Lepak kutu
Kuala Lumpur 1980-an (separuh masa kedua)
Dulu.
Kutu-kutu. Yang ada duit. Lepak di kelab-kelab. Layan gigs. Minum 7-Up.
Blues Gang main kat K (King?) Blues House, Ampang Park. Search main kat Bier Keller, Taman Tun. Lefthanded main kat Red Rooster, Medan Tuanku.
Apabila Red Rooster tutup, ada kutu menangis tersedu-sedu, di Kompleks Pertama.
“Uwaaa! Tak dapatlah kita nak tengok Man Kidal gigit tali gitar lagi!” Dia kata.
“Ooo… Wa ingat ‘brother’ nangis sebab tak duit nak beli ‘rumput’…” Aku kata.
Aku balik rumah. Lepak tengok tivi. Dalam ada Ramlah Ram. Pakai baju warna oren. Dan. Menang Bintang RTM.
Dulu.
31 Comments:
ada seorang anak muda
dia mencari dirinya
di tengah runtuhan jiwa
dunia fatamorgana
~Balada Seorang Pencari
25 Januari 1986.
Album Zubir Ali 06'
Jun 20, 2006 5:58 PTG
Dulu di panggung anniversary, famous dengan gigs dan ada juga yang kaki me'rumput'. dulu lagi dah ada.. dasat!
Jun 20, 2006 8:27 PTG
Ramlah Ram. Menang Bintang RTM. Saya belum tadika kot?. Ya, ingat-ingat lupa. Tahun 1985 mungkin? Tahun sebelumnya Juliza Adlizan menang. Nyanyi lagu sambil potong epal.
Jun 20, 2006 9:56 PTG
the last time aku jengok redrooster (early 90s), tempat tu dah jadi kelab dangdut.. kihkihkih..
nostalgia 'kembara seniman jalanan' laa beb..
Jun 20, 2006 10:25 PTG
saya cuma ingat ramlah ram pakai baju ada bentuk hati warna merah saja.
Jun 21, 2006 1:55 PG
Pak...
Tahun 1980 itu aku masih di kindergarten :D
Belum tahu apa itu kelab dangdut :p
Bunda Shafiya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com
Jun 21, 2006 6:01 PG
Aku kenal lagi seorang yang masuk Bintang RTM sekali dengan Ramlah Ram. Ramlah Ram dapat no. 1 dia dapat no. 3.
Sora dia lagi sedap dari Ramlah Ram.
Pss.... walhal Bintang RTM tu aku tak tengok pun.
Jun 21, 2006 8:22 PG
1985 aku baru darjah 3. TV yang ada kat rumah aku pun itam puteh je. masa tu aku lupa, Cumi dan Ciki masih ada atau tak. Aku suka Thundercat dan Smurf.
Jun 21, 2006 8:36 PG
Jika tiada duit, nak jadi kutu pun susah.
Jun 21, 2006 9:18 PG
Po,
Ha ha.
Mulan,
Baju tu dia pinjam dari wardrobe rtm. Baju yang dibawa - tidak sesuai untuk tivi.
Gitar,
Kitaro pun pernah buat show kat panggung anniversary. Kutu pergi tengok show tu juga.
“Eh, bila mamat ni nak start nyanyi ni?” Kata kutu, semasa tengok show Kitaro.
Ha ha.
Kunci,
Aku tengok tivi sambil potong steam.
Spyz,
Jadi kelab dangdut? Ha ha.
Tanah,
Oh, itu dalam rancangan Muzik Muzik tu!
Buk,
20 years too late! Ha ha.
Khal,
Siapa? Zulkifli Ahmad ke?
Dug,
You wanna grass, sol-jah? Ha ha.
Rimau,
Kutu dulu-dulu - walaupun tak ada duit - taklah cari makan kat tong sampah. :)
Kutu dulu-dulu pergi khutubkhanah apee...
Ha ha.
Jun 21, 2006 9:56 PG
1980, aku baru umur 4 tahun. abah? abah minat giler ngan sweet charity. mak pula minat giler ngan deep purple.
Jun 21, 2006 10:02 PG
bro, ko tak layan Pearl Jam, Stone Temple Pilot ker?
Jun 21, 2006 10:49 PG
lagu apa ramlah ram nyanyi tu ha?, lupa la.....
Jun 21, 2006 10:57 PG
Binjai,
Masa abah kau gi Scotland - apsal kau tak ikut dude?
Molus,
Aku layan TESLA. Band-band baru tak cukup 'soul' la beb! Ha ha.
Dah 'otai' ni - aku layan MADREDEUS.
Jun 21, 2006 11:03 PG
Jangan lupa headwind ada gak kat Ampang Park tu...Zainal Abidin penyanyi utamanya. Superb dude.....
Saya dulu tak reti jadi kutu..Ukur jalan adalah....
Jun 21, 2006 11:31 PG
Kak Etom,
Zainal Abidin tu bukan ke pemain bolasepak? Muerekekekekekkeee... Ok ok, saya gurau jer...
KepalaAngin dan JenteraBerat, masa tu, main kat mana ek? Nak kata kat MATAHARI - masa 80s, MATAHARI tak ada lagikan kak... Kat SENJA ek? Kat NO BLACK TIE ek?
Jun 21, 2006 11:43 PG
1985 aku baru darjah 1 tak tau apaw pun...yang aku tahu nak ikut nenek balik PD jer tak nak duduk ngan mak hehehe....
Jun 21, 2006 12:45 PTG
huhawawawawaaaaaaaa sol jah kutu minat ramlah ram. hahaaaaaaaa
Jun 21, 2006 1:12 PTG
citer lamlahlam pakai baju liplap masa juara lagu ada tak?
Jun 21, 2006 1:23 PTG
'Rumput' tu apa?
Bintang RTM dulu famous. Bintang RTM sekarang kena gelak dengan Paul Moss...he he he
Jun 21, 2006 1:24 PTG
Cuaca,
Ha ha.
Esis,
Aku kata, aku tengok tivi, dalam ada ramlah ram, aku kata.
Rudy,
Tak ada. Ha ha.
Purp,
Dulu, aku tengok Aishah & the Fan Club, aku gelakkan Paul Moss.
Jun 21, 2006 1:47 PTG
naga, aku time tu tgh giler carik duit!! lagipun aku takut pi scotland. takut ada plak yang tegur aku "wanna gum sol jah?" mamposs!! hahahaha
Jun 21, 2006 3:05 PTG
Senjalaa dude, sampai tahun lepas masih kat senja lagi..tapi tanpa zainal....
Paul Moss tak kenal Malaysia lagi masa tu....tengah sekolah..Lu sorang je yang minat kat ramlah ram dan baju orennya, dengan hati yang kelap-kelip...dan selamat jalan romeo.....
Jun 21, 2006 3:34 PTG
Kak EtonG,
Bila masa lak aku kata aku suka Ramlah Ram?
Jun 21, 2006 3:38 PTG
Ooooo, ye ke? Tapi kata orang, kalau teringat-ingat tu maknanya minat laaaa...Betul arrrr..?
Jun 21, 2006 3:41 PTG
Aku ada satu soalan..
Kat Amseterdamn ganja halal.Ada dijual kat kedai kopi.
Klu kita kena GANJA kat Amseterdamn dan kita balik Malaysia.Klu ada ujian air kencing dan kita didapati positif dadah. Adakah kita bersalah? Kita hisap ganja di tempat halal, mana mungkin boleh salah.Itu je persoalan.
Jun 21, 2006 5:11 PTG
Tetap salah dude.
Kat Malaysia kita ada Akta Dadah Berbahaya, kita ada Akta Dadah Berbahaya(langkah-langkah Pencegahan khas), kita ada Akta Dadah Berbahaya (Penyitaan harta) dan berbelas-belas lagi.
Yang kau maksudkan itu adalah Akta Penagihan dadah (rawatan dan pemulihan) 1983.Seksyen 5, dan kau boleh dimasukkan ke pusat pemulihan dadah mengikut perintah mahkamah pada seksyen 6 akta yang sama.
Kau tak boleh lari kecuali kau menetap di kedai kopi di Amsterdam.
Aku juga dengar di sana banyak kedai-kedai dewasa (adult). Kalau kau beli di sana halal tapi kalau kau bawak balik Malaysia, ia menjadi salah di bawah Akta bla bla bla bla bla....
Yaabna..kau boleh pergi jauh dalam bidang ni cuma kau jangan hisap ganja, jangan hisap dadah....
Jun 21, 2006 5:37 PTG
Sol-jah,
seksyen 17 Petaling Jaya..err..tak pakai.
Jun 21, 2006 5:41 PTG
Po,
One fine day nanti - aku akan cerita pasal PJ, sol-jah! Bagi aku habis cerita pasal KL dulu ek!
Jun 21, 2006 6:19 PTG
orait sol-jah.
Jun 21, 2006 6:36 PTG
Wow! ranking aku naik satu tangga di papan gelongsor.
Thanks sol-jah!
Jun 22, 2006 10:56 PG
Catat Ulasan
<< Home