"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

19 Mei 2006

Ulasan AYAH KITA BOS

Masih belum sempat membaca kerana berebut dengan budak-budak serumah, dan saya dengan separa rela mengalah; membenarkan mereka membacanya terlebih dahulu.

Saya berpuas hati dengan kulit depan buku, serta saiznya. Kualiti pun nampak mantap! Setara dengan buku-buku dari Indonesia yang cetakannya semakin berkualiti. Tak gitu? Di samping itu, harga memuaskan. Pendek kata, memang berbaloi.

Apapun, ucapan tahniah atas usaha murni para blogger terutama kepada Sinaganaga dan Tok Rimau. Teruskan berblog untuk kemajuan ummah. Paling utama, remaja seperti saya (okaylah, tidak-sangat-remaja) dan rakan-rakan mempunyai bahan bacaan alternatif selain buku-buku dari Alaf 21 yang digilai budak-budak serumah.

Panjang pula ulasan bagi seseorang yang belum lagi meng'hadam' hasil pemikiran bloggers terhebat. Ye ke? Muktamad?

Majulah Blog Untuk Negara!

~ Haslina Othman

NOTA EMPUNYA BLOG: Terima kasih Haslina. Sebagai membalas budi peminat/pembaca/pembeli, kami akan umumkan sebuah peraduan tidak lama lagi. Tunggu!

5 Comments:

Blogger jiGOMorrison said...

Pst! Pst!!

Mei 19, 2006 8:33 PTG

 
Blogger zizie ali said...

aku agak. pertandingan melukis gambar naga. gambar rimau. gambar shazy.

Mei 20, 2006 5:04 PG

 
Blogger Rie said...

hadiah apa? cepaattttttt nak masuk.

Mei 20, 2006 2:43 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Peraduan?

Peraduan beradu?

Mei 22, 2006 10:06 PG

 
Blogger June said...

ya... memang berbaloi.

Mei 22, 2006 4:12 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home