PaWaGam (Panggung Wayang Gambar)
Kuala Lumpur 1980-90an
Purple Rain (1984) ‘main’ kat Odeon. Kerana tak punya banyak duit, kami beli tiket kelas dua sajalah. Nanti duduk depan, tiga baris dari layar. Ha ha.
Duit berbaki $2.00. Kami beli air cincau kotak + kuaci cap helang dari nyonya “airkotaktinsejukbolehmasukpanggungwayanggggg!” yang berjualan di hadapan pawagam.
Tahun-tahun kemudian, pawagam di KL tutup, satu persatu…
Pavilion (1935 - 1996). Odeon (1936 - 1997). Coliseum (1939 - masih beroperasi). Capitol (1947 - 2000). Federal (1940an - 2001). Cathay (1950an - 1990an). Sentul (1970an - 1984). Rex (1976 - masih beroperasi). Lido. Majestic.
Madras (Menurut sumber, pawagam yang terletak tidak jauh dari pawagam Rex ini terbakar pada tahun 1970an dan tidak dibina semula selepas itu).
Di layar, Apolonia sedang raba dada Prince, “Uuu, kau berbulu macam King Kong!”
Di baris kerusi yang sama, brother yang duduk disebelah aku sedang bukakan paket gajus panggang untuk makwe dia. Nampak macam susah benar...
Praaaaaaaaaak! Gajus panggang bertabur di atas lantai. Dan. Aku rasa macam nak ketawa.
33 Comments:
Dude,
Aku tak masuk opis 3-4 hari. Apa2hal lu sms wa, okay!
Jun 27, 2006 5:13 PTG
pertama kali pi panggung wayang tengok citer sembilu..
sejuk banget..kat coleseoum (eh betul ke ejaan) kat jln TAR tu,pehtu kena panjangkan leher, sebab kerusi sama tinggi
Jun 27, 2006 5:19 PTG
TOA,
Ingat lagi tak, kita gi tengok filem JEJAK BERTAPAK kat Coliseum. Free! Makcik Sarimah belanja. Ha ha.
Jun 27, 2006 5:21 PTG
kasihan (pawagam kl di tutup)
kasihan (gajus panggang bertabur)
Jun 27, 2006 7:29 PTG
Teringat aku tengok Ninja Turtle dengan abah aku kat panggung wayang dekat petaling street tu. Apa nama dia ntah, lupa.
Jun 27, 2006 8:02 PTG
dude,
tak tolong kutip gajus panggang tu?
haha.
Jun 27, 2006 8:51 PTG
1st tgk cite BAGINDA kat KL...ntah apa namanya ntah pawagam tu...
Jun 28, 2006 1:56 PG
wah... ada sejarah panggung-panggung wayang di malayalah...
takkan ditemui dalam mana-mana buku sejarah.
Jun 28, 2006 6:07 PG
Aku pun nak cerita sejarah pawagam di Tanjung.
Ada Cathay, Rex, Odeon, dan Dalit yang agak baru ketika itu.
Ada beberapa lagi panggung yang tidak terkenal seperti di Chowrasta dalam KOMTAR.
Sekarang?
Cineplex bermaharajalela.
Jadi tak adalah budak penghantar filem seperti cerita Janji Joni.
Jun 28, 2006 9:04 PG
Purple rain.
Filem muzikal yang amat membosankan kecuali motosikal Prince yang juga bewarna Unggu.
"never meant to cause u any sorrow
never meant to cause u any pain
hu huuu
only one time to see u laughing
only wanna see ya laughing in a purple rain
purple rainnnn
purple rain."
Filem Pawagam pertama aku adalah Star Wars dude!
Jun 28, 2006 9:42 PG
bukan rasa macam nak ketawa la memang nak ketawa pun hahahaha
Jun 28, 2006 9:50 PG
Gitar,
Ha ha.
Vovin,
Rex!
SM,
Kau kena cuba, sekali, rasakan 'sesuatu yang tidak pernah dirasai sebelum ini'. Perasaan yang lain, dude! Percayalah!
Kunci,
Ada dua tiga biji 'lepas' ke celah kelangkang aku. Seganlah aku nak punggut. Aku biarkan saja. Ha ha.
Intanzk,
Uuwah, Itote pun gi tengok footloose... Uwaaah! Liza ngan Siti N tak ikut?
Chic,
BAGINDA? Muerekekekekee...
Tanah,
Ha ha.
Khal,
Cineplex tak sama rasa dengan pawagam.
Po,
Aku suka When Doves Cry.
Psst, Ahmad Idzham TV8 pun suka Prince. Ha ha.
Binjai,
Jom ketawa! Ha ha.
p/s: aku singgah opis - laya peminat. ha ha
Jun 28, 2006 10:06 PG
He he he. Sempat tengok kat Cathay Bkt Bintang sebelum di tutup.
Tengok wayang sambil skodeng nih....... he he he..
Jun 28, 2006 10:16 PG
sol jah, perkara mengelakkan orang ko suke eik?? gajus panggang berterabur atas peha tak?
Jun 28, 2006 11:11 PG
tiket pawagam masa tu brp ringgit?
psstttt... aku suka lagu GOD created Women by PRINCE.
Jun 28, 2006 11:37 PG
tengok kat ruby kat seremban cite x masa tingkatan 5. Ada polis masuk check. seb baik tak kantoi bawah umur, ha ha.
Jun 28, 2006 11:51 PG
Orang dulu-dulu masuk wayang macam berpiknik. Dengan popcorn, airkotak, kuaci, burger, buah nenas etc.
Sekarang cineplex kurang pikniknya.
Tetapi.
Jari-jari masih berpiknik.
Jun 28, 2006 12:28 PTG
kenangan beb, pawagam2 tuh!
kaki aku selalu tak muat di ODEON so kalau duduk kena kangkang
tikus lintas kaki aku di REX
family outing pastinya di COLISEUM
kemudian shopping di Jalan TAR
Jun 28, 2006 1:29 PTG
kau usha awek orang ker atau gajus dia...?
Jun 28, 2006 1:33 PTG
aku umur 29 tahun baru kali pertama masuk panggung hehehehe
Jun 28, 2006 4:09 PTG
Purp,
Skodeng/ Ha ha.
Esis,
Aku - benda2 kecil aku lihat besar. Gajus jatuh pun rasa macam komedi kepada aku. Jadi, mana2 perempuan yang nak bahagia sentiasa selalu - gi ler keluar minum dengan aku. Ha ha.
Molus,
3 baris dari skrin = dua hinggit. Ha ha.
Jamri, Rimau, Art,
Ha ha.
Ontah,
Dua dua pun tidak.
Dug,
Teruknya kau.
Mulan,
Teruknya kau. Ha ha.
Jun 28, 2006 7:34 PTG
aku hijrah ke KL masa kebanyakan panggung tu masih ada, merasalah jugak..
p/s kau ingat tak, duluuuuuuu... boleh hisap rokok dlm panggung wayang..
Jun 28, 2006 10:24 PTG
Bluebeard. Wayang pertama saya. Ah Chong (anak tokey panggung) kata: jangan bagi tau mak kamu kita tengok cerita ni. marah dia nanti. dan masuk cepat-cepat bila gelap, takut bapak aku nampak.
Jun 29, 2006 1:18 PG
perkara menarik tentang tengok wayang dulu-dulu (taklah dulu sgt pun..) ~ duduk bersila sbb takut tikus lalu dan takde klafikasi U, 18SG..
perkara menarik tentang tengok wayang sekarang ~ tangan makbapak asyik la menutup mata si anak.
gara2 membawa kanak2 menonton filem dewasa,pernah seorg kanak2 mengajuk ckp awie dlm filem bara. sy pasti semua penonton di dlm panggung tersentak bila mendengar seorang kanak2 yg sy jangka 5 tahun usianya tiba2 menjerit,
"kau pelacurrr!!"
Jun 29, 2006 9:24 PG
gigi ada tak mau pakaiiiiiiiii.
rugi ooo gajus mahal!
Jun 29, 2006 10:45 PG
panggung dulu lantai simen kerusi merah duduk bontot kematu.
air kena pegang. rokok boleh hisap.
Jun 29, 2006 10:46 PG
baru aku tahu apa maksud sebenar pawagam itu.sungguh daif ilmu pengetahuan aku.hiks
Jun 29, 2006 10:50 PG
yO DUde naga!
sape prince? sape apolonia?
dada berbulu? wa x sukeeeee...
Jun 29, 2006 11:40 PG
Amora,
Ya ya, dada aku tak ada bulu, kau suka? Ha ha.
Jun 29, 2006 11:51 PG
GAjus panggang itu apa??
Bunda Shafiya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com
Jun 30, 2006 1:58 PG
gajus panggang = roasted chashew nuts
Jun 30, 2006 5:49 PTG
Naga,
Kamu terlupa Alhambra di Setapak. Nama hebat tapi panggung lekeh.
Julai 01, 2006 7:31 PG
tak sempat tengok Da Vinci Code dekat pawagam. T.T
sekarang sudah kembali ke Selatan.
Julai 03, 2006 1:46 PTG
Catat Ulasan
<< Home