Surat-surat Stamford Raffles kepada Raja-raja Melayu abad ke-21
Ku Keng,
Terus terang saya katakan, bateri untuk komputer Macintosh kami made in Israel. Jika siapa-siapa terjumpa bateri untuk komputer Macintosh made in negara-negara lain - sila beritahu!
Naga,
*Dulu-dulu Askar Melayu menjanakan tenaga untuk alat komunikasi mereka dengan mengayuh roda yang kemudiannya memutarkan "dynamo" yang menghidupkan alat "wireless" tersebut. Cuba-cuba eksperimen kalau-kalau ini juga dapat digunakan.
Malam tadi pergi ke jamuan DBP ke? Kak Nor kata jemputan hanya untuk bekas pekerja, tanpa suami atau isteri masing-masing!
Saya seronok melihat anda, Matjan, Rimau dll menggilap bakat anak-anak muda dalam penulisan. Saya ni dah tua-tua baru nak belajar menulis.
Salam kepada semua teman-teman bloggers.
* Surat Keng ini aku siarkan dengan TANPA IZIN.
Ku Keng,
1. Ha ha. Nanti saya cuba. Ha ha... Dynamo? Sabun cap Dynamo boleh? Ha ha.
2. Beritahu Kak Nor; bukan jamuan DBP! Jamuan makan malam tadi - malam soliditas mantan-mantan DBP. Cadangnya, kita akan tubuhkan persatuan atau kelab mantan-mantan DBP macam yang Utusan Melayu buat tu (KEPUM? KEBUM?? apa entah...).
Ada tayangan video. Gambar Puan Ainon semasa muda pun ada. Saya jumpa Pyanhabib. Rambut masih panjang macam dulu-dulu. Ha ha. Saya jumpa Sabri, Imuda, Sharizan (Abon), Ali Osman. Brother Jo (Datuk Johan) jumpa saya. Dia tanya, "Wah! Lain benar color rambut kau sekarang! Kuning perang! Wow!!" Kak Sarah (Datin) datang. Kak Ham (Datin Hamsiah) pun datang. Oh ya, saya dengar-dengar, Kak Fatini pun sudah 'Datin'.
Encik Mat Amin Abdullah yang saya sangat benci itu pun datang. Ha ha. Psst! Haji Bakar dan A. Aziz Deraman takut nak datang agaknya, entah! HA HA.
Rugilah Kak Nor tak turut sama di malam Hamparan Budi Titian Kasih itu. Dan. Kak Nor pun satu - heret sajalah Keng... Kan ke saya ni ada (untuk temankan Keng berbual). Kalau Sudirman Haji Arshad masih hidup - dia pun akan datang agaknya.
3. Mana ada saya gilap anak-anak muda untuk menulis! Ha ha. Saya pun masih terkial-kial lagi ni...
Apa khabar Semenanjung Tanah Melayu sekarang ini? Akhirulkalam.
~ Raffy. S
21 Comments:
Ku Keng,
Senang-senang 'turun'lah ke Tumasek. Hameed mamak teh tarik dah lama tak merasa duit lapan puluh sen (harga teh tarik sekarang) Kak Nor. Ha ha.
Ogos 12, 2006 4:32 PTG
selagi DBP belum bayar hutang lukisan sagaartakusiad,
aku taknak nyanyi.
Ogos 12, 2006 5:33 PTG
Ron,
Pi la tuntut.
Ogos 12, 2006 5:35 PTG
Zack,
Kau tahu kau tengah baca blog aku... So, siapa dapat hadiah cabutan nombor bertuah berupa Tivi Plasma tu? Ha ha.
Ogos 12, 2006 5:39 PTG
Zine sudah dapat. Terima kasih. Sangat best. Rugi sapa tak beli. Boleh buat komik bersiri. Dan kalau Asmawi tu budak felda mana tah, kirim salam sayang pada dia. dengan pertanyaan, 'sudah kayakah?'hah!
Ogos 12, 2006 8:24 PTG
oh! kirim salam Mr. Globp, kata, 'aku peminat!'
Ogos 12, 2006 8:26 PTG
...dan kamu dan globp tak tandatangan...
Ogos 12, 2006 8:35 PTG
Jones,
Saja tak tandatangan. Tunggu kau balik Malaya baru aku tandatangan. Ha ha.
Asmawie? Dah kaya-raya dah budak tu. Selalu ber'brengsek' dengan mamat Vovin pemalu tu. Baru 'sambar' kereta baru. Boring nanti - dia naik moto semula. Ha ha.
Mr. Globp? Masih kekal miskin. Sebab? Sebab berkarya kerana duit. Kalau tak beri 'wang pendahuluan' dulu - tak berkaryalah dia. Ha ha.
Ogos 12, 2006 11:45 PTG
ah!! lama tak jumpa sabri, abon, imuda, gopa aaaaaa
Ogos 13, 2006 9:06 PG
maka maklumlah sahaya bahawa incik keng dan incik naga berutus-utus surat jua kiranya. dan belaslah hati sahaya bila mendapat khabar tentang bateri macintosh itu.
Ogos 13, 2006 9:59 PG
Binjai,
Sayang... Abah kau pun tidak hadir.
Zz,
Terima kasih kerana belas.
Ogos 13, 2006 1:06 PTG
whoaa.. ramai betul datin di DBP? Kak Nor bukan datinkah?
Ogos 13, 2006 2:42 PTG
Binjai,
Maklumat yang baru aku terima: Abah kau datang!
Abah si Intan Azura (bekas penyanyi M'steen & pelakon darama tempatan) datang. Ha ha.
Jones,
Asmawie kata, dia beli kereta sebab nak bawa painting ke galeri.
Kunci,
Datuk Paduka Zaleha Ismail (ex-menteri?) juga mantan DBP. Kak Nor? Datin? Belum lagi rasanya. Ha ha.
Ogos 13, 2006 2:53 PTG
kau salam ngan abah tak?! kau bagi buku akb sebagai hadiah kat abah tak?! ko ni... isk isk isk
Ogos 13, 2006 7:15 PTG
Naga, pasal kau benci sangat Encik Mat Amin Abdullah tu....hehehe...
Ogos 13, 2006 9:33 PTG
Artis kaya? Beli kereta? Tak Malaya sungguh si Asmawie! Haha.
Ogos 13, 2006 11:41 PTG
hehe! nasib baik saya tidak pakai macintosh.
Ogos 14, 2006 9:31 PG
Zine aku juga ko tidak sign!
Ogos 14, 2006 9:34 PG
Purp,
Sebab dia 'jual' aku dan kawan2 kepada syarikat D.
Rambai,
Kau tak suruh pun! Malulah aku nak sign jika tanpa disuruh. :)
Ogos 14, 2006 1:50 PTG
wah wah, ada jamuan makan... eh naga, komik kau dah dirembat oleh anak buah aku, dia kata gambar tu cam kartun jepun... boleh claim tak rm3?
Ogos 14, 2006 3:17 PTG
:)
Ogos 14, 2006 7:32 PTG
Catat Ulasan
<< Home