"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

03 Julai 2006

Seharum kesturi

Semasa kecil-kecil dulu. Dan. Kalau kami anak-beranak hendak berjalan kemana-mana. Mak sapu Topaz. Minyak wangi jenis krim. Ke baju aku.

Semasa kecil-kecil dulu. Dan. Kalau kami anak-beranak hendak berjalan kemana-mana. Abah sembur Brut. Minyak wangi botol hijau. Ke baju aku.

Semasa tinggal di asrama dulu. Dan. Kalau pulang ke rumah pada hujung minggu. Kakak merungut. Kata aku berbau seperti benda-benda hangus terbakar. Ceh!

Dapat duit biasiswa – aku beli Denim Musk. Minyak wangi untuk pria. Yang murah-murah sahaja. Dan. Baki duit selebihnya aku beli cellophane tape.

Apabila berselisih dengan Puan Zuraidah (cikgu bahasa Inggeris berambut wavy yang tersangat cute itu), dia tanya, berkeliling, ermmm… siapa yang berbau wangi-wangi ni?, masa tu aku berasa macam Encik Casanova tengah pacu kuda putih… Ha ha.

NOTAEMPUNYABLOG: Old Spice adalah jenama minyak wangi kesukaan Abdullah Jones. Ya ya, dia pernah beritahu aku. Ha ha.

20 Comments:

Blogger Anonymous said...

Bro.

Aku pakai minyak attar aje. dulu, kini dan selamanya.

Kau masih ingat Brut hijau dengan tag bertali besi di tengkuk botol?

Masa itu, sesiapa yang memakai Drakkar Noir bagaikan anak raja!

Aku masih membeli Body Shop jenis Juba untuk sang puteri.

Julai 03, 2006 6:16 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Aku immunis dengan Drakkar Noir. Dunno why. Ha ha.

Julai 03, 2006 7:41 PTG

 
Blogger Unknown said...

bro, anda memang lelaki metroseksual.. hahaha!

Julai 03, 2006 8:11 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Gitar,
Bukan. Mereka kata, aku lelaki uberseksual. Ha ha.

Julai 03, 2006 8:17 PTG

 
Blogger kunci hilang said...

topaz - saya teringatkan filem malang Hitchcock tadi.

Julai 03, 2006 10:08 PTG

 
Blogger Unknown said...

dulu. aku pakai.. oohh pallmoliveeeee

p/s: bro naga, kamu bukan lelaki biseksual ke? eheheheh

Julai 04, 2006 2:10 PG

 
Blogger tuan tanah said...

oh, dalam banyak-banyak minyak wangi yang disebut, saya cuma tahu drakkar noir sahaja.

Julai 04, 2006 5:58 PG

 
Blogger abdullahjones said...

hahahahha.

Julai 04, 2006 6:49 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

old spice hanya untuk orang tua.

Aku? Aku pakai peluh aku je. Lebih natural baunya.

Julai 04, 2006 8:10 PG

 
Blogger kingbinjai said...

Haaacum!! isk, wangi sangat nie.

Julai 04, 2006 8:39 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kunci,
Topaz = minyak wangi jenis krim di dalam botol warna kuning telur. ada permata topaz tiruan dilekat di penutup botolnya.

Kelam,
Aku? Lelaki apa2 sex pun boleh. Ha ha.

Tanah,
Ha ha.

Jones,
Hahahahahahahahahaaaa... Tukarlah minyak wangi jenis lain pula weh!

Mulan,
Baki cuma 20sen. Apa lagi benda yang kau boleh beli dengan duit 20sen? Ha ha.

Rimau,
Tak salah kalau orang muda pakai Old Spice juga. Kata nak jadi kutu macam dulu-dulu...??? Ha ha.

Jones lagi,
Tapi, kutu mana pakai Old Spice bang! Ha ha.

Julai 04, 2006 8:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Binjai,
Apabila kau bersin kewangian - aku rasa macam Casanova tengah pacu kuda putih sambil kunyah daun pudina segar. Ha ha.

Julai 04, 2006 8:43 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

mak abang tak bedakkan muka abang dengan bedak batu?

:P

Julai 04, 2006 9:45 PG

 
Blogger rasso said...

pakai la product avon...

Julai 04, 2006 12:08 PTG

 
Blogger Unknown said...

ske polo sport gak..tak kira polo sport gak sbb husband pakai yg tu hehe

Julai 04, 2006 2:46 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

hahahaha hampeh!

Julai 04, 2006 3:07 PTG

 
Blogger Ron97 said...

aku cuma mak aku sapu bedak nyonya kat muka

Julai 04, 2006 3:16 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau badan wangi tak paah pakai apa-apa pun wangi .. Orang kata bau peluh lelaki seksi apa....he he he...

Julai 04, 2006 7:09 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

apa yang kamu lekat dengan cellophane tape tu?

Julai 05, 2006 7:49 PG

 
Blogger ontahsapo said...

aku pun terasa kewangiannya.....

Julai 05, 2006 12:09 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home