"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

15 Mei 2006

Hidup ini macam rolekoster v 0.3

Ayis beritahu aku. Dude, aku mahu berhenti merokok. Minggu lepas, aku cuma hisap tiga batang rokok sahaja dalam satu hari. Tetapi, minggu ni, he he, aku kembali hisap banyak rokok, macam selalu-selalu.

Aku beritahu Ayis. Dude, sudahlah, hentikan saja cita-cita suci kau tu!

Kemudian, kami ketawa mengekek, sambil tangan mengangkat-angkat gesper.

KOMA

Tengah hari ini, perut aku lapar sangat-sangat. Tetapi, aku tidak mahu makan kerana, he he, nak kuruskan badan.

Abdullah Jones muncul tiba-tiba dan beritahu aku. Dude, sudahlah, hentikan saja cita-cita suci kau tu!

Kemudian, dia *plop!*, macam selalu-selalu.

26 Comments:

Blogger ontahsapo said...

apa la nak kuruskan badan. kau gemuk ker? kalau mcm tu nanti kita jumpa kat tupai2, kau tgk jer aku makan. kau isap rokok jer la.

Mei 15, 2006 1:34 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Aku?

Lepas gigi digerudi, doktor tu kaya duit aku RM500.

Sudahnya, aku merokok tidak, makan pun tidak huhuhu

Mei 15, 2006 2:48 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Perut berbunyi dan mereka bertanya, "Kau tak makan ke?"

Aku jawab, "Tak! Aku mogok lapar hari ni."

Mei 15, 2006 5:41 PTG

 
Blogger Rie said...

lelaki dan cita-cita untuk hensem atau nampak hensem.

kesimpulan enty ini. hehe

Mei 15, 2006 5:46 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Cita-cita suci mudah dihentikan. Tapi tak mudah dilupakan.

Aku cadangkan berhenti hisap rokok dan makan makanan yang dibeli dengan duit sendiri.

Yang dibeli dengan duit orang lain tak apa.

Mei 15, 2006 5:52 PTG

 
Blogger June said...

naga,
ko nak superimpose perut kah?

huahhhhhhhhhhhhhhh!

Mei 15, 2006 5:59 PTG

 
Blogger Unknown said...

saya pun benci jones! hahaha!

Mei 15, 2006 7:23 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

cita-cita aku nak jadik polis.tapi tak jadik jugak.pasal?aku batalkan cita-cita murni aku tuh.haha

Mei 15, 2006 7:57 PTG

 
Blogger Kemat said...

ketika aku mula2 berenti hisap rokok..kawan aku hadiahkan sedozen rokok..hadiah katanya..hadiah tanda sokongan pada niat suci aku..

Mei 15, 2006 8:00 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

pak uda saya terpaksa membatalkan niat berhenti merokok untuk mengelakkan badannya naik.

Kalau tak makan lapar. Kalau tak merokok, badan naik.

eh, kamu tak merokok?

Mei 15, 2006 10:23 PTG

 
Blogger zizie ali said...

dulu. budak baik itu. masa zaman sekolah.tak merokok. aku merokok.

sekarang. budak baik itu. masa zaman kerja. merokok. aku tak lagi merokok.

Mei 16, 2006 2:38 PG

 
Blogger Ku Keng said...

Kalau berhenti merokok, boleh sambung mengretek. Wak jawa bilang, itu ngak serupa pak. Apa doktor hanya bilang jangan merokok, kok!

Mei 16, 2006 7:41 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

kawan aku cakap biar putus kasih, jangan putus rokok. ntahlah.

Mei 16, 2006 8:31 PG

 
Blogger BooK said...

naga:
kau dah tgk final destination 3? ngeri o. eksiden rolekoste.

Mei 16, 2006 8:57 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Laa, aku lupa nak reply komen korang, ek semalam, laa...

Ontah,
Apa kata kita jumpa kat Tupai2, kau makan, kau belikan rokok, aku merokok dengan rokok yang kau belikan tu?

Dugong,
Kau masukan protein cecair kat hidung guna straw! Ha ha.

Jig,
Wow, aku panggil kau 'jig', macam nama gay lah! Ha ha.

Esis,
Ya ya. Mamat2 yang berlonggok di Restoran Fatimah memang handsome2. Ha ha.

Khal,
Cadangan kau ditolak. Dan. Cadangan ditutup!

Moluska,
Aku teringin nak punyai perut macam si Britney Lembing tu. Ha ha.

Gitar,
Aku suka Jones! Ha ha.

Semut,
Kau gi jadi Jurulatih TLDM la pulak weh! Ha ha.

Kemat,
Ermmmmmmmm... Entah bilalah nak tumbuh niat berhenti merokok kat aku ni... Ermmmmmmm....

Intanzk,
Kalau kau ada kat depan aku sekarang ni - aku gelakkan kau kuat2 sambil tunding2 jari kat kau... HA HA!!!!

Kunci,
Apa standard hisap rokok Tujuh Lembut tu weh!!!! Gi cuba rokok PEACE!!!! Rasanya hampir serupa dgn rokok LONDON - PARIS - NEW YORK.

Zizi,
Bila nak start hisap rokok semula? Ha ha.

Keng,
Mengkretek = Habislah t shirt kolar 'V' saya berlubang2.

NOTA:
Paul Mose (TV8) juga mempunyai kegemaran memakai t shirt kolar 'v'. Ha ha.

Book,
DVDnya - gambar dah clear? Uhhhh, mesti tengok ni!!!

Mei 16, 2006 9:44 PG

 
Blogger OP Zaharin said...

hari ni megi goreng. takkan nak berlapar lagi kut.

Mei 16, 2006 2:34 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau berhenti beli rokok boleh la......

ps: aku non smoker sejak azali lagi....

Mei 16, 2006 3:00 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku masih belajar buat asap kepul bulat-bulat cam donut.

Mei 16, 2006 3:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

OP.
Petang ni, katakan "tak nak" kepada maggi goreng!

Shazy,
Ingat senang ke nak kempiskan perut?

Purp, Rimau,
:)

Mei 16, 2006 4:47 PTG

 
Blogger Ron97 said...

hidup ini macam rolekoster
kadang di atas
kadang di bawah
kadang merokok
kadang tidak
kadang makan
kadang tidak

tapi hang,
merokok, makan, mrokok makan. buat kerja. merokok. makan. merokok. buat kerja.
hahaha

Mei 16, 2006 5:06 PTG

 
Blogger Sayuti said...

pesan ismail kamus, tak payah berhenti merokok. berhenti beli. kalau nak isap, mintak orang, sambil pesan, lain kali jangan beli. bila orang itu berhenti beli, dia akan mintak orang lain pulak jika nak merokok sambil pesan lain kali jangan beli. kemudian, orang yang dimintak oleh orang yang kau mintak itu pula akan berhenti beli lalu dia ingin merokok dan meminta orang lain pulak selain kau dan orang yang kau mintak pada mula2 itu sambil menyuruh orang...

ah, macam iklan dalam radio era pulak.

Mei 16, 2006 9:29 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

"Tengah hari ini, perut aku lapar sangat-sangat. Tetapi, aku tidak mahu makan kerana, he he, nak kuruskan badan."

Bukan sepatutnya kurangkan makan ke, bukan tak makan langsung?
Nanti kau kena anorexia baru tau!

Mei 16, 2006 11:05 PTG

 
Blogger Naim said...

hendak henti merokok senang sahaja, letak gambar bab* di kotak rokok, baru orang tak lalu nak merokok sebab jijik tengok bab* itu.

hendak kurus? Dulu dan dulu....saya jual krim pembakar lemak, BioSireh. Memang berkesan utk bakar lemak, dan menjadikan perut anda berpetak-petak macam askar..... ha3.....tapi kalau askar yg goyang kaki sahaja dlm ofis skrg ni, perutnya 'timbul' ke depan juga.

---Naimisa---

Mei 17, 2006 6:45 PG

 
Blogger syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Dah baca buku AKB. OK sangat2. Semoga lebih banyak project untuk masa-masa akan datang

Mei 17, 2006 8:59 PG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Sayuti,

Menarik juga ide kau tu. Aku cuba praktikkan dengan Naga semalam. Aku pangkah dia, tapi tak sempat pesan supaya jangan beli. Dia beli rokok baru dan sedekah belen rokok kotak lama.

Bukankah bersedekah itu amalan mulia lagi berpahala?

Tapi percayalah, orang yang merokok ni lebih mudah dapat kawan. Ada rokok tak ada api, boleh tanya pada orang yang merokok tapi cuma ada api. Kita pinjam api dia, kita offer dia rokok. Akhirnya jadi kawan. Budak-budak di U macam nilah kawan nak cari kawan. Cari kawan yang merokok supaya bekalan tidak putus. Tolong menolong.

Bukankah tolong menolong itu amalan mulia lagi berpahala?

Mei 17, 2006 9:15 PG

 
Blogger Unknown said...

786, sayut,
hahaha! helah bela diri!

Mei 17, 2006 9:22 PG

 

Catat Ulasan

<< Home