"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

02 Jun 2006

Sama tapi tak serupa

Malam itu. Di suatu musim bunga. Dinginnya tak seberapa. Cengkerik di Toyama asyik berlagu asmara.

Kami anak-beranak di ruang tamu. Miyuki berkemeja polos lengan panjang dan berskirt motif bunga kecil-kecil. Berstoking warna kulit seperti selalu-selalu. Gincu warna 'momo' di bibirnya telah lama hakis. Nasi berkanji, ikan 'ayu' panggang, terung bakar, jeruk buah teratai, sup 'miso', telur rebus yang diukir sepeti kelopak bunga, dan teh Jepun telah siap terhidang di atas 'kotatsu'.

"Ha ha ha ha ha!" Mereka ketawakan aku. Macamlah mereka baru saja tahu yang kehidupan ini bukanlah selebar daun pudina.

"Kenapa?" Aku.

"Di sini, kami cicah telur rebus dengan garam, bukan dengan 'soyu'!" Mak Miyuki.

Aku capai telur rebus yang kedua. Lalu mencicah dengan garam. Dan... Ngap! Ya ya, sama rasa tapi tak serupa cara.

"Uuuuuh! Siapa kentut bau telur niii?" Miyuki.

*Senyum* Perlukah aku angkat tangan tinggi-tinggi?

33 Comments:

Blogger jiGOMorrison said...

Bila lagi kita nak ngeteh di tempat yang maggi gorengnya sama tapi tak serupa itu?

Jun 02, 2006 11:06 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Jig,
Bila? Setelah dapat keuntungan AKB sen yang pertama kot, ntah! Ha ha.

Jun 02, 2006 11:21 PG

 
Blogger supersomething said...

jangan angkat... nanti bau peluh ketiak tu merebak semerbak ke segenap ruang... :D

Jun 02, 2006 11:22 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Bro Jig & Nag,

Tak yah tunggu untung AKB, aku boleh cover asalkan gaji nanti ha ha ha ha

Jun 02, 2006 11:26 PG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kau makan telur rebus?jadi kau lah yang kentut hari tuh ya?haha?tak sangka betul aku.

Jun 02, 2006 12:10 PTG

 
Blogger Abu Irfan said...

Di fatimah, telurnya wangi-wangi. Hhahha.

Jun 02, 2006 12:34 PTG

 
Blogger Korakora said...

amir, aku kira orang laki tak suka telur.

Jun 02, 2006 12:35 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Takkan setakat senyum saja untuk mengaku kentut berbau bang....?

hehehe

Jun 02, 2006 12:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Som,
Ok ok, aku tak angkat tangan tinggi-tinggi.
Ha ha.

Dug,
Hari gaji lambat lagilah!
Pergh! Chiau chiau mo ciau chiau lee!!!

Semut,
Kalau kat rumah Miyuki - aku tak boleh nak berak.
Ha ha.

Amir,
Minggu depan kot kita makan telur wangi-wangi tu. :)

Nota,
Orang lelaki tak suka telur? Aaaa, *blur*, aaaaa, betul ke?

Jun 02, 2006 12:49 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

ahahahahahaha

Jun 02, 2006 3:21 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

bau telur...?

Jun 02, 2006 3:37 PTG

 
Blogger Ron97 said...

kenapa mesti cicah garam atau soyu
masa kecik kecik hang pi kenduri dulu
sampai satu para bunga telur ko kupas telan

Jun 02, 2006 3:38 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Jun 02, 2006 4:52 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

tunggu aku dapatkan barang yang kita perlukan tu, baru kita ngeteh di tempat yang maggi gorengnya sama pinggan tapi tak serupa isi itu?

Jun 02, 2006 4:54 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Lelaki dan telurnya.... hummm...

Ehh... lelaki dan telur rebusnya.... hummmm......

Kisah biasa, kalau kentut mesti lelaki.

Pss.... garam yang hang cicah tu garam kasar atau halus?

Jun 02, 2006 5:04 PTG

 
Blogger Naim said...

tuyu itu kicap. 'soyu' itu apa? macam mayonis?

Jun 02, 2006 5:47 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

naga,
kalau saya miyuki. memag saya suruh kamu angkat tangan tinggi-tinggi.

Jun 02, 2006 8:24 PTG

 
Blogger zizie ali said...

terkenang lirik 'dang dang dut' dendangan benjamin.s: "kentut perawan...bunyinya nyaring"

Jun 03, 2006 7:12 PG

 
Blogger SM said...

Naim. Kicap tu...tuyu ker toyu?
Ketika di perantauan dulu, junior saya (orang Kedah) beli kicap bila saya suruh dia beli toyu.

Jun 03, 2006 8:28 PG

 
Blogger Sayuti said...

kentut busuk.

Jun 03, 2006 7:24 PTG

 
Blogger Unknown said...

kat jepun, ada telur pindang?

Jun 04, 2006 9:25 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Cicah Telur dgn daun pudina agar kentut lebih segar.

Jun 04, 2006 10:25 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Binjai, Ontah, Ron,
Ha ha.

Khal,
Garam halus. Sangat sangat halus.

Naim,
Kicap kot, ntah.

Tanah,
Kau macam nak ganti Miyuki je...
HA HA HA HA HA!

Zizie,
Ha ha.

SM,
Selamat datang pendatang baru dalam dunia blog.

Sayut,
Kentut mana ada wangi,
Gitar,
Ntah, tk ada kot.

Rimau,
Cadangan yang baik. Aku akan cuba.

Jun 04, 2006 3:19 PTG

 
Blogger Sayuti said...

encik naga,
ada kentut wangi. kentut bini.
haha

Jun 04, 2006 10:22 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Naga,

Di Seberang Takir, semua makanan boleh dibuat dengan rasa telur.

Malah, air suam pun boleh rasa telur.

Yang penting, kau kena ada telur.

Apa? kau ingat seberang takir rumah orang2 tua?

Jun 05, 2006 11:09 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Kalau tak bagi aku tinggal di Seberang Takir, tak apalah! :(

Sayut,
Kentut bini siapa yang wangi tu?

Murai,
Ha ha.

Jun 05, 2006 11:45 PG

 
Blogger Pandang Dengar Diam said...

kalau anda gembira begini lah caranyer kalau anda gembira kita kentot!

Jun 05, 2006 12:17 PTG

 
Blogger doff said...

mesti miyuki selalu tersedak kan?
naga miyuki
miyuki naga
tanaga
hmmmmm hek hek hek

Jun 05, 2006 3:38 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Oit Pak!

Update dong...

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Jun 05, 2006 4:31 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Buk,
Aku sengaja mao bermalas-malas ini minggu.
Kamu update blog ini sendiri atau ngomo-ngomo sesama sendiri aja dahulu deh! Ha ha.

Jun 05, 2006 5:58 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

"cengkerik berlagu asmara.."

Di Osaka, 'cengkerik' menyanyikan lagu rentak hip-hop.

Jun 05, 2006 9:58 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

telur pindang hanya ada di johor. kalau sampai di negeri lain, mesti org johor yang turunkan ilmu.

nyam nyam. baru lepas makan telur pindang. org johor kirimkan anaknya kawin.

Jun 06, 2006 7:08 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

megi telur mata aaa.. kita makan megi telur mata hehehehe

Bro Jig the moderator, kamis malam jumaat ni kita ngeteh, amacam???

Jun 06, 2006 11:22 PG

 

Catat Ulasan

<< Home