"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

12 Mei 2006

Wanita dan garis-garis halus

Kakak yang suka mengumpat. Dan. Suka memandikan burung itu. Bertamu di 'work station' aku.

"Kau guna pen point saiz berapa?" Dia.

"Zero point one!" Aku.

"Eeeeeeiiiiiiiiuuuuuuuooooooo..." Dia. Lari keruntang-pukang. Kayak kesurupan.

Hah? Hah?? Hah???

21 Comments:

Blogger Unknown said...

Hah? Hah?? Hah???

Ps.. agaknya kakak tu biasa guna pen beso..

Mei 12, 2006 4:20 PTG

 
Blogger BooK said...

naga:
aku suka pen halus. tulisan aku cantik. pen beso juga tulisan aku cantik juga. ah. tulisan aku mmg cantik kot. ntah le.

Mei 12, 2006 11:06 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

apasal saya tak faham?

alahai... blur lagi?

Mei 12, 2006 11:54 PTG

 
Blogger Zaharah said...

Cik Tanah, saya pun tak faham. Kesian kita kan...?

Mei 13, 2006 8:55 PG

 
Blogger Naim said...

Isk..isk..isk...orang Utara kata, 'Loqlaq betui hang ni!'

Mei 13, 2006 9:29 PG

 
Blogger zizie ali said...

untuk dilukis potretnya, perempuan tak gemar sang pelukis menggunakan pen mata halus. mata pen yg bisa melukis garis-garis halus di muka.
bukan perempuan sahaja, lelaki juga. hahaha

Mei 13, 2006 10:52 PG

 
Blogger Rie said...

memandi burung amalan mulia. haha.

terfikir-fikir
nak menulis atau menaip hari ini.

Mei 13, 2006 11:41 PG

 
Blogger hana_kirana said...

saya faham bahagian 'kayak kesurupan' itu sahaja. lalu saya menyanyi-nyanyi lirik sambungannya :)

Mei 13, 2006 1:22 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Bagus kakak itu..walaupun suka mengumpat tapi rajin pula memandikan burung....

hehehe

Mei 13, 2006 6:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Komrad,
Kakak tu kata, orang perempuan memang takut dengan garis-garis halus... Kedut kat muka kot, ntah! :)

Mei 13, 2006 7:33 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Kenapa kakak itu lari Pak?

Haha

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Mei 13, 2006 10:31 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

pen mata bulat ke tajam?

Mei 13, 2006 11:21 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

aku suka guna pen mata 0.7.best menulis.juga untuk melukis

Mei 14, 2006 5:08 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

Kata Mitch Albom di dalam Tuesdays with Morrie, orang yang takut tua tidak menikmati hidupnya... kerana sepatutnya orang yang tua itu lazimnya bijaksana dari yang muda :)

Mei 14, 2006 6:02 PTG

 
Blogger Mohd Yussof Ibrahim said...

Naga

Tulisan kau hitam di"screen" laptop aku, bukan biru, bukan kuning.

Comment # seventeen point zero.

Mei 14, 2006 10:38 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

mak kepada Loden gelarkan bunyi kompang 'kerentung kerentang'.

Mei 14, 2006 11:58 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Mungkin kakak tu rasa zero point one tu terlalu meruncing halusnya.

Mei 15, 2006 8:08 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

aku sekadar garu dagu.

Mei 15, 2006 8:32 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Hana,
Adakalanya, aku terlalu bersetuju dengan kau.

Kunci,
Oooo... Nama di LODEN. Jadi, bila kompang kau dan Loden nak 'kerentung kerentang'? Ha ha.

Mei 15, 2006 9:07 PG

 
Blogger ontahsapo said...

sure muka dia dah berkedut tu....

Mei 15, 2006 11:39 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Farid, Haslina,
AKB dalam perjalanan ke riba anda.
Terimas!

Mei 15, 2006 11:56 PG

 

Catat Ulasan

<< Home