Kelip-kelip kusangkakan api
Hari ini. Kak Zaiton, editor majalah DBP, entah apa mimpi, datang bertandang di 'work station' aku.
Dan, ketika kami berbual-bual, aku terlihat, ada cahaya biru yang ganjil, berkelip-kelip, di sebelah kanan telinganya, yang terlindung di sebalik kain tudung mahal.
“Apa tu... Yang... Berkelip-kelip... Subang jenis baru ke?” Aku.
“Bluetoothlah!” Kak Zaiton.
Ekekekekekeke... Kami mengekek, macam pontianak terjumpa paku suku inci.
KOMA
“Aaa, nak tulis apa ya, di buku Ayah Kita Bos ni??? ‘Dengan penuh kasih sayang’ ke?” Aku.
“Jangan! Nanti abang kau cemburu!” Kak Zaiton.
Ekekekekekeke... Kami mengekek, lagi, macam pontianak terjumpa paku suku inci.
20 Comments:
Dulu2 aku ingat bluetooth tu gigi... hehehe
Mei 18, 2006 1:10 PTG
Purp,
Aku pun. Ha ha.
Mei 18, 2006 1:11 PTG
Bang,
Tunjukkan dia gesper berkelip.
Mei 18, 2006 1:52 PTG
cek naga ni, telinga orang abis ko belek ye. yang mana ko tak belek. semua nampak...
Mei 18, 2006 1:59 PTG
ya..
mesti akak tu suka cakap sorang2 ek
Mei 18, 2006 2:03 PTG
mata ku berkelip-kelip biru pelangi...
bro, aku naik pangkat?
Mei 18, 2006 2:50 PTG
Canggih kak eton yek..
heheheh aku ngan daun main batu seremban je?? sungguh feminin permainan itu...yea daun mari kita berduet main batu seremban...
Mei 18, 2006 4:01 PTG
aku takut telinga akan besar sebelah jika memakainya...masih takut utk mencuba...
Mei 18, 2006 4:54 PTG
tak lama lagi mungkinkah golongan 'punk' mula memperagakan bluetooth di pusat?
Mei 18, 2006 7:30 PTG
"Kelip-kelip kusangkan api" naga
"kusangkan?" sambil membelek-belek kamus DBP yang dibeli dari kak Zaiton.
"tak ada pun.."
Mei 18, 2006 8:23 PTG
ooo...itu kakak ipar kamu la.....
Mei 18, 2006 9:41 PTG
macam operator telefon je pakai benda alah tu.
Mei 18, 2006 10:49 PTG
Dugong,
Gesper berkelip? Uuu, cadangan yang baik. Kita bawa usul ni dalam mesyuarat minggu depan.
Esis,
Mesyuarat minggu lepas kami belek tumit. Ha ha.
Buah,
Entahlah. :)
Moluska,
...macam rolekoster. Kadang2 kat bawah, kadang2 kat atas. Bengantung kepada 'angin' aku la.
Pnut,
Main 2 orang tak seronottt... Aku tambahkan 1 orang lagi. Ha ha.
Setanjambang,
Seronok jadi orang? Ha ha. Ok ok, gi main batu seremban ek. Ha ha.
Ontah,
Sudah terima AKB?
Kunci,
Ha ha. Kau mencarut ek? Ha ha.
Cikgu gitar,
Ha ha. Aku dah betulkan ejaannya. :)
Naim,
Kak ipar? Bukan. :) Kawan baik cuma. Sama2 melepak cari telur tuntung di Sabah, dulu. :)
Op,
Ha ha.
Mei 18, 2006 11:13 PTG
kikkkk kikkkkk kikkkkk kikkk (pontianak jumpa paku)
Mei 18, 2006 11:45 PTG
Bro. Naga ada affair ka dengan Kak Eton? Siap kelebek telinga, siap sayang-sayang.
Psss.... paku suku inci cukup ka nak paku kepala pontianak?
Mei 19, 2006 8:33 PG
kak ton bukan cuti sabatikal? (bahasa org kampung: cuti mengaji)
Mei 19, 2006 9:54 PG
AKb dah terima, sedang mencari masa utk jongkang dan jiwau kacau!!
Mei 19, 2006 12:14 PTG
Tok Rimau,
Itu bunyi hantu Japon, beb! Ha ha.
Khal,
Kak Eton = macam 'Mr. Leong' juga kepada aku. Selalu sangat betulkan ejaan aku. Ha ha.
Paku suku inci? Ha ha. Itu pasallah pontianak tu ketawa, "ek elehhh, setakat paku suku inci ada hati nak tikam tengkok orang, ceh!"
Nota,
Dia dah naik kerja dah. Dia bilang, "Naga, kau tunggu, ada kezutan, kau dan kawan2 bersedia sajalah..."
Aku syak, Kak Etan akan ambil alih salah satu majalah DBP yang kita suka...
Tojit,
Kak Eton dah macam kakak je ngan aku. :)
Kami mesra. Macam adik-beradik.
Mulan,
Ya ke? Oooo...
Ontah,
Baca terus! Terus baca! :)
Mei 19, 2006 12:31 PTG
bro naga,
aper neh.blog aku pon dah ena serang dengan virus pengutuk.aku tak paham laa.
Mei 19, 2006 1:30 PTG
Ha ha ha...oooitttt sinaganaga.Blueetooth dapat percuma, kenalah pakai. Kalau tak dok dalam laci je le...
Mei 23, 2006 10:08 PTG
Catat Ulasan
<< Home