"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 Mei 2006

Selamat Hari Gaji dan ada ketikanya anda tidak perlu berkongsi...

Haslina beritahu aku, dia tak sempat nak baca buku Ayah Kita Bos, kerana 'housemates' dia tengah pinjam baca.

KOMA

Remmy beritahu aku, dia masih tak dapat baca buku Ayah Kita Bos, kerana bini dia tengah baca dan tengah gelak-gelak.

Aku beritahu Remmy, kenapa dia tak beli lebih, sepuluh naskhah ke dua puluh naskhah ke... Jadi, dia tak perlu ambil angka giliran lagi. Ha ha.

KOMA

Dr Tuti beritahu aku, dia masih belum berkesempatan untuk menghadam habis buku Ayah Kita Bos dari kulit ke kulit, kerana buku tersebut selalu berpindah milik, dari satu anak kepada satu anak yang lain, alahai!

Aku beritahu Dr Tuti, kenapa dia tak beli lebih, sepuluh naskhah ke dua puluh naskhah ke... Jadi, dia tak perlu ambil angka giliran lagi. Ha ha.

Dan.

Dr Tuti beritahu aku pula, “iye tak iye juga ye!”

NOTA EMPUNYA BLOG: Ketika entri ini sedang ditulis, si Ein berlari ke bank, seraya berkata, “bang naga, saya chop AKB satu ya!"

19 Comments:

Blogger Nazri said...

Tu satu,

Satu lagi sindrom:

"Alah, memember, ko kasi free kat aku satu. Memember pon nak berkira ke"

"Ko tak kasi free aku tak baca"

Jadi kat aku.

Sudahlah menjadi penulis susah nak kaya, kawan-kawan pulak macam ni 'phe el' mereka. Wohoho!

vovin

Mei 25, 2006 11:41 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Puan Tut,
Buku AKB tu sesuai ke untuk bacaan anak-anak (remaja dewasa)?
Ha ha.

Mei 25, 2006 11:41 PG

 
Blogger Rie said...

AKB

"untuk anak-anak berwajah dewasa sahaja"

Mei 25, 2006 11:49 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Vovin,
Ha ha. Sabar dude, sabar!
Susun strategi pemasaran molek-molek! :)

Esis,
Ha ha. Pandai ler kau buat fatwa!

Mei 25, 2006 11:57 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Entry yang sarat dengan mesej dan berbau promosi ni...

hehehe..

Mei 25, 2006 12:34 PTG

 
Blogger Pandang Dengar Diam said...

yer lah sama pendapat ngan blackpurple....terpengaruh jugak nih....

Mei 25, 2006 1:31 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp, Cua,
Why walk when ya can fly?
Ha ha.

Mei 25, 2006 2:06 PTG

 
Blogger Ron97 said...

masa kau mogok blog. dulu.
memadam entry entry hobi hari hari.
buku kau tak lengkang dari tangan

kini
masa kau menghobi update blog
tanpa mengira masa dan idea.
buku tu aku lempar di tray OUT.
:D

Mei 25, 2006 2:49 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ron,
Ok, Aku akan mogok blog semula!

Mei 25, 2006 3:04 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tojit,
Ha ha. Nak berjimat kot... Sebab, minyak pun dah mahal la ni. :)

Mei 25, 2006 6:29 PTG

 
Blogger wasabe said...

Nasib baik aku ada seorang kawan yang baik hati. Selepas dia selesai membaca AKB, terus dipasnya pada aku. Jimat duit aku. Esok2 aku beli buku lain, aku pas kat dia plak...

Mei 25, 2006 11:21 PTG

 
Blogger Unknown said...

"untuk AKB, harga RM20. jika pos RM20+3. bank in dlm akaun *********** atas nama G****** B*****." via sms tok rimau

"ok. kejap lagi saya pergi bank in. dan akan dtg ambil sdiri. nak jumpa tok" via sms gitartong.

"kalau dtg ambil sdiri, tak perlu bank in. cash and carry" via sms tok rimau

"Ooo.. ok. jumpa di mana?" via sms gitartong

"Jumaat di masjid UTM dan lunch di arena" via sms tok rimau

"jumpa di masjid. berkat" via sms gitartong

"ok" via sms tok rimau

pss.. sampai ke hari ini tiada sesiapa pun yang berebutkan buku itu dengan saya. kenapa entah?

Mei 26, 2006 12:39 PG

 
Blogger tuan tanah said...

AKB sudah saya balut molek-molek. siap cop nama dan alamat lagi.

si peminjam pun dah puji, "eh...eh... cantiknya buku ni akak balut."

Mei 26, 2006 5:10 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Kalau aku jadi pirate, maka aku akan kata, "eh... apa susah-susah, bak sini nak fotostat, jimat RM23"

"Muahaha...muahaha", gelak jahat.

Psss... aku bukan pirate, cuma menyelami perasaan pirate.

Mei 26, 2006 8:05 PG

 
Blogger Papa said...

aku nak beli juga...nak minta ahsuez kirim kat aku heh!ahsuez..ahsuez...

Mei 26, 2006 8:44 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Wasabe,
Pinjam meminjam amalan mulia. Dan, dunia ini pun cuma pinjam-pinjaman. Allahualam!

Gitar,
Untuk khutubkhanah sekolah - tak tambahkan dengan AKB ke? Ha ha.

Tanah,
Terima kasih kerana beli dua naskhah AKB dan 2 naskhah JJ!

Khal,
Kau mahu dicetak rompak - sila beritahu wartawan akhbar! Aku mahu glamor. Ha ha.

Bai,
Ok. :)

Mei 26, 2006 9:02 PG

 
Blogger ontahsapo said...

Dgn Bangga! Saya dah baca dan ingin sewakan buku AKB... siapa nak sila hubungi...skrg sedang layan JK.

Mei 26, 2006 10:59 PG

 
Blogger mariahsj said...

Tengah baca AKB, tak habis-habis lagi. Sama macam ketawa tak habis-habis ketika menyelak helai demi helainya. Baca lagi dari ofis kemudian berpindah ke KL Central sambil tunggu anak. Ketika baca di KL Central, sambil sambung ketawa seorang tak habis-habis...ramai pulak penonton melihat hairan.Balik ke rumah, sambung baca dan ketawa lagi, anak-anak pula yang pelik. "Power" search san dan anuaro zeng...,labu san yang hamil dan Miyuki yang comel. Sebuah karya yang kelakar dan mencuit sambil melibas. Alrighhttt..sinaganaga dan tuk rimau...oittt.

Mei 26, 2006 10:56 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kak Eton,
Ha ha. Ketua Bahagian Majalah dan Editor D. Sastera tak beli lagi! Ha ha.

Mei 28, 2006 11:39 PG

 

Catat Ulasan

<< Home