"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Mei 2006

Dia yang mengangkat tangan tinggi-tinggi

Petang itu. Hari mahu hujan. Dia mahu beli buku Ayah Kita Bos. Aku mahu menghadiri mesyuarat. Di Bangsar. Dan, mari kita gabungkan kesemua elemen ini! Ha ha.

Aku tak pernah jumpa dia. Dia tak pernah jumpa aku. Dan, kami berjanji untuk bertemu. Di stesen lrt Bangsar sajalah.

“Oit-oit! Aku dah sampai. Mana kau?” Aku. Via telefon.

“Sini, encik!” Cik Tanah. Via telefon.

“Oit-oit! Ramai ni… Yang mana satu? Ok, kau angkat tangan tinggi-tinggi!” Aku. Via telefon.

“Hah? Kena angkat tangan tinggi-tinggi ke? Hah? Hah?? Eh, malulah… Eh, kalau tak angkat tangan tak boleh ke, encik?” Cik Tanah. Via telefon.

“Tak boleh! Kena angkat juga. Aku rabun! Ha ha.” Aku. Via telefon.

Dari jauh. Di tengah-tengah orang banyak. Kelihatan seorang gadis mengangkat tangan. Kejap-kejap tinggi, kejap-kejap rendah, kejap-kejap tinggi, kejap-kejap rendah, dan akhirnya tangan gadis itu terpeletok di atas kepala. Aku perhatikan saja. Dari jauh.

KOMA

“Oit-oit! Aku Naga. Jom! Kita pergi jumpa OP, Jig, dan Amir Mukhriz di restoran Fatimah!” Aku.

“Hah? Eh eh! Encik ni Naga ke? Betul ke ni? Ya Allah, handsomenya encik ni ya!!!” Cik Tanah. (Part ni aku saja tambah untuk sedapkan cerita. HA HA!)

20 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

“Hah? Eh eh! Encik ni Naga ke? Betul ke ni? Ya Allah, handsomenya encik ni ya!!!” Cik Tanah. (Part ni aku saja tambah untuk sedapkan cerita. HA HA!)

aku pun, HA HA HA....!!!

Mei 29, 2006 1:07 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

"Cis cis cis!" sambil mengepal penumbuk. Bukan aku, tapi Mr. AJ.

Pss.... angkat bakul, masuk dalam lif, masuk dalam bakul, tekan butang lif, angkat sendiri bakul.

Mei 29, 2006 1:22 PTG

 
Blogger abdullahjones said...

pssttt.. budak ireland tu sewel.
(perencah nasi goreng adidas, hahah
hahahahahhahahahahahahahahahahahahhahahahahhahahahahahahahahhaahhahahhahahahahahahhahhahahahahahahah)

Mei 29, 2006 1:41 PTG

 
Blogger spyz said...

cik tanah, masa tu lupa pakai spec kan?? hehehe..

Mei 29, 2006 2:05 PTG

 
Blogger Ron97 said...

sinaganaga origami mungkin akan jadi naga ori

Mei 29, 2006 2:13 PTG

 
Blogger Sayuti said...

kenapa makan di restoran fatimah je? bawaklah ke restoran itu.

Mei 29, 2006 2:15 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Handsome apeee... 1 pt kurang dari Jones jer... Ha ha.

Khal,
Betul weh... Aku ni handsome dan sexy. Ha ha. Tak caya, tanya MatJan!

Jones,
Ya ya. Budak Ire tu memang ada sewel sikit. Ha ha.
"Eh, kena angkat tangan ke encik Naga?" Ha ha.

Spyz,
Eh lupa. Kau pun adakan petang tu?

Ron,
Ya ya, aku memang ori. Ha ha.

Sayut,
Habis... Kau nak suruh aku bawa dia ke restoran yang namanya macam kemaluan wanita tu ke? Ha ha.

Mei 29, 2006 2:48 PTG

 
Blogger zizie ali said...

Inilah entri paling buruk yg pernah dihasilkan oleh naga. aku harap naga sedar dan insaf.

Mei 29, 2006 3:27 PTG

 
Blogger June said...

wahai lelaki2 yg berumur dan boroi,

lapkanlah cermin sebelum kalian keluar dari rumah... walaupun ia sekecil cermin compact powder.

Mei 29, 2006 4:01 PTG

 
Blogger Mohd Yussof Ibrahim said...

Menafikan sesuatu yang hak itu zalim!

Syabas, En. Naga. Anda tidak zalim!

Mei 29, 2006 4:49 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Zizie. Moluska, SetanJambang,Mulan,
Sesekali aku mahu bersikap keji - ta'kan tak boleh? Ha ha.

Mei 29, 2006 4:50 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

aku dah agak dah, sure akan ada part yg dia tambah, sebab lawannya seorang awek...

Mei 29, 2006 5:32 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

"nak kena angkat tangan ke bang?"

tajuk itu membuat aku berfantasi macam-macam ekekekekekeekkek

Mei 29, 2006 6:29 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ontah,
Ha ha.

Dug,
Choi!!!!

Mei 29, 2006 6:37 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

saya tertanya-tanya sendiri kenapa di restoran Fatimah? Apakah Fatimah Ahmad yang akan mempengerusikan mesyuarat. Bagusnya jika ada Fatimah.

Mei 29, 2006 9:47 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

"eh, eh. encik naga buat entry pasal akulah." saya. dalam hati .

"eh, eh. ajaibnya... macam mana encik naga tahu aku fikir dia handsome* ek?" saya. dalam hati juga.
(kata-kata ini juga ditambah sebagai aksesori untuk mencantikkan komen ini. hohoho)

ceh jones, tak habis-habis lagi ketawa kamu?
mengata orang sewel pulak lagi tu.
abdullahjones kejaaaaammmmm!!!

*makhluk ciptaan Allah semuanya kacak-kacak dan cun-cun giler belaka.

Mei 30, 2006 2:20 PG

 
Blogger Rie said...

hahahhahahaaa di buli lagi..

Mei 30, 2006 11:53 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

bro naga, kau hensem yer?

Mei 30, 2006 1:11 PTG

 
Blogger pakbear said...

tiba-tiba ada suatu perasaan mencair dan mengalir dalam hatiku. kadang-kadang pahit, kadang-kadang rasa pedih.

cemburukah itu?

bukan. gastrik!

Mei 30, 2006 2:57 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

ahahahahaha

aj : perencah adidas, HAHAHAHAHAHAHA

Jun 03, 2006 10:08 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home