PTG
Kak Eton,
Dia beli? Bwa ha ha. Aku yang kena belikan...
Dugong,
Kau jumpa paku suku inci ke?
Ha ha.
Mei 24, 2006 12:52 PTG
wahahahahahhahahahahaha
dah tu pulak, punya la mahal rupanya nak buat/beli gigi palsu ekk
Mei 24, 2006 1:20 PTG
hari tu abah kamu dapat potongan harga tol?
Mei 24, 2006 1:26 PTG
jones,
fikiran kamu kotor
hahaha
Mei 24, 2006 1:27 PTG
jones tuduh mak naga lucah. mari kita sama-sama kutuk jones.
Mei 24, 2006 1:59 PTG
Lebuhraya mana tu?
Kawan aku ada kerja kat PLUS...Mana tau terjumpa...
hehehe
Mei 24, 2006 2:09 PTG
huaaaahhhhhhhhhhhhh... dah lama naga tak buat lawak dewa2.
kau bikin aku gelak macam raksasa!
Mei 24, 2006 2:38 PTG
Waaaaaaaaaaaahahahhahahahahahahahahhahahahaaaaaahaaaahaaahaaahaaaaa
Mei 24, 2006 4:56 PTG
Minggu ni amacam? Atau mahu tunda ke minggu depan? Atau mahu tunggu minggu gaji?
Mei 24, 2006 5:00 PTG
Ron, Zizie, Purp, Poyo,
Ha ha.
Moluska,
raksasa gelak vs pontianak terjumpa paku suku inci gelak = gelak siapa best? Ha ha.
Esis,
Ha ha.
Jig,
Apa agendanya? Hal 'piala'kah lagi?
Mei 24, 2006 5:11 PTG
"hahaha!" sambil mengangkat-ngangkat gesper. (walaupun masih tak tahu apa itu gesper)
Mei 24, 2006 8:24 PTG
hahaha! lagi..
Mei 24, 2006 8:25 PTG
Belum ada agenda. 'Piala' kita tolak ke tepi dulu. Sudah ada design barukah? Kawan kau kat selatan tu dah tau? Dia himpit Op tak? Ha ha!
Mei 24, 2006 9:08 PTG
Hihihihihihi...
Kasihan abah..:)
Bunda Shafiya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com
Mei 25, 2006 5:20 PG
cari misai jumpa mulot, cari mulot jumpa gusi, cari gusi jumoa gigi, cari gigi jumpa lidah......motiff???
Mei 25, 2006 8:07 PG
Mulan,
Aku. Tengah bayangkan kalau OP tak ada kumis.
Ha ha.
Gitar,
Gesper = kepala talipingggang.
Cikgu jangan malas rujuk kamus weh!
Jig,
Rimau tengah penasaran. Tapi, kalau OP dah pecah rahsia - tak tao laa...
Buk,
Ya ya. Kasihan abah. Dan, negara ini, aku fikir, 'abah-abah' memang kurang mendapat kasih sayang *ahaks* dan pengiktirafan. :)
Cuaca,
Abah cuma hilang gigi. Abah tak hilang kumis.
Harap maklum! Ha ha.
Mei 25, 2006 8:43 PG
Pengajaran kepada yang bergigi palsu - jangan meludah di Lebuhraya
Mei 25, 2006 1:01 PTG
*gelak guling2*
Mei 26, 2006 9:52 PTG
Catat Ulasan
<< Home