"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

08 Mei 2006

Dia pulang. Kejap.

Sebelum kami berpisah. Dalam gerimis. Itu malam.

Aku. Berpesan kepada KH. Kalau ada masa, pergilah ke Tokyo. Kalau dah tiba di Tokyo, pergilah ke Roponggi. Kota lampu merah yang penuh jalang. Itu.

Kutip seberapa banyak. Kertas tisu dengan gambar perempuan-perempuan telanjang. Dan. Kertas iklan kecil dengan gambar perempuan-perempuan telanjang. Yang banyak terlekat-lekat di pondok telefon. Buat 'omiyage' untuk kawan-kawan. Apabila pulang ke sini lagi, nanti.

Piezol dan Ikbal dan Obie dan Ameer angguk-angguk kepala. Tanda setuju. Ain? Ain 'blur'. Ha ha.

"Minta diri dulu. Nak hantar 'dia' balik ke Kajang, cepat. Mak 'dia' garang!" KH.

'Daun kelapa muda terlerai dari tangan. Ketupat bawang tak menjadi. Kuah satey pula yang meleleh di tangan.'

Alahai!

21 Comments:

Blogger Usop said...

"Naga, boleh lepas kastam ke" - Paizol dan Ikbal dan Obie dan Ameer.

"Kastam Melaka tak apa" - LKS

Mei 08, 2006 11:14 PTG

 
Blogger intanzk said...

Bro,
Anonymous punya pasal.
Tak pasal2, I'm already a blogger.
But ain't got any blog page yet. Belum kuasa.

Mei 09, 2006 12:28 PG

 
Blogger intanzk said...

Sorry Bro,
Masuk balik.

Nak check password.

Mei 09, 2006 12:33 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Aku lebih suka ke Nagoya.

Di situ ada IdcN.

Mei 09, 2006 7:57 PG

 
Blogger semut said...

intan.
blog naga boleh check password???

Mei 09, 2006 8:00 PG

 
Blogger Ron97 said...

'Daun kelapa muda terlerai dari tangan. Ketupat bawang tak menjadi. Kuah satey pula yang meleleh di tangan.'

arrghh..
aku tak paham. tolong

/*aku terpaksa kembali kepada hangbuah di blog naga dan rimau T__T

Mei 09, 2006 8:14 PG

 
Blogger Gelembai said...

eh shibuya byk yg lebih muda

Mei 09, 2006 8:27 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku lebih suka sate Johor dari Kajang. sate johor kecil. Bakarannya rata. masak.

Mei 09, 2006 8:48 PG

 
Blogger Nizam Rusli said...

saya pun nak! kertas tisu itu!

pss.. saya peminat KH juga..

Mei 09, 2006 8:51 PG

 
Blogger tujuh86 said...

'Daun kelapa muda terlerai dari tangan. Ketupat bawang tak menjadi. Kuah satey pula yang meleleh di tangan.'

Sebab tu aku rasa KH kena kutip kertas tisu di Roponggi banyak-banyak! Buat lap kuah satey yang meleleh di tangan.

Ha ha!

Mei 09, 2006 8:59 PG

 
Blogger esis said...

kertas tisu guna kesat hingus meleleh. aaaccummmm... selesema

Mei 09, 2006 10:18 PG

 
Blogger Amir Mukhriz said...

"Kajang? Dekat dengan rumah aku tu. Meh aku tolong hantarkan,"

Kata aku.

Dalam hati.

Mei 09, 2006 10:27 PG

 
Blogger blackpurple said...

Ain tak blur..dia cuma malu-malu...hehehe..

Di Muor, sate buat breakfast...

Mei 09, 2006 10:36 PG

 
Blogger BP said...

ye blackpuruple, sate Muor sgtla enaknye. cepat2 oder, pukul 10 da abis.

Mei 09, 2006 12:21 PTG

 
Blogger BooK said...

kat kampung aku. satay secucuk seposen.

Mei 09, 2006 12:24 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

oit! mengata saya blur?

errr...
daun kelapa? ketupat? sate?
errr... tak paham?

alamak... saya blur!

Mei 09, 2006 2:09 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

bang.

kenapa aku baru roponggi ada lampu merah?.kenapa ko tak cakap masa aku kat sana dulu?.

hehehe.

bukan apa,nak tengok kertas banyak-banyak tu buat dari apa.

sate?.sumpah sate 30 cucuk bapak!.

Mei 09, 2006 4:14 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

Kisahnya, penjual satay terkenal di daerah Kajang itu adalah seorang ummi yang garang.

"Kau lihat sajalah makcik-makcik yang menjual satay itu. Bukankah garang mukanya?" ujar Loden.

Saya tak percayakan Loden.

tup. tup. tup.

"Eh, ingatkan tak lapar. Kenapa tak order makan masa kat Bangsar tadi?"

"Nak order macamana? Takkan nak makan sorang-sorang je." Dia.

"Oh, ya tak ya. Nak makan apa?"

"ermm.. ermm.. sushi!"

Dan motokar hitam itu terus meluncuri lebuhraya PLUS sebelum memasuki bandar Kajang. Melepasi stesen minyak shell dan bangunan Court's Mammoth. Mencari penjual sushi.

"eh, apa kata minta emak kamu masakkan satay malam ni?"

Di corong speaker, Hattan mula bernyanyi, "Dia.., menghimpit dengan mesra, dan kerananya aku hilang.."


p/s. amir, khabarnya KH berkebolehan membaca kata hati orang. Haha.

Mei 09, 2006 8:13 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Pak...KH itu sapa?

Makanan apa yang terkenal di Johor ya? Mau coba nanti kalau aku ke JB..:)

Bunda SHafiya

Mei 09, 2006 8:47 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

TOA, Intan, Khal, Semut,
Ha ha.

Buah,
Ha ha. Pi tanya kat Attokz kalau tak faham.

Gelembai,
Oh iya ke?

Rimau,
Satey, kat mana-mana pun rasa satey. Juga.

Kunci,
Burger, kat mana-mana pun rasa burger. Juga.

Ha ha.

Nizam,
HK minat kat aku. Ha ha.

786, Esis,
Ha ha. Pandai pandai!

Amir,
Aku dah kata. "Janggut kau orang tu kosmetik!" Ha ha.

Purp, Bp, Book,
:)

Tanah,
Kau memang 'blur'. Ha ha. Tapi, aku suka kau.

Yob,
Aku dah beritahulah, dulu!

Kunci,
Jadi menantu Wak Samuri ke kau nanti? Ha ha.

Laaa, kasihan kat 'dia'. Sampai lapar tunggu kita habis merokok.

Lain kali, pesan saja makanan, walaupun kami tak pesan makanan apa-apa. Aiman tak kisah. Ha ha.

Buk,
Kalau ke Johor - coba makan Laksa Johor. Kalau ke Sarawak - coba makan Laksa Sarawak. Kalau ke Pulau Pinang - coba makan Laksa Penang.

Macam serupa, tetapi tidak sama dong!

:)

Mei 10, 2006 12:01 PG

 
Blogger The-Mulan said...

??

Mei 10, 2006 8:40 PG

 

Catat Ulasan

<< Home