"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Julai 2006

Tipu-tipu yang kita suka…

Aku. Telefon Usop. Usop kata hello. Aku kata hello jugalah.

“Kau nak pergi tak?” Aku.

“Belum tahu lagi… ‘*Awek’ aku nak ikutlah! Ishhh!!!!” Usop.

“Alaa… Kau beritahulah ‘awek’ kau yang kau ada meeting hari tu!” Aku.

“Oit-oit! ‘Awek’ mana boleh kita tipu-tipu… Kalau bini - bolehlah kita tipu-tipu, dude!” Usop.

Ha ha. Kami ketawa. Macam pontianak jantan. Yang terlepas dari hukuman “kena kasi!”

*’Awek’ dan ‘bini’ dalam entri ini adalah isteri kepada Usop.

NOTA KAKI BANGKU: Kami, pasukan bola tampar Spirit of the Coin 84 ingin mengucapkan selamat berjuang kepada pasukan bowling Misfits of Science 84. Kalau anda dapat nombor satu… Memang mukjizat sungguh! Ha ha.

11 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ada ke pontianak jantan...?

Naga tu pandai ke main bola tampar...? he he he...

Julai 28, 2006 11:50 PG

 
Blogger ontahsapo said...

kau main bola tampar ker kau tgk jer...?

Julai 28, 2006 11:54 PG

 
Blogger zizie ali said...

di kampung aku, panggilan 'bini' dianggap terlalu kasar. yang halusnya ialah 'orang perempuan'. cth:

@ Yang baju merah tu orang perempuan En. Jones.

@ Kesian. En. Dolah dihalau oleh bininya.

awek? halus juga. tapi ada sedikit unsur mengada-ngada.

Julai 28, 2006 12:36 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Tidak ada beban batu digalas.

Julai 28, 2006 2:53 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Entah! Ha ha.

Ontah,
Main.

Zizi,
Kasar halus tu cuma ada dalam pemikiran manusia saja. :)

Mulan,
'Ooo' lagi panjang.... Ha ha.

Limau,
Kecindan = gurau senda, jenaka, kelakar, lawak ('komedi' juga boleh barangkali).

Tak. Kami tak galas batu. Kami galas bola bowling. Harap maklum!

Julai 28, 2006 3:34 PTG

 
Blogger Nazri said...

aku takde bini

aku takde awek

kesimpulan=

aku tak pernah menipu

hoho

Julai 28, 2006 4:15 PTG

 
Blogger Amyz! said...

OooOOoooOO.. macam tu eh???

Julai 28, 2006 5:02 PTG

 
Blogger Unknown said...

amboi amboi....org lelaki mmg suke borak mcm tu ka?

bro! lu sampai ke main bola tampar tu?

Julai 28, 2006 5:08 PTG

 
Blogger Rie said...

hehehe ilmu nih

Julai 28, 2006 6:02 PTG

 
Blogger arianna adrizal said...

sabar je laa..

Julai 28, 2006 7:15 PTG

 
Blogger rasabaik said...

kau tak ziarah kubur ...?

Ogos 01, 2006 3:47 PG

 

Catat Ulasan

<< Home