Kompleks pertama
Kuala Lumpur 1970-an (separuh masa kedua)
Dulu.
Kami. Anak-beranak. Tinggal menyewa di Bukit Belacan, Lembah Jaya, Ampang.
Belacan? Oh maaf, tiada perusahaan membuat belacan Melaka atau belacan Penang di sini! Yang ada, cuma… Suasana pagi yang dingin. Udara yang nyaman. Dan. Sungai yang suci lagi menyucikan. Ya ya. Anak kakak aku, Siti Hatikah, yang lasak macam jantan itu, suka berak di sungai ini. Ha ha.
Dan. Kalau kau teka. Kompleks Pertama (1976) adalah kompleks beli-belah yang pertama di Kuala Lumpur – kau salah, beb!
Ampang Park (1973) adalah yang pertama.
Dan. *Restoran makanan segera suka-ramai, McD, yang pertama (1979?), kalau tidak silap aku, di seberang jalan, betul-betul berhadapan dengan Ampang Park.
Dulu.
*Kini, tapak stesen LRT “Ampang, Park! Ampang, Park!” Kata Yasmin Yusuf.
35 Comments:
Pertama adalah kompleks belibelah pertama kutu melayu. Ampang Park kutu cina kontrol. hahah.
Jun 08, 2006 10:03 PTG
oooohh.. baru tau..
Jun 08, 2006 10:27 PTG
di kalangan budak-budak sekolah dulu kompleks pertama dan kotaraya paling popular. Sebab mudah dikunjungi. Bas mini 36 atau 52 dari Cheras.
Jun 08, 2006 11:49 PTG
Pertama kali aku beli radio, aku beli di PERTAMA. Radio double deck Sharp untuk dubbing. Aku buat kaset koleksi lagu-lagu sebak sempena aku di juring oleh awek aku yang pertama.
Jun 09, 2006 10:08 PG
dah lama aku cuba mencari buku2 sejarah yg mcm ni, tapi takder...kira mcm orang yg mula mula membuka ampang...
Jun 09, 2006 10:21 PG
Jones,
Kutu Cina pun ada ke? Ha ha.
Amyz,
Ooo... Ha ha.
Kunci,
Kompleks Kota Raya? Ooo... tu kendian tu!
Rimau,
Sila senaraikan lagu-lagu sebak yang kau telah dubbing dengan double dack jenama Sharp itu!!!!
Aku nak check sama ada lagu Peristiwa Semalam - Blues Gang tersenarai ke tak.
Ha ha.
Jun 09, 2006 10:26 PG
Ontah,
Orang yang mula-mula meneroka Ampang ialah tauke Lam Pang Pang! Entah bila huruf 'L' itu gugur - tak tahu pula ku.
Ha ha.
Jun 09, 2006 10:28 PG
Okey, restoran mamak pertama kat KL?
anyone?
-vovin
Jun 09, 2006 10:41 PG
Tabik Abang Naga, blog sejarah tempatan terpendek ha ha ha
Aku suka... aku suka.
Oh ya, kompleks beli-belah pertama tu guna tandas pam atau tandas curah?
Jun 09, 2006 10:42 PG
Dulu
Dari sekolah.Hari Sabtu lepas kena dera dengan Sjn Leman. Atau.Cikgu Arifudin.
Kalau nak nonton wayang.Ramai ramai keluar pekan.Pakai baju hijau daun pisang.
Naik bas Tong Fong 123.Boleh pilih nak turun kat mana.
Satu.Panggung Majestic yang banyak menayangkan filem 13sx.
Dua.Capitol atau Cathay di Jalan Bukit Bintang.
Tiga.Rex.
Empat. Turun di Jalan Silang dan berjalan ke Coleseum atau Odeon di Jalan TAR.
Lima.Kalau nak lebih adventerous.Boleh terus berjalan ke Jalan Chow Kit. Ada panggung Pavillion di sana.
Enam.Kalau mahu lebih jimat. Kau akan terus berjalan. Sehingga ke Segambut. Singgah makan dirumah Pak Hussain. Boleh tengok cerita "Space 1999", "Lost in Space", "Buck Rogers".Santai dan percuma!
Dulu.
Jun 09, 2006 11:10 PG
Aku tidak pernah suka Ampang Park. Gelap macam berhantu.
Jun 09, 2006 11:20 PG
Vovin,
Restoran Bilal di Jalan TAR.
Dug,
Tahun ini aku mau rebut gelaran Weblog Berinfomatif Sesegar Daun Pudina 2006.
Ha ha.
Dakwat,
Wowwie, spookynya!
Siapa ek kau ni?
ARU? Kau ARUlaye ek? Ha ha.
Usop,
Kalau bukan si ARU - RASHID BULAN!
Jun 09, 2006 11:21 PG
Ampang Park.. tempat pertama kali aku belajar main game keta lumba...
Jun 09, 2006 12:01 PTG
haha.. nostalgia.. kecik2 dulu pakcik selalu bawa mandi manda di bukit belacan. agaknya dah tak boleh mandi sekarang. oh! bas mini 36, 52, tong fong 123.. rindu daku pada cheras..
Jun 09, 2006 12:29 PTG
Naga, Campbell Complex kut yang pertama. Campbell terbakar tahun '75. KFC pertama di Jalan TAR sebelah Modern Silk Store depan Coliseum.
Jun 09, 2006 2:41 PTG
Ramb,
Kat tingkat paling atas, Ampang Park, ada taman tema, kereta langgar-langgar.
Gitar,
Ha ha.
Keng,
Aku dah check. Campbell jatuh tempat nombor 2. Dan Campbell terbakar bukan tahun 1975. Antara 1978 - 1979.
KFC yang pertama sebelah Modern Silk Store? (bukan Globe Silk Store ke bang?) - bukan kat sebelah Satey Ria ke? Ha ha.
Jun 09, 2006 2:52 PTG
Dulu, Ampang Park ada panggung wayang kan...
Dulu, lepas lepak2 kat Pertama gi makan2 kat White Castle kat Jln T A Rahman tu..... sekarang WC takde dah....
Nostalgia.....
Jun 09, 2006 4:19 PTG
haha.. tahun-tahun yang tersenarai itu.. aku masih belum ke dunia.. entah-entah orang tua aku pun masih belum berjumpa..
Jun 09, 2006 7:27 PTG
yasmin yusof? aku kenal.aku kenal.
Jun 10, 2006 1:38 PG
wahhh... saya belajar sejarah hari ini.
Jun 10, 2006 7:31 PG
ya! saya pung!
Jun 10, 2006 8:51 PG
pertama kompleks aku tak suka sgt. ramai kawan2 aku kena "pau". ramai ke penge"pau" kat situ dulu.
Jun 10, 2006 10:13 PG
waa.. sate ria. kecik2 berebut-rebut makan sate ria.
haa.. kfc pertama mmg dekat sebelah globe silk store.. jln tunku abd rahman. sate ria pun dekat2 area tu gak..
waa.. nostalgik nyaaaa...
Jun 10, 2006 6:15 PTG
bukan zaman saya ni. sungguh klasik.
Jun 10, 2006 6:43 PTG
dulu kalau keluar kl, cuma ada Ampang Park & Pertama. Lepas tu Batu Road Supermarket, Wilayah Complex.
Jun 10, 2006 7:23 PTG
ampang park? 1973?
saya belum lahir 'abang' naga...
Jun 10, 2006 11:05 PTG
nasib baik bukan jurasik park... kalau tak dilanda dinosor.
:) sempat singgah muzium dekat dataran merdeka. masuk percuma.
Jun 11, 2006 5:29 PTG
Roman,
Jurasik Park?
Ya ya, Jurasik Park letaknya tidak jauh dari pejabat Ayis. Ha ha.
Jun 11, 2006 6:48 PTG
Dulu.
Kau pernah menonton wayang percuma di dewan besar?
Bagi aku filem Carrie amat "spooky".Dan.Perjalanan balik dari dewan besar ke"dorm" engkau, dan Aru, dan Rashid Bulan, dan Usop, dan Ayis, terasa amat jauh!
Dulu.
Jun 12, 2006 10:52 PG
nak bagi tau..
fast food yg pertama kat mesia ialah A&W iaitu kat Taman Jaya, PJ..
Jun 12, 2006 1:56 PTG
Bukan Bidadari,
A & W tersebut pernah menjadi latar filem yang dilakonkan P. Ramlee. Signboardnya pun tulis tangan saja... :)
Jun 12, 2006 3:14 PTG
aku sedang menunggu terbitnya buku sejarah yang mampu membuatkan aku membaca lebih dari 3 perengan.
kau mungkin berjaya
aku - ron97
baru pulang dari kenduri kawin bukan khatan. hahaha
Jun 12, 2006 4:36 PTG
dulu office aku depan ampang park kalu bulan pose sng smuggle makanan hehehe
Jun 12, 2006 4:45 PTG
First McD sebenarnya kat Yow Chuan Plaza, lowerground 1984, lepas tu tutup, bila McD Ampang Park lebih maju.
Depan Ampang Park ada Lorong Binjai, berderetan warung. Pada 1989 Nasi Ayam RM1.80.
Bas Sri Jaya, sejam sekali lalu kat sini dari Zoo, Ulu Kelang.
Jun 12, 2006 6:33 PTG
restoren mamak pertama kat kl - Kassim Restoren. bukan Restoren Bilal. kalau restoren paling panjang jangka hayat mmg restoren bilal sebab kassim restoren dah tutup sebab anak-anak rebut harta
Jun 12, 2006 11:15 PTG
Catat Ulasan
<< Home