1985: Bangsar Park
Mak tuduh aku penganggur.
Aku kata tidak, freelancer bukan penganggur, walaupun dia duduk rumah – dia ada kerja nak buat, gaji freelancer pada ketika itu $300 seminggu, sebulan dah berapa?, siapa nak kasi duit sebanyak itu?, walaupun dia duduk rumah – dia ada kerja nak buat, freelancer bukan penganggur, aku kata tidak.
Mak suruh aku pergi jumpa Paklang Yassin.
Aku galas beg vinil Dunlop dengan tandatangan John McEnroe. Aku naik bas mini pergi Bangsar. Aku turun di Jalan Maarof; kemudian mendaki Jalan Bangkong dalam hujan lebat. Aku tekan loceng pagar rumah Paklang Yassin. Ding dong ding dong! Diam. Ding dong ding dong! Diam. Ding dong ding dong! Tiada siapa dengar, tiada siapa sambut aku di muka pagar, aku rasa macam pengemis terdesak nak jual sticker bahasa Arab kat keluarga Melayu yang tinggal di kawasan Serani, aku rasa macam nak baling rumah tu dengan molotov cocktail.
Paklang Yassin bagi aku towel. Dan. Horlicks panas. Whore licks? Ha ha.
“Kau nak kerja bank?”, tanya dia, “Paklang boleh masukkan kau. Tapi, kerja kat bank kena pakai kemeja, kena pakai slacks….” Aku diam tak kata apa, aku tuang Horlicks kat piring, aku rasa macam nak jilat-jilat Horlicks kat piring tu macam kucing, tapi aku rasa menyusahkan saja, jadi aku tiup-tiup Horlicks tu hingga sejuk sebelum dicicip.
Malam tu aku gosok jeans lembab sebab kena hujan siang tadi, aku beritahu orang gaji aku nak blah, orang gaji tanya kenapa, aku kata “Mana ada kutu pakai slacks, Mak Mok!!! Tak nak aku kerja bank....”
31 Comments:
Sdr Naga, dalam blog En. Jones ada orang marah2 pada Pengerusi Kelapes!
Semalam saya bawa "Ayah Kita Bos" ke bengkel tatabahasa, saya tunjuk kepada para peserta sebagai contoh bahasa yang sedap dibaca tetapi tatabahasanya tidak ikut buku Tatabahasa Dewan.
Mereka ketawa!
Jun 19, 2006 11:22 PG
naga suka betul baling bom coktail masa ko marah... ko ni agaknya kutu taliban eerrrkkk.
whore licks... uishhhh, anak murid puan ainon dilarang membaca entri ni.
Jun 19, 2006 11:33 PG
Puan Ainon,
Ha ha. Tatabahasa Dewan tu muktamad ke puan?
But, Kamus Dewan pun puan kata tak muktamat. Ha ha.
Moluska,
Itu sebab Puan Ainon masih tak serap-serap aku jadi pengajar tetap di UT.PTS. Ha ha.
Jun 19, 2006 11:56 PG
pn. ainon dan naga:
ada orang baling cocktail sembunyi tangan. tak payahlah kita layan sangat. biarlah dia menyalak sorang diri.
pss..ada sesiapa nampak jones? jones, sila angkat tangan.
Jun 19, 2006 12:43 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Jun 19, 2006 12:59 PTG
Jones, jangan angkat tangan tinggi sangat! Kamu bukan kenal deodoran. Ha ha!
Jun 19, 2006 1:00 PTG
dulu ya.
$300 mmg mewah
dibanding RM300 skrg
Jun 19, 2006 1:00 PTG
hahahahahaha
org yang marah marah itu eloklah kene baling ngan bom coktail tu hahahahaha
Jun 19, 2006 1:27 PTG
wah! kau ada orang gaji!
Kalau tidak, kurang-kurang kau dah setaraf TS Azman sekarang.
Dia dengan unta.
Kau? dengan naga.
Jun 19, 2006 1:41 PTG
dulu aku ingat cam tu jugak...tapi sekarang aku nampak ok gak sekali sekala pakai slacks...
Jun 19, 2006 1:45 PTG
Mulan,
Dua dua. Ha ha.
Zz,
Jones pergi Jerman agaknya. Kat sana tengah panas - lagi banyak ler perempuan pakai baju singkat-singkat kat stadium tu. Ha ha.
786,
Kutu mana kenal odorono. Ha ha.
Ron,
Dulu, walaupun aku tak ada keja tetap - tapi aku kaya. Ha ha.
Binjai,
Ha ha.
Po,
Paklang Yassin yang ada orang gaji tu. Bukannya aku.
Ontah,
Ha ha.
Puan Ainon,
Istighfar je banyak2! Kalau tertekan, pi dengar lagu Dairi Seorang Lelaki. Ha ha.
Jun 19, 2006 1:53 PTG
mana ada kutu streka jeans!!!
hahahahaha
Jun 19, 2006 2:53 PTG
1985?! wah... i was in std 5 betape mudanya aku...dulu.
whore l***s? soljah soljah...u r such a naughty...boy? eh boy lg ke...
Jun 19, 2006 3:05 PTG
Untuk kuliah Public Speaking tahun 1989, tajuk aku:- "How to make a molotov cocktail"
Kutu tak payah pakai jeans la. Tanya Spyz. Dia kutu part time.
Jun 19, 2006 3:10 PTG
kutu juga manusia apa...tul tak?
Jun 19, 2006 3:32 PTG
Tojit,
Taklah! :)
Dug,
Habis... Jeans tu basah... Kau nak suruh aku hair dryer jeans tu ke?
Mora,
Yeah, still boy aaa... You go and ask OP, ask Mulan, ask Jig and Dug and Supai... am still a boy or not... Ha ha.
Limau,
Kutu part time? Muerekekekekekeee....
Ni, kalu Ali tau ni, sure benggali tu pun gelak sama ni... Muereekekekekee...
Cuaca,
Kutu = manusia? Muerekekekekekee... Ada kaa...
Kutu = Tepung gandum dude, tepung gandum!!!! Ha ha.
Jun 19, 2006 3:51 PTG
Sama la. Dulu masa mula-mula pakai slack rasa ringan semacam, macam tak pakai apa-apa..! he he he
Jun 19, 2006 4:12 PTG
ya! ya! freelancer bukan penganggur tapi hidup gaya penganggur yang sempoi. Aku digalakkan berjeans ke pejabat hehehehe dan aku sesuaikan dengan sepasang selipar toilet. Kasut formal tersedia dalam kereta untuk sebarang meeting
Jun 19, 2006 5:25 PTG
Murai,
Ha ha. Selipar aku warna hijau.
Purp,
Ha ha.
Art,
Aku pakai jeans pada hari sabtu dan ahad sahaja.
Jun 19, 2006 6:42 PTG
saya teringat lagu kembara.. ya! Kolar Biru! Naga kolar biru!
Jun 19, 2006 8:38 PTG
Naga, beg vinil Dunlop itu masih ada? Kalau masuk auction boleh jadi harganya melambung naik.
p/s. Kalau ada tandatangan Martina Navratilova lagi melambung-lambung naik nilainya.
Jun 19, 2006 11:25 PTG
zaman 1985 pun kamu tak mau kerja bank?
kawan saya, zaman 2006 pun, berhenti dari kerja bank dan tak galakkan kawan-kawan sepasukan kerja bank juga.
errr... tapi saya yakin dia bukan kutu.
Jun 20, 2006 12:40 PG
wa kutu part time sbb dok hostel.
merana beb.
dengar battle of the band perform kat rtm jb(live) sayup2 je dari dalam dorm.
hampehhh..
camne pun nanti wa post gambar kutu miskin..
ahakss..
Jun 20, 2006 5:53 PG
Kerja bank ni bukan melibatkan matematik dan nombor ka?
Abang Naga yang aku kenal dia tak suka nombor. Tapi kalau di belakang nombor itu ada simbol dollar, rm atau yen dia akan jatuh cinta padanya. ekekekekeke
Jun 20, 2006 8:38 PG
Gitar,
Kutu mana pakai baju ada koler, dude!
Ha ha.
Kunci,
Ha ha. Pekilang dah print siap2 tandatangan tu daa!
Ha ha.
Tanah,
Masa tu memang aku dah nekad nak jadi artis. Laa ni menyesal ler pulak... Dok ler fikir, “kenapalah aku tak jadi bomba, dulu?”
Spyz,
Kutu = Ulat dalam batu pun boleh hidup...
Ha ha.
Dug,
Ha ha. Aku bohemian, dude, bohemian!
Jun 20, 2006 8:50 PG
naga,
selain seterika dan hair dryer, kau boleh gantung seluar jeans belakang peti sejuk.
Jun 20, 2006 9:58 PG
adakah kau skrg jauh lebih kaya semasa bergelar FURI-TA-? mada oboeteru kono kotoba? FU-RI-TA-
Jun 20, 2006 12:48 PTG
sinaga sekarang kerja apa?
masih lagi furita?
Jun 20, 2006 2:18 PTG
Apa KAITAN molotov cocktail dengan horlicks?
COCK + WHORE = LICKS + TAIL
Psss.... hang yang ajak aku, mau ingat bro.
Jun 20, 2006 5:15 PTG
Kutu freelancer, dapat seminggu RM300, buat freelancing apa Abang Naga? Buka ladang kutu ke?
Heh.
Jun 20, 2006 6:19 PTG
sol jah, dah jadi kutu? emmmm
Jun 21, 2006 1:09 PTG
Catat Ulasan
<< Home