"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

11 Mei 2006

Demonstrasi Berparlimen

Kononnya. Pada suatu masa dahulu. Ceritera terjadi di negara Si Pening Lalat.

“Jom Islam Hadhari!” Ketua ‘State’.

“Mereka yang melakukan kesalahan hendaklah di bawa ke muka pengadilan! Hatta, jika Datuk Kenyit Mata dari ‘State’ pun yang melakukannya.” Ketua Pembangkang.

“Saya menyokong usul Ketua Pembangkang! Dan saya letak jawatan.” Ketua Kelab Penyokong ‘State’.

“Menyokong usul pihak Pembangkang adalah perlakuan yang bertentangan dengan prinsip ‘State’. Kau tidak ‘hadhari’, dude!” Ketua Whip ‘State’.

“Kita minum dulu!!!” Tuan Yang di-Pertua.

Rakyat? Rakyat menonton tivi. Opera sabun mandi - kisah orang bercakap-cakap. Dan, rakyat terasa semakin diperbodohkan. Lantas, mereka berkira-kira untuk belajar cara-cara membuat ‘molotov cocktail’.

Ha ha.

29 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Mesti pening2 lalat ketua state si Pening Lalat ni kalau baca entry naga ni..hehehe

Yang aku tau Islam tak ada 'had' dan tak ada 'hari'...!

Mei 11, 2006 11:19 PG

 
Blogger Anonymous said...

...dan Ramli Sarip, pengetua Akademi Fantasia 4 pun berkata :

Kita memang nak dia keluar sebab dia tak pandai menyanyi dan apabila dia diundi keluar, kita terima aje lah.

Aku harap tak ada undi masuk balik.

..dan penonton-penonton di kaca tv bersorak riang.

Mei 11, 2006 11:26 PG

 
Blogger June said...

oppppssss, molotov cocktail tu bom yek?

Mei 11, 2006 11:31 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Cepatnya kau tinggalkan komen. Ha ha.

Po,
“Kita terima sajalah!” Ha ha.

Molus,
Cocktail - Apa pulak bomnya... Ha ha.

Mei 11, 2006 11:35 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

:-)

Mei 11, 2006 11:57 PG

 
Blogger yaabbna said...

Skrg ni ahli parlimen mcm tong peti surat je.

Mei 11, 2006 12:11 PTG

 
Blogger Unknown said...

hahaha! (ketawakan rakyat!)

Mei 11, 2006 12:16 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Sepatutnya tajuk kau ni bukannya "Demonstrasi Berparlimen" tapi "Demokrasi Berparlimen (Yang Hilang)"

Cuma yang bagusnya dalam "Demonstrasi" ada perkataan DEMON.

Bukan! Aku bukan ahli LOGAM HITAM!!

Mei 11, 2006 12:26 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Abda,
Tong peti surat? Macamana tu!!!

Gitar,
Aku juga mahu ketawa bersama-sama kau. Ha ha.

Jig,
Betul apa...
Demonstrasi = 1. Penerangan, peragaan, dll; 2. tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll.
Betul apa... HA HA!!!!!!

Mei 11, 2006 12:57 PTG

 
Blogger Korakora said...

ini entri naga yg mempunyai political statement yg paling radikal.

korang hati2 bila komen.

hahaha

Mei 11, 2006 1:03 PTG

 
Blogger spyz said...

HOIII!!
kata non-partisan
hahahaha...

skrg kau boleh join aku,
ahli parti non-partisan
macam NAM - pergerakan(partilah tu..) negara2 berkecuali..
hmmmm...

Mei 11, 2006 1:55 PTG

 
Blogger Papa said...

ada sesiapa minat jadi ketua state??

Mei 11, 2006 1:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nota, Spyz,
Non-partisan tak bermakna tidak minat politik.

Mei 11, 2006 2:13 PTG

 
Blogger Rie said...

rakyat berkira-kita nak buat apa dengan ketua state yang pening.

ya, fikir2 kan "had" nya
ya, fikir2 kan "hari" nya

Mei 11, 2006 2:21 PTG

 
Blogger Korakora said...

kalau kau jadi hantu, siapa yg mahu kau tolong dalam pilihan raya?

Mei 11, 2006 2:59 PTG

 
Blogger Korakora said...

bila naga keluarkan political statement paling radical, sudah ada pengikut sambung statement. shazzy lah tu.

wah, ini sudah jadi gelombang.

jaga-jaga. nanti ada org yg sambungkan pada pihak tertentu.

ha ha ha.. korang.. jaga-jaga

Mei 11, 2006 3:09 PTG

 
Blogger Nazri said...

Sekali lagi vovin yang menyamar sebagai 'nazri' mengomen iaitu:

Aku sokong usul enche Naga!

Mei 11, 2006 3:23 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

masih menunggu akb aku belum tiba, arghhhhhh!!!!!

Mei 11, 2006 4:51 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis, Nota, Shazy,
Ini fiksyen, dude! Tiada kena mengena dengan senario politik Malaysia.

Vovin,
Aaaa, apa usul aku?
Ha ha.

OntahSapo,
Kau FARID ke? Kalau kau Farid, next week baru aku pos buku kau. Harap bersabar.

Arca,
Ini fiksyen, dude! Tiada kena mengena dengan senario politik Malaysia. Ha ha.

Mei 11, 2006 5:25 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

semut tidak layak untuk mengundi..itu saja yang ingin aku perkatakan..sekian,terima kaseh..

Mei 11, 2006 6:21 PTG

 
Blogger Naim said...

ya....kita minum susu Everyday dulu. Bijak-bijak. Sebab itu rakyat yang tidak bijak mudah2 dikelentong. Kasihan jadi rakyat negeri 'State' itu.

Aku? Aku orang Jerman.

Mei 11, 2006 7:06 PTG

 
Blogger Sayuti said...

kalau takde perkara sebegini, kurang ceria hidup saya. sekurang2nya adalah perkara yang diketawakan bila baca surat khabar cap matahari pagi2.

haha

ingat 31 tahun lagi, jangan lupa pangkah saya. kalau saya masih di luar kubur. oh ya, juga kamu.

itupon kalau pilihanraya 'State' masih ada lagi.

Mei 11, 2006 9:30 PTG

 
Blogger test said...

Ketua wanita 'state' mengusulkan Ketua pembangkang menarik kembali perusulan Ketua pembangkang menyatakan ramai perempuan minta digarukan.

Kelab Penyokong ‘State’ beramai ramai mengankat tangan ingin mengaru Ketua wanita 'state'.

[tembakau]

Mei 12, 2006 2:42 PG

 
Blogger Kemat said...

susahnya bila terikat pada tags "saya yang menurut perintah"..
sempena ulang tahun UMNO ke 60, ingin saya ucap'n selamat ulang tahun kepada Puteri Umno..betul aper..Puteri sebahagian dari Umno juga..sekurang2nya ia mampu menarik minat aku pada dunia politik..

Mei 12, 2006 11:20 PG

 
Blogger zizie ali said...

dulu. aku minat sabun mandi 'DALLAS'. minat watak JR.

Mei 12, 2006 12:54 PTG

 
Blogger kuehpau said...

baru je jumpa Ramli Sarip dan bertanya hal AF4.

Mei 12, 2006 6:53 PTG

 
Blogger zizie ali said...

shazy,
dipetik dari 'demonstrasi berparlimen' naga:
...Rakyat menonton tivi. Opera sabun mandi...

Mei 13, 2006 5:15 PTG

 
Blogger Nyetok said...

"Islam hadari, Terengganu Bestari" grafiti dalam tandas awam stesen bas Kuala Terengganu

Mei 14, 2006 4:02 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Hadir!

Pss... dah terlepas jauh. Malas nak komen dah.

Mei 15, 2006 8:06 PG

 

Catat Ulasan

<< Home