Sutung Umar RS yang kita suka
Tanah Merah. 1990-an.
Dia muncul entah dari mana. Dengan satu jug plastik warna merah jambu di tangan. Yang kandungannya adalah air separa jernih yang masih beruap-ruap. Pada ketika itu, aku pada mamah bepang kedua.
Bak mari gelasmu, kata dia, panas-panas lagi ni, manisss!
Ahir afe nih Tung, tanya aku, sambil tangan hulur gelas kosong, sambil bibir ketap bepang kedua yang masih berbaki setengah. Ada remah bepang di atas meja.
Aku cicip air dari gelas. Manis macam gula. Cuma... Baunya busuk amat. Macam bau air kelapa yang bertakung di longkang. Dan. Aku muntah terbelahak. Enam inci dari kasut Sutung. Keluar bepang. Keluar roti canai pagi tadi.
Boleh mabuk tak ni, tanya aku.
Tak, ini nira, masih belum bertukar jadi todi lagi, jawab Sutung.
Ooo...
Selepas itu. Kami duduk-duduk di warung. Sambil memerhati anak-anak dara kayuh basikal. Sambil dia cicip nira. Sambil aku mamah bepang. Haji K. Zaman (kini Pengarah Eksekutif syarikat D) masih belum sampai. Aku syak, dalam kepala Sutung sudah ada sajak-sajak cinta.
24 Comments:
entah kenapa, ingat sutung ingat sajak 'kebengongan' dinsman
Ogos 02, 2006 9:56 PG
kau!
Kau mengingatkan aku betapa sudah lama aku tidak memamah bepang.
..kau juga mengingatkan aku tentang Sutung Umar RS.
kau...rupanya jauhari seni tersohor juga.
Ogos 02, 2006 11:01 PG
Gitar,
Sutung Umar RS memang berkawan baik dengan Dinsman.
Mulan,
Bepang = 'be punk' kalau dieja dalam bahasa Inggerisnya. Ha ha.
Po,
Jadi, petang ini, kau pergilah mamah bepang!
Oh iya, untuk pengetahuan kau, encik Johari, yang duduk di sebelah barat daya workstation aku - sedang tidur. Penat barangkali. :)
Ogos 02, 2006 12:53 PTG
makin disemak manuskrip jk2 ni makin banyak aaa pulak salahnya di sana-sini. naik hilang stamina aku sebab tidur tak seberapa. nak kena layan tuak setempayan dua ni kot, baru ada stamina balik ekekekekeke
Ogos 02, 2006 12:59 PTG
Aku masih tak tau lagi makna RS tu...sebab aku bukan orang sastera barangkali.... :)
pssst...naga, aku pinjam nama kau utk entri aku...he he..
Ogos 02, 2006 1:23 PTG
Dug,
Minta Jig semak sekali lalu!
Purp,
Pinjamlah. Aku ni pun 'pinjam-pinjaman' cuma.
Ogos 02, 2006 2:02 PTG
bepang! AIR NIRA!!!! ciss! cissssss! AAIR NIRA!!!! cissssss!!
Ogos 02, 2006 2:23 PTG
Bepang...haha.
kalau disini panggilnya Jipang..
Nyam..nyam...manis dan crunchy kan Pak?
lama dah tak makan Jipang :D
Doktor cantik dari Surabaya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com
Ogos 02, 2006 2:41 PTG
be punk!
O-ya , itu memang kelakar plus mampus encik naga!
Ogos 02, 2006 2:52 PTG
Ya, ya.... dia sahabatku yang paling doyan cinta!
Ogos 02, 2006 3:21 PTG
Jones,
Kau suka air nira ke? Aku tidak. Dan, kalau balik ke KL - jangan suruh aku pergi carikan... Kat KL memang tak ada. Air nira.
Buk dokter,
Jepang = benda lain pulakan? Ha ha.
Molus,
Oit perempuan! Bila kau nak ada blog semula?
Ogos 02, 2006 3:29 PTG
bepang...dah lama x dgr org sebut benda nih. last last jumpa kat blog lu ha ha
bro! wa baru kirim bepang kat cousin di german.
Ogos 02, 2006 3:47 PTG
ntahlah encik naga...
moluska dah ________ dengan dunia feminin, yang penuh kesah cinta terkhayal di mangkuk ________.
dia mahu jadi ________!
Ogos 02, 2006 4:14 PTG
Amora,
Kau tak terasa nak kirim bepang kat aku ke?
Ha ha.
Molus,
Kau nak jadi JANTAN?
Ogos 02, 2006 7:32 PTG
Jepang itu negara matahari terbit Pak!!
haha.
Bunda Shafiya
Ogos 02, 2006 9:05 PTG
bepang?
saya lebih suka kacang tumbuk.
*komen ini tiada kaitan dengan entri.
Ogos 03, 2006 6:33 PG
Tanah,
Aku pun. Kau tahu tidak... Kacang tumbuk ada dua jenis: 1. dengan lapisan kulit luar yang sedikit keras, 2. keseluruhannya lembut.
Hey! Kalau ke Jepang - jangan lupa untuk ambil peluang makan WAGASHI.
Ogos 03, 2006 8:48 PG
bepang tu apa?!!!
Ogos 03, 2006 1:01 PTG
Binjai,
Sejenis jajan jugalah.
Ogos 03, 2006 1:08 PTG
soljah, kirim salam kat sutung. air tapai aku tahun lepas ada lagi ni. lalala
Ogos 03, 2006 3:02 PTG
Yangma,
Ha ha.
Esis,
Aku gastrik! Tak boleh makan cuka, al-kohol! Air tapai pun tak boleh.
Ogos 03, 2006 5:40 PTG
Aku lebih suka nira nipah.
Ogos 07, 2006 8:05 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
September 30, 2009 12:07 PG
Walaupun catatan terakhir berakhir 2006.
Kemungkinan besar RS itu singkatan daripada nama isterinya Rihan Mohd Salleh
Dan puisi untuk R dlm buku puisinya juga ditujukan kepada Rihan
September 30, 2009 12:53 PG
Catat Ulasan
<< Home