"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

15 Jun 2006

1982: Mak aku sakit. HM bagi cuti.

Aku dah lambat!

Aku melompat ke dalam bas yang belumpun benar-benar berhenti, melangkah selang dua anak tangga sekali gus, driver tu kata “Hoi! Tak sekolah ke?”, aku buat tak peduli dan cepat-cepat duduk di kerusi vinil merah yang masih kosong.

Duduk di sebelah, budak perempuan Sek. Men. Puteri Wilayah, rambut pendek macam Lady D, pakai baju kurung, nama dia Romlah, aku tahu sebab name tag kat dada dia ada tulis nama yang cantik itu.

Driver bas masuk gear satu, tingkap bas memang sedia terbuka, angin menderas masuk, baju kurung dia tak berkancing, dan kejap kejap aku cuba jeling dia kejap kejap aku cuba jeling dia kejap kejap aku cuba jeling dia, sehinggalah pada saat dia berpaling kepada aku...

Dia senyum tak bersungguh, aku kaget, dia membetul-betulkan jurai rambutnya yang terpuntang-panting ditiup angin, aku kaget, dia angkat keningnya yang runcing, sedikit, aku kaget, bibir warna natural dia terkuak sedikit macam nak cakap sesuatu, aku kaget...

“A'ah. BeeDees!” Kata Romlah.

Dan. Pada masa itu baru aku sedar... “Yang aku naik bas pergi Kampung Baru ni nak buat hape? Rumah aku kat Segambut...”

Tap!

42 Comments:

Blogger Rie said...

haha aku yang pertama.

sol jah, suka skodengg eik.

Jun 15, 2006 9:03 PG

 
Blogger kingbinjai said...

hahaha aku yang kedua

Jun 15, 2006 9:12 PG

 
Blogger ayobkelubi said...

ader pulak lumba taip komen dlm blog ko nie ker bang?. aku dapat gangsa ler ek?.hahaha.

bee dees dulu2 dah ada?.dasat.

ya,ya,kg baru bas dia tak sama route dgn segambut.

kg baru ader hankyu jaya,segambut ada warta.

ya.ya tak sama route.

Jun 15, 2006 9:30 PG

 
Blogger Akima Akatoman said...

hehe,
Tersengih aku baca, cemana leh sampai tersilap bas tu he.

Teringat masa sekolah menengah dulu, hujung minggu kawan ajak datang rumah sebab ada video best katanya. (Zaman tu takde vcd/dvd lagi)

Sampai di rumah kawan, bergegas aku turun bas, tak sabar nak nengok video best tu. Dah masuk rumah kawan baru aku sedar aku tertinggal bag dan segala benda berharga dalam tu.

..terus hilang nafsu aku nak tengok video best tu. :(

Jun 15, 2006 9:34 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Wahahahahah

Jun 15, 2006 9:39 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

BeeDees itu apa? Maaf aku tidak ada kakak. Aku tidak tahu.

Jun 15, 2006 10:18 PG

 
Blogger Nazri said...

Aku rasa itu syarat wajib menjadi manusia - tersilap naik bas.

vovin

Jun 15, 2006 10:38 PG

 
Blogger Korakora said...

ini puisi aku utk kau

Ada kutang di dadanya
yang aku jeling
apa pula di sebaliknya
selain hati yang kumahu curi!

Jun 15, 2006 11:23 PG

 
Blogger Amyz! said...

nama dia yang cantik ke, tag nama ke, dada dia ek? ek??

Jun 15, 2006 11:24 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Esis, Binjai,
"You wanna gum too, sol-jah?"
Ha ha.

Yob,
Tunggu tunggu tunggu - Aku dgn Rimau akan umumkan sebuah KEJOHANAN! Pastikan kau masuk.

Ebi, Dug,
Ha ha.

Rimau,
BeeDess tu jenam cermin mata laa!

Vovin,
Dunia akan meratapi kau! Soory, aku pun tak ada sajak untuk nak pujuk kau!

Swing low, sweet cheerio! (by Alice Cooper)

Jun 15, 2006 11:24 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nota,
Ok ok, aku try tulis sajak:

Apa ada dalam baju?
Ada kutang warna ungu.
Rom, mahukah kau jadi kepunyaanku?
Angguklah... Kalau mahu.

Muerekekekekee... Wtf punya sajaklah hai.... Tak berbakat betul!

Ami,
Cantik, semua cantik! Well, perempuan manalah yang tak cantik... :)

Jun 15, 2006 11:28 PG

 
Blogger ontahsapo said...

rumah romlah kat kampung baru ker..? ke dia pun silap bas...

Jun 15, 2006 12:01 PTG

 
Blogger Unknown said...

OOOOoooo ni cite thn bile nih? sempat lu skodeng anak dara org yek cis.

sol-jah sol-jah....he he he

Jun 15, 2006 12:38 PTG

 
Blogger June said...

ya Tok Rimaun, B-Dees tu jenama cermin mata lo. Arrggghhh, budak pompuan dulu2 jakun nak pergi Parti Cermin Mata... ko dapat masuk Parti tu tak naga?

aku? aku tak jakun. murekekekeke....

Jun 15, 2006 12:50 PTG

 
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

sekarang bedess tak best dah.. tapi kalo dulu - dulu dia dh pakai beedes maksudnya dia dari kalangan bangsawan yang kaya-raya..rugi ko.

Jun 15, 2006 1:03 PTG

 
Blogger Romantis Selatan said...

saya rasa setakat ni belum pernah tersilap naik bas tetapi kadangkala saya naik bas tanpa motif pun enak juga.

tak ada kenderaan sendiri, kenderaan awam pun jadilah untuk bersiar-siar.

Jun 15, 2006 1:09 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau bajunya tak berkancing, memang seronok untuk dijeling... he he he..


tu dulu...sekarang nak insaf....

Jun 15, 2006 1:19 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mora,
Ha ha.

Molus,
Party? Ada party ke?? Laa... Apsal aku tak tahu...?

Abb,
Anak bangsawan pakai BeeDees? Ha ha. Jadi, anak marhaen pakai apa?

Roman,
Ok tu. Jangan fikir2kan sangat.

Purp,
Cantik budak tu. Sungguh! :)

Jun 15, 2006 2:15 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Tok Rimau,

DeeBees itu adalah produk berasaskan tembakau.

BUWAHAHAHAHAHAHAHAH

Jun 15, 2006 2:18 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

Aku tak paham.. apa kaitan jenam spek anak bangsawan tu dgn ko sedar ko silap naik bas?

Jun 15, 2006 2:45 PTG

 
Blogger Ron97 said...

naga,
Ha Ha!

Jun 15, 2006 3:39 PTG

 
Blogger doff said...

haha. tp baik gak budak romlah tu. kejap kejap jeling kejap kejap jeling. instead of dia cocok mata orang yang menjeling. dia bgtau jenama yang dijeling plak.

Jun 15, 2006 4:01 PTG

 
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

hehehe marhaen..tak pakai apa - apa.. eerr.ni zaman bila ekk..bole tahu tahun..tak?

beedess ni zaman 80an..

Jun 15, 2006 4:48 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Aku suka entry nih...

Aku kembali meyukai kau.

Tak semua budak lelaki suka melihat di antara kutang itu.

Tapi, itu tidak termasuk aku.

Itu duluuuuu!

Jun 15, 2006 6:06 PTG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Hihihi. Bee Dees

Di Indo ada juga memang Bee Dees..tapi itu dulu

Sekarang masih ada kah Bee Dees di Msia?

:-)

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Jun 15, 2006 11:21 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

zaman 80-an dah ada BeeDees?

wooo... itu salah satu jenama yang agak mahal juga.

saya syak, Romlah itu orang ada-ada.

Jun 16, 2006 12:21 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

bang, tolong lukis gambar bas mini pendek menyakitkan tengkuk tu bang.

pleaseeeee

Jun 16, 2006 8:35 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
DeeBess ialah jenama tiruan untuk BeeDees?
Ha ha.

Ramb,
Kau tak perlu faham apa-apa.
Ha ha.

Ron,
Selamat Pengantin Baru!
Apa barang kahwin hari sabtu - isnin dah kerja...
Ha ha.

Poyo,
budak2 dulu memang friendly.
Ha ha.

ABB,
Kan dah ada tulis tahun kat tajuk entri tu...
Ha ha.

Po,
Ya ya, aku tahu kau sukakan aku.
Ha ha.

Buk said:
>>Sekarang masih ada kah Bee Dees di Msia?

Buk,
Entah! Aku memang dari dulu ngak pernah pakai kutang.
Ha ha.

Tanah,
Ha ha. Ada-ada saja kau ni...

Jun 16, 2006 8:40 PG

 
Blogger Nazri said...

Iklan:

Sila lawati http://www.dunia-vovin.blogspot.com

uh uh uh...

Jun 16, 2006 11:44 PG

 
Blogger Kemat said...

Selalunya org akan rasa marah bila tersalah naik bas. Tapi aku kira kamu beruntung pada hari itu. Dapat berkenalan dengan Romlah dan bee deesnya.

Jun 16, 2006 11:53 PG

 
Blogger Lan Rambai said...

Naga... sorry off topic... ko wajib baca entri aku ini http://lanrambai.blogspot.com/2006/06/aku-boss.html

Jun 16, 2006 11:58 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Vovin,
Kau hidup semula? Ha ha. Jom, seliburit! Pesta buih?

Mulan,
Banyaklah kau punya 'oren'. Ha ha.

Jun 16, 2006 2:16 PTG

 
Blogger jagoan said...

BeeDees boleh juga digunakan untuk jenama barang-barang berikut:
1. Googles menyelam
2. Mangkuk ayun
3. Sapu tangan
4. Kain batik
5. Cermin mata gelap

Huahahauahahah

Jun 16, 2006 2:28 PTG

 
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

maaflak pak naga..selalu memang tak pandang atas..terus pandang ke tengah jer..

:)

Jun 16, 2006 3:08 PTG

 
Blogger Unknown said...

sori bro! sekali baca tadi saya ingat Bee Gees..
"aa. aa. stayin' aliveee aaa!"

Jun 16, 2006 8:31 PTG

 
Blogger Ron97 said...

hahaha
siut lah lu
minggu ni aku datang ke KL
memberi nafkah

Jun 17, 2006 5:47 PG

 
Blogger OP Zaharin said...

aku ingat deebees ni macam kumpulan beegees. duluuuuuuuu.

Jun 17, 2006 9:04 PG

 
Blogger sinaganaga said...

ABB,
Takpe. :)

Attoch,
Ha ha.

Mulan,
Oh, pasal baju aku oren dan baju kau pun oren ek! Ha ha.

Gitar, Op,
BeeGees? Ha ha.

Ron,
Tak penat ke nanti?

Jun 18, 2006 9:33 PG

 
Blogger zizie ali said...

aku yang ke 41. huhu huhu

Jun 18, 2006 12:30 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

dalam banyak-banyak tempat, kat situ juga bro pandang ek.iskiskisk

Jun 18, 2006 2:16 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Ish.... aku yang keberapa ni. Kalau dalam kelas, dah tak produktif sebab terlalu ramai murid.

Lain kali komen ye bro.

Pss.... hang tengok-jeling-ushar tu nampak ka?

Jun 19, 2006 9:09 PG

 
Blogger Ahsuez said...

memula saya baca seperti uncle yang mengurai rambut panjang yang ditiup angin.

nasib baik sempat sedar, takut terbayang yang bukan-bukan.

ha ha ha ha

*umur saya baru setahun waktu itu, uncle Naga sudah kenal BeeDees~!

Jun 21, 2006 4:18 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home