"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

07 Jun 2006

Kebab

Kuala Lumpur 1980-an (separuh masa pertama)

Dulu.

Kalau berlenggang-kangkung di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Berhadapan dengan panggung Coliseum. Dua puluh langkah dari Emporium Selangor (kini kedai menjual perhiasan lampu). Betul-betul di penjuru sebelah kanan Kamdar. Kau akan ketemu gerai ‘brother’ berserban sederhana besar, berkurta polos warna putih, ber‘vest’ singkat warna gelap, berseluar kembang macam Aladin, berselipar macam Aladin juga, bercelak di bawah kelopak mata, berjanggut tanpa kumis… Yang menjual daging panggang dihiris nipis-nipis dan diletak di celah belahan roti.

“Brother! Bagi *kebuk satu!”

“Hey, apa daa kebuk… Kebab daa!”

“Ooo…”

Ini gerai menjual kebab yang pertama di Kuala Lumpur. Kalau tak silap aku.

Dulu.

*kebuk: 2. sj kepuk yg mengandungi piston atau omboh (pd enjin kereta).

34 Comments:

Blogger kingbinjai said...

rasanya pernah beli kebab disitu 6 tahun dulu. sedap.

Jun 07, 2006 8:41 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Binjai,
Abah kau bawa kau makan kebab kat situ ek dulu?

Jun 07, 2006 8:55 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Itu kebab Ahmad Albab yang punya.... ha ha ha.....

Pss... kebab enak sekali. Tapi di sini tiada kebab yang tiada tandingan. Yang banyak adalah tandoori dan nan.

Jun 07, 2006 8:58 PG

 
Blogger rudy bluehikari said...

skrg kebuk melambak lambak.kebuk mana yang sedap? ada cadangan?

Jun 07, 2006 9:29 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Khal,
Itu kebab Ahmad Al-Kebab yang punya! Ha ha.

Rudy,
Kebuk? Kebuk kena tanya Cikgu Nordin Seni Perusahaan (kaji sawat)!

Ayis,
Uwaaaaah! Gerai kebab tu masih di tapak yang sama? Uwaaaahhhh!!! Eh, apa nama gerai tu? (Tadi kau dah cakap... Aku dah lupa lak dah...)

Ini sudah hebat! Aku kena pi beratur juga ni...

Jun 07, 2006 9:46 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Murai,
Ada kawan tak bagi aku agung-agungkan roti croissant (kerana fakta sejarahnya, allahualam bissawab)... Jadi aku panggil, "dik, kebab ayam dalam roti bulan sabit, dua... aaa, cheese taruk lebih!"

Jun 07, 2006 9:49 PG

 
Blogger Korakora said...

naga, itu sebenarnya shawarma. bukan kebab.

kebab: daging kambing panggang dgn rempah khas. dimakan bukan dengan dimasukkan ke dalam roti. tapi cubit roti dan cubit kebab.

Jun 07, 2006 10:34 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nota,
Betul, betul, kau betul! Aku baru bincang dengan 'member', itu SHAWARMA, bukannya KEBAB. Tapi, dah 'brother' tu kata KEBAB, kami belasah panggil KEBAB le juge nye... He he.

Jun 07, 2006 10:47 PG

 
Blogger Unknown said...

sinaga...fuh ganasnye nama tp kalau sinaganaga dah mcm terrrr manja la plak hehe.

saya melompat dr blog TOK RIMAU!

kEBAB ayam? sodapp!

senang2 dtglah ke blog saya.

Jun 07, 2006 11:06 PG

 
Blogger red said...

eh?! ada lagi ke brudder kebab tu? dedulu selalu gak gie...

bro,
kalo ko beratur nak beli kebab, eh, shawarma tu...bungkus aku dua, sos lebih, sayur lebih...

pah tu...kita lepak kat mana eh?

Jun 07, 2006 11:23 PG

 
Blogger ontahsapo said...

kat opis kak wa...

Jun 07, 2006 11:25 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau bulan puasa macam2 jenis kebab boleh dapat. Ada panjang, ada leper, ada lonjong.... hehehe

Jun 07, 2006 11:43 PG

 
Blogger aneez said...

aku peminat setia shawarma kt situ, yg plg sedap penah aku rasa....hmm, entri hari ni betul2 buat aku lapar...

Jun 07, 2006 11:45 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

Jauhnya aku nak pergi beratur... nantilah aku wat entry pasal makanan penang, biaq hampa plak telan liuq!

Jun 07, 2006 12:07 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Bro Red, Mop,
Kalau ngidam nak makan kebab/shawarma di gerai 'the brother' -
FIRST, kau kena masuk KL,
SECOND, aku dah suruh Ayis pergi servey, Ayis kata, "jom, kita pergi makan kebab beramai-ramai tapi hari ni aku tak ada di KL..."
THIRD, gi parking kat belakang bangunan KWSP, kita gi tapau kebab, dan makan kat parking lot tu...

Halo,
Ya ya. Aku bukan saja MANJA, tapi HANDSOME dan SEXY juga. Ha ha.

Ontah,
Ok, ajak akak kau makan kebab sekali weh!

Purp,
Tak payah tunggu bulan puasa... Turun KL, kita gi makan kebab hari ni gak!

Aneez,
Ya ya, betul betul, memang sodappppp!!!!

Jun 07, 2006 12:12 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
Meh le ke KL! Ajak Khal sekali... Boleh tumpang MatJan naik bas.

MatJan,
Welcome to KL. Selamat menjalani 'ibadah' di kota mobilopolis ini. Dengan pesanan, "Hidup ini umpama rolekoste dan tidaklah sesegar daun pudina pun!"

Jun 07, 2006 12:53 PTG

 
Blogger Unknown said...

saya lebih tertarik dengan pakaian yang di pakai. agaknya dialah pelakon filem laila majnun(1962) tak?

dubuk: binatang macam anjing tu, yang suka makan bangkai.. haha!

Jun 07, 2006 12:54 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

nyam nyam nyam...

Jun 07, 2006 1:40 PTG

 
Blogger anonymous said...

Kenapa aku tidak pernah terfikir untuk mencuba kebab? Selalu saja aku laluinya tanpa sekelumit jelingan sekali pun. Mungkin aku patut berubah. Betulkah "Human is a creature of routine." (Anonymous)? Entahlah!!!

Jun 07, 2006 2:35 PTG

 
Blogger Anonymous said...

yang membuatkan aku tak suka datang blog kau....

sekarang aku kena panggil Shawarma laa pulak!

Tak nak..aku nak panggil kebab jugak! tak kira!

Kau ingat budak2 muda rambut panjang berniaga pasar malam jual kebab tahu istilah apa? Shawarma? Senggama?

"bang! Kyros pun panggil kebab la bang!" -budak muda rambut panjang berniaga pasar malam.

Jun 07, 2006 3:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Gitar,
Ha ha. Ya ya, pakaian 'brother' memang bergaya. Macam Aladin. Ha ha.

Dug,
Nyam nyam nyam wak luuuu!!!!

Hill,
Cubalah rasa sekali-sekala!

Po,
Aku pun tak kira... Aku pun nak panggil makanan tu kebab juga. Ha ha.

Jun 07, 2006 3:31 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Sedap nama Shawarma tu. Bini mengandung boleh simpan nama ni, Siti Nur Shawarma. Kalau lelaki Mohd. Shawarma Danial ekekekeke

Jun 07, 2006 5:24 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Dug,

Baik-baik...jangan silap letak nama anak Siti Sperma la pulak.

Nanti cikgu nak panggil nama ambik hadiah susah!

Jun 07, 2006 5:34 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

dude,

aku google aku yahoo benda ni gambar dia hampir sama je..

kita tunggu apa kata DBP, itu pun kalau DBP baca blog Naga bwehehehehe

Jun 07, 2006 5:37 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Nama SHAWARMA tu Bukunota yang beritahu. Kita kena percaya dengan Tok Kadi dari Mesir ni, dug!!!

Po,
Nama kawan aku - Sivamorthy a/l Sudararajah. Susah gah cikgu nak panggil nama dia semasa dia 'dapat amek hadiah'! Ha ha.

Jun 07, 2006 5:46 PTG

 
Blogger zizie ali said...

di tempat aku. tak ada penjual yg hanya jual kebab saja. signboardnya mesti: "kebab dan roti john"

Jun 07, 2006 6:32 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Pak...aku belum miliki buku Ayah Kita Bos itu..:-(

Kamu mau kirim untuk aku ya?

:-)

Nanti, gue email deh address gue :D

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Jun 07, 2006 9:07 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Buk,
Tentang buku AKB - Bapak Rimau yang berjanji mao ngirimin ke sana. Barangkali mungkin ada kesulitan. Apapun, nanti2 aja aku bincang sama dia ya!

Elu emel dulu addres surat menyurat elu sama gue!!!

Jun 08, 2006 8:39 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

1st time aku tengok kebab kat stesen PUDURAYA.

Jun 08, 2006 9:02 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Bunda!

Itu Dr. Nurul tak mao AKB, nanti Rimau boleh kirim satu kali.

Jun 08, 2006 9:07 PG

 
Blogger mariahsj said...

Sinaganaga..Kak eton nak juga tumpang sekaki. Tapi tanpa bawang tau...Kirim je...

Jun 08, 2006 12:26 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau,
Kau pernah tengok kebuk tak?

Dug,
Dr. Nurul? Siapa lak ni?

Ayis,
Azura Salleh ke? Aaaa, x-gf aku tu ke? Ha ha.

Wa as,
So, ta'kan takde majlis beramah mesra bersama-sama tauke kebab kot ha ha!!!!

Ka Eton,
Kirim? Aaaa, boleh boleh... BOLEH BLAAA!
Ha ha.

Jun 08, 2006 12:58 PTG

 
Blogger rasso said...

kebab enak dimakan dengan roti gardenia...hahaha

Jun 08, 2006 2:47 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

oit bang Naga,

Dr. Nurul tu kawannya Bunda aaa

buat2 tak kenal lak ekekekeek

Jun 08, 2006 5:53 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home