Selamat Hari Cikgu, Mr Leong!
Mr Leong. Cikgu kelas kami 'cum' cikgu ilmu hisab tambahan kami 'cum' jurulatih lempar cakera kami.
Oleh kerana. Cikgu pendidikan jasmani. Cuma ada dua orang. Mr Leong tawar diri. Untuk menjadi jurulatih. Lempar cakera kami. Bukannya dia pandai sangat melempar cakera, alahai! “Saya cuma kasihankan Cikgu Razali (pakcik kepada Usop) dan Cikgu Aziz (Mat Tobek)!” Katanya. Sambil membetul-betulkan. Cermin mata damar hitamnya.
“Anda semua tengok macamana saya buat dulu ya!” Mr Leong. Sambil membengkok lutut, memulas-memulas pinggang, menghayun-hayun cakera. Dan. Segala macam benda… Dompet. Buku nota. Buku 555. Pen merah. Pen biru hitam. Pen hijau. Duit seringgit-seringgit. Duit besi. Kunci kereta. Cincin kahwin. Sikat plastik warna cokelat. Bertaburan ‘muntah’ keluar. Dari poket hadapan kemeja lengan pendeknya. “Haiiiiiya!!!!”
Ha ha. Kami ketawakan dia.
“Sekarang, Mr Leong tengok macamana saya buat pula ya!” Aku. Sambil membengkok lutut, memulas-memulas pinggang, menghayun-hayun cakera. Dan. *Zuuuuuuppp!*
“Haiya! Tak jauh. Tak sampai satu meter pun!!!!” Mr Leong.
Ha ha. Mr Leong ketawakan aku. Sambil kedua-dua tangan. Menggoncang-goncang gesper. Ada manik jernih di penjuru matanya yang picing.
NOTA KAKI BANGKU: Aku memang ‘kaki bangku’. Ha ha.
Selamat Hari Cikgu kepada: Mr Leong “dy dx…”. Miss Alice Tan “darRAH, berwarna merRAH”. Cikgu Burn Hitam. Cikgu Burn Putih. Cikgu Mat Cipan. Mr Devadason. Mrs Nathan (Cikgu English set ‘normad’ aku ni… Ha ha). Ustaz Zainal “Dak!”. Ustaz Mohsein “Khalid al-Walib pun bertempik… Serang! Serang!! Serang!!!”. Cikgu Hamidah ‘Mod Math’. Cikgu Rosman. Cikgu Shahran “somborono!”. Cikgu Velayudam “alhamdullillah, kita sudah sampai India (Amerika), kata Amerigo Vespucci!”. Cikgu-cikgu seni perusahaan (Cikgu Nordin + Cikgu Quek + Cikgu Teoh?). Cikgu Cheah Siaw Phang “turun ke makkMALLL kimia, sekarang!!!”. Cikgu Razali. Cikgu Mat Tobek. Cikgu Hamzah Art Club. Cikgu Fizik (Noraini?) yang aku dah lupa nama. Puan Muhaimu ‘yang kecil molek tapi garang bukan main’. Puan Zuraedah ‘yang cute’. Dan. Cikgu Azizan ‘yang lohe‘.
Maaf, saya tak jadi doktor, seperti yang anda semua harap-harapkan.
19 Comments:
Selamat Hari Cikgu, kepada Cikgu Gitar Tong dan Cikgu Kalam Timur juga!
Dengan pertanyaan, “dah makan tengah hari ke belum? ha ha. kenang daku dalam doamu.”
Mei 17, 2006 12:28 PTG
Aklu sukan lempar2 dan baling2 ni tak reti...reti sukan yang lari2 dan lompat2 jer...
Aku rasa mereka semua cukup berbangga sebab naga dah menjadi celebriti sekarang...
hehehe
Mei 17, 2006 1:59 PTG
Kalau tak, kena panggil Dr. Naga lah! :)
Mei 17, 2006 2:38 PTG
Purp,
Celebriti ke hape... Ha ha.
Hana,
Kalau tidak, kau kena panggil aku - Dr.Agon. Ha ha.
Mei 17, 2006 2:46 PTG
Sekarang kau doktor buku.
Boleh la tu.
Mei 17, 2006 2:47 PTG
Tuan Doktor kali ini tulis panjang.
Mei 17, 2006 3:32 PTG
Kesilapan pengstrukturan ayat dalam entri ni disengajakan ke? parodi ke? akakaka!
Selamat ari guru jugak!
vovin yang kacak!
Mei 17, 2006 4:00 PTG
Saudara Naga
Cara penyampaian blog anda kali ini lebih mirip kepada cara penyampaian Ustaz Mohsein @ Ustaz Lencong.
Untuk sampai ke bab "Wa in kun tum junubban fathah haru" anda harus mengikuti kisah pengembaraan ( lencongan?) beliau semasa di Al Azhar terlebih dahulu.
Dalil? Cari sendiri.
Selamat hari guru juga kepada Cikgu Haslah, Meli, Minang, Jurita dll. Untuk Tok Rimau juga.
p/s Dr.Argon adalah trademark siapa ke nama budak Sarawak yg gemar mewarna di dinding dinding sekolah dahulu.
Mei 17, 2006 5:33 PTG
"ehem, nasib baik awak tidak lupa menyebutnya. jika tidak saya jemur awak tengah panas" kata cikgu gitar tong.
hahaha!
Mei 17, 2006 7:22 PTG
Op,
Ha ha. Tak adalah! Kau saja yang berlebih-lebih puji.
Dugong,
Ha ha.
Vovin,
Entahlah. Ha ha.
Dakwat,
Kau lupa menyebut nama SHUIB. Dah ada 'phd' UPSI dah dia. Fuyoo!
Dr. Agon = Ghani. :)
Cikgu Gitar,
Ha ha. Mana bisa aku lupa. :)
Mei 17, 2006 8:19 PTG
kalau kamu jadi doktor, dan ada hari doktor, saya akan ucapkan selamat hari doktor, Dr Naga!
Mei 17, 2006 10:21 PTG
Bro. Naga,
Kelas sains macam mana la tersesat rajin buat benda-benda menulis ni.
Dah tu tak ada langsung kaitan dengan sains.
Dulu rajin dok sain kot dalam kelas?
Psss.... cikgu tu meletak harapan yang rendah. Patut depa harap bro jadi Menteri Kesihatan ka, apa ka, baru sekarang bro bole jadi doktor.
Mei 18, 2006 7:43 PG
Tanah,
Aku mahu memulakan suatu 'gerakan', tolong bantu dan sebarkan: 29 Feb ialah Hari Karyawan!
Intanzk,
Cikgu Sharan dah pencen. Kerjaya akhirnya - Pegawai Biro Buku Teks, Kem. Pelajaran.
Remos, batu cincin, kasut John Travolta, seluar Yankee - tak berubah, dari dulu hingga sekarang.
NOTA: Cikgu Raj Kumar ialah kawan baik Ayis. Ha ha.
Khal,
Aku sudah salah 'aliran'lah. Haiya!!!!
Mei 18, 2006 8:50 PG
Heehee Cikgu Alice Tan...masih mengajar ke dia sekarang?
Ingat lagi dia komen dalam buku laporan sains - 'Mata apa? Mata katak atau mata manusia? Sebutkan nama penuh'....
Mei 18, 2006 11:18 PG
dah lambat sgt ker nak jadi Doktor...?
Mei 18, 2006 11:21 PG
Petai,
Alice Tan masih mengajar. Dan, masih 'miss'. Dia abdikan diri dia kepada 'BIO' kot, ntah! Ha ha.
Ontah,
Tak naklah aku jadi doktor. Aku nak jadi, aaaa, bomba.
SetanJambang,
Ha ha. Selamat Hari Cikgu kat kau pun. Masih mengajar di LKW?
Mei 18, 2006 11:59 PG
Cikgu dy-dx aku ajar aku rhyme bila aku dapat markah 4/100.
Katanya: GhazaLiiii, muridnya bodoh sekaLiii.
Mei 18, 2006 12:11 PTG
Arrrgh, terima kasih sinaga-naga, oppsss dah baru je makan. Awak sudah makan ke belum?
Julai 11, 2006 12:39 PTG
AlFatihah buat Cikgu Shahran yang telah meninggalkan kita buat selamanya pada pagi Isnin 22 Oktober 2007...
Aku tak pernah dengar perkataan "sawo mateng" sebelum Cikgu Shahran sebut kat dlm kelas sejarah masa aku form 1 '81. Rupanya maknanya ciku masak.. Maklum lah aku bukannya jawa...
Oktober 30, 2007 11:52 PG
Catat Ulasan
<< Home