Tetamu Ulu Pegoh
Entri sempena Pameran Misteri, Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor.
Sudah masuk waktu Isyak.
Rumah kami – jauhnya seratus meter dari pagar di baruh. Betul-betul di tepi pagar itu – tumbuh pokok tembusu saiz sepemeluk. Naik ke darat sedikit – ada dua batang pokok durian yang tidak mahu berbuah. Naik ke darat sedikit lagi – ada pokok rambutan biasa dan pokok rambutan gading. Kemudian – rumah kami.
Mak Long Lijah beritahu. Haji Dol Said ada singgah, tadi. Kejap. Sekadar berdiri di pagar baruh saja. Tidak mahu orang tua itu singgah ke darat untuk minum teh. Selepas berbual-bual, dipadamkannya andang dan bergegas pergi. Hendak mengubat budak kembong perut, agaknya.
“Pak Dol tanya, siapa yang meninggal siang tadi?” Cerita Mak Long Lijah. “Jah kata, entah, tak tahu pula Jah….”
“Eh! Bukankah… Pak Dol dah lama meninggal, Jah?” Pak Long Sarip.
Dan. Bunyi ungka-ungka pun bersahut-sahut. Uuwop! Uuwop!! Uuwoppp!!
25 Comments:
erkk.. kalau di kampung aku namanya awang burung hantu....!!!
Julai 18, 2006 3:56 PTG
haaa mampuih! Dengan sapa pulak la hang bersembang Lijah oii!!!
Julai 18, 2006 3:59 PTG
pelupa betul haji dol said tu..
Julai 18, 2006 4:32 PTG
Ontah,
Ooo, Awang Burung Hantu, ooo...
Art,
Entah!
Arianna,
MUEREKEKEKEKEKEKEKEKEEEE... Iyelah, pelupa betul Haji Dol Said tu...
Julai 18, 2006 4:34 PTG
eeeeeeeeeuuuu ungka ungka berterikan sesama sendiri melihatkan mak long lijah berborak bersendirian.. eeeeeuuuu ungka ungka itu.
Julai 18, 2006 4:37 PTG
tak tahan aku tergelak baca ungka2 bersahutan UWOOP UWOOP UWOOP hahaha
Julai 18, 2006 4:59 PTG
Datang ke Janda Baik kalau nak dengar bunyi ungka bersahut-sahutan antara bukit-bukit yang mengelilingi lembah ini(pada musim mereka mengawan sahaja).
Julai 18, 2006 5:02 PTG
Esis,
Kata orang, kalau dengar bunyi ungka tengah uuwopp uuwoppp - itu tanda ada orang nak meninggal. Allahualambissawab!
Dug,
Ha ha. Kau nak buat modallah tu... Uwop uuwopp uuwoppp!
Puan Ainon,
Lama saya tak mandi-manda di sungai di hadapan Istana Pulau Santap tu, alahai!
Mandi di sungai di rumah Pak Syed pun menarik juga. Ha ha.
Makcik jual mi goreng (kedai dekat simpang mini market) tu masih berjualan ke? Tutup jam berapa?
Takmoh ajak GengJurnal berkelah di JandaBaik ke?
Julai 18, 2006 5:10 PTG
Wow...Spooky Pak!
Serem banget deh ceritanya..
Bunda Shafiya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com
Julai 18, 2006 5:21 PTG
yang aku perasan, orang ramai (terutamanya di Rantau Kepulauan Melayu) sangat sukakan benda2 yang seram sejuk nih. lagi halus, lagi misteri, lagi tahyul, lagi diorang suka. lepas tu takut memanjang. *sigh*
Julai 18, 2006 5:48 PTG
Pokok tembusu kalau dah sampai sepemeluk memang besor betul tuh...
Dol Said..? Macam biasa dengor nama tu.....
Julai 18, 2006 5:56 PTG
Bro, jangan kacau Tamar Jalis punya periuk nasi.
Julai 18, 2006 6:34 PTG
encik naga,
" MUEREKEKEKEKEKE.." ~ itu ketawa ke mengilai??
eh, nmpknya Haji Dol bukan setakat singgah rumah Mak Long Lijah, rumah BP pun dia singgah! isk..isk..
Julai 18, 2006 6:41 PTG
Buk dokter,
Kesurupan!
Hana,
Meh le tengok hantu kat Shah Alam! Ha ha.
Purp,
Pak Long Sarip dah tebang pokok tu.
SM,
Tak. Aku kacau teh o dia saja. Uuwop uwoppp!
Arianna,
Rumah kami - 'lintasan'. :)
Julai 18, 2006 7:54 PTG
Huh!! Kalau ungka-ungka bersahut-sahutan tu tandanya ada orang nak meninggal, kat kampus sini, tiap-tiap pagi ada. Camner tu? Adakah........?
Julai 18, 2006 9:20 PTG
Sdr Naga, marilah datang berkelah di Janda Baik! Saya ada rumah tamu untuk sdr dan rakan-rakan sdr, free, tapi masak sendiri...
Book awal, ye!
Julai 19, 2006 8:07 PG
Selalu cerita hantu ada bunyi burung hantu.
"Uutt! Uuutt! Uuut!"
Baru kali ni aku dengar bunyi ungka. Tapi seram jugak.
Pss... ungka tu spesis apa? Ungka tangan putih?
Julai 19, 2006 8:19 PG
ungka..... kalo dibuat masak kicap atau goreng berlada memang sodap! uwoopp! uwooop!
Julai 19, 2006 8:24 PG
Faisal,
Entah! Aku cerita je... Uuwop uuwopp!
Puan Ainon,
Terima kasih, puan!
Khal,
Ooo... Brung Antu bunyi uut uut uttt ek! Ooo...
Binjai,
Dicicah dengan sambal belacan + binjai! Pergh!!
Julai 19, 2006 8:47 PG
uwoop? uwoop?
tu beruk ber-acapella sambil bercerita seram ke?
huhuhu
weh, tak tgk antu lagi ke kat muzium shah alam?
Julai 19, 2006 9:20 PG
nasib baik tak baca entri ni malam2. bunyi pelesit pun dah menyeramkan. uhuhu.
Julai 19, 2006 11:40 PG
ala bro, seramm la..isk
Julai 19, 2006 2:34 PTG
Vovin,
Ha ha. Yalah kot, entah!
Amyz,
Macamana bunyi pelesit, ek Amyz?
Yangma,
:)
Mulan, Amora,
Seram sangat ke? Ha ha.
Julai 19, 2006 7:16 PTG
ala2 bunyi cengkerik. tapi lagi nyaring & halus. kalo jumpa pelesit, belah badan dia, kalo jumpa rambut, tandanya ada orang bela.
uhuhu..
Julai 20, 2006 11:45 PG
bro, kau buat buku seram pun bagus juga.....
Julai 21, 2006 9:22 PG
Catat Ulasan
<< Home