Awang yang terpilu
Kau pernah singgah di stesen lrt Masjid Jamek?
Petang-petang. Ketika waktu puncak. Di siar kaki itu. Ada orang banyak berjualan.
Berus gigi Oral B satu seringgit. Stoking tiga sepuluh. Mesin jahit bersaiz pengokot. VCD cetak rompak cinema copy. Apam balik. Keropok lekor. Jagung rebus….
Ada. Kakak separuh umur. Berjualan pistol mainan. Pistol yang kalau dipicit picunya – akan keluar buih-muih. Brrru… Brrrrrru… Brrrrrrrrrrrrru….
Tetapi. Petang itu. Pistol mainan kakak. Tak keluar buih-muih brr brrrr. Macam selalu-selalu.
Emmm,plot!
Em,plot!
Plot!
Plot!
Plot!
Mula-mula, aku rasa nak ketawa. Kemudian, aku rasa nak terpilu… Apabila aku fikir, “susah juga nak cari sesuap makan ni, alahai!”
Kau pernah singgah di stesen lrt Masjid Jamek?
32 Comments:
Tak :)
Ogos 04, 2006 4:44 PTG
baca title wa dah tersengih.
stesen lrt tu pasti di terjah bila bulan puasa ha ha
Ogos 04, 2006 4:46 PTG
Dulu-dulu suka tengok tabib jalanan kat situ jual 'ubat kuat'... he he he...
Ogos 04, 2006 4:48 PTG
pernah, saya pernah, ke toko buku indonesia...
Ogos 04, 2006 4:54 PTG
Amora,
Pagi-pagi. Kat situ. Ada orang berjualan pelbagai juadah sarapan pagi.
Purp,
Dah pindah! "Ubat kuat' - kat Jalan Masjid India.
Ontah,
Kat sebelah mana tu?
Ogos 04, 2006 5:21 PTG
Aku penah nak kena rompak kat situ..
Pagi, jalan nak ke lrt untuk pergi kerja...
nasib baik sempat lari...
Ogos 04, 2006 6:01 PTG
betul2.. aku nampak berus gigi oral B seringgit. tapi setiap kali aku pegi kuantitinya sama saja. mcm tak luak pun.
Ogos 04, 2006 6:27 PTG
BRuuuuuu brrrrrruuuuuu perut aku berbunyi teringat kopok lekor lrt.
kakak pistol buih sihat?
Ogos 04, 2006 7:04 PTG
Vovin,
Mamat pemalu macam kau ni pun nak kena rompak? Ha ha.
Kelam,
Oh, iya ke?
Esis,
Sihat sihat! Ha ha.
Ogos 04, 2006 8:01 PTG
mereka semakin ramai bila hujung minggu..tapi bila datang abg2 & akak2 berbaju biru dgn tracknya, mereka ini terus emnghilang...
Ogos 04, 2006 8:52 PTG
Oh kakak itu. Yang dekat dengan masjid India. Sekitar kawasan itulah saya bertemu dengan "Akulah Ketua Saintis Dunia" suatu ketika dahulu.
Kakak itu sering duduk berhampiran Pasaraya Mydin dan bermain dengan pistol buih-buih sabun.
Kakak itu ada dibayar gaji atau tidak? Hobi yang unik.
Ogos 04, 2006 10:48 PTG
kesian kakak tu.
tapi betul, memang susah nak cari sesuap makan.
Ogos 05, 2006 12:11 PG
Aku lebih teringatkan setesen bas Melaka Street. Jenuh mengelak daripada terkena percikan air apabila bas melalui lopak-lopak.
Ogos 05, 2006 8:44 PG
jauhkan anak-anak kau dari buih-buih sabun itu, ia mampu membuatkan mereka menjerit,
NAK!!!
Ogos 05, 2006 11:52 PG
Pistol mainan kakak. Tak keluar buih-muih.Macam selalu-selalu.
ayat ko ni buat aku berfantasi macam macam-har har
Oh pistol keluar buih tu
Ogos 05, 2006 6:16 PTG
encik naga, saya singgah di situ hari2 kecuali hari minggu.
selain itu, ada juga beberapa orang manusia yang akan menghulur2 kertas2 dengan tema "mahu jadi kaya?", "syarikat antarabangsa mahukan kamu?" dan "ini adalah iklan kad kredit".
yang penjual2 kuih diwaktu pagi bawah tanda 'dilarang menjaja di sini' juga saya rasa sangat mengkagumkan.
satu hari, abang2 dewan bandaraya datang singgah bawak lori dan mengangkut kuih2 mereka dengan meja2nya sekali. esoknya, perniagaan berjalan seperti biasa.
kagum2.
Ogos 05, 2006 7:23 PTG
pernah. bulan lepas kali terakhir.
Ogos 05, 2006 11:52 PTG
ha ha ha
Aku sangat tertarik dengan tajuknya.
Kau.Mampu menghakimi hanya dengan kulit bukunya.
Ogos 06, 2006 9:02 PG
awang, melayu.
dick, omputih.
betul??
makcik tu bergetah ke?
:-)
p/s aku tak suka lalu situ. org seberang jln sesuka hati. langgar baru tau...
Ogos 06, 2006 10:39 PG
Pak Dean,
Betullah... Lrt sendat lebih teruk keadaannya daripada bas mini sendat.
Kemat,
Terima kasih kerana datang dari jauh! Sebelum kami sampai kau dah sampai dulu. Ha ha.
Roman,
Kakak tu dibayar mengikut kokimi. Agaknyalah.
Tanah,
Ya.
Keng,
Stesen bas Melaka St dah pupus. Ha ha.
Art,
Ha ha.
Juna,
Ha ha.
Sayut,
Ha ha. Iya ya.
Binjai,
Kau menjawab soalan. Ha ha.
Po,
Aku pun. Ha ha.
Spyz,
Entah! Ha ha.
Eh, pagi-pagi, kau beli nasi lemak kat situ ke?
Ogos 06, 2006 6:49 PTG
Apa kata jika kita nasihatkan agar kakak itu menulis blog yang berjudul "Aku Dan Pistol Buih Sabunku."
Ogos 06, 2006 9:22 PTG
Aku belum pernah..
Tapi kalau ke..hm..perbatasan Spore-JB itu apa Pak??? Nah..aku pernah kesana :D
Ada satu kakak peminta-minta dengan anaknya yg masih 2 tahun, memanggil-manggil aku.
Aku yang sudah penuh dengan persepsi buruk dan prasangka menghindar dari dia...tapi dia terus kejar aku. Aku jalan cepat..dia lagi berjalan cepat..
Oh...apa maunya orang ini pikirku..
Akhirnya aku stop dan tengok dia..ternyata..dia mau bercakap dengan aku bahwa aku salah ambil jalan !!
Untuk pulang balik ke SPore aku harus ambil jalan yg berlawanan dengan jalan yg aku tempuh saat itu
:-(
Oh...itulah su'udzan...itulah prasangka :(
Maafkan aku ya Kak...:( Astagfirullah..
Oops...kok aku buat entry blog di komen Naga..:)
maafkan aku Pak !
Bunda Shafiya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com
Ogos 06, 2006 11:05 PTG
kalau musim ujan, banyak yang jual payung.sorang kakak ni punya la baik siap ada 'after sales service'; bukakan payung,malangnye terkena awek cute yg kebetulan berjalan sebelah aku.maka dia dapat 1 customer hilang 1 potential customer..heh
Ogos 07, 2006 2:11 PG
Aku pun tak pernah.
Pss.... aku tunggu monorel di Tanjung siap, dan aku akan tanya; kau pernah singgah stesen monorel di Masjid Kapitan Keling?
Ogos 07, 2006 8:04 PG
Soul,
Ha ha.
Kalau payung tu lima ringgit satu... Berapa agaknya kos sebenar satu payung ek?
Khal,
Kalau kau gayat - mari berlatih naik monorel di KL dulu! Ha ha.
Mulan,
Orang meniaga mana boleh malu-malu (macam Vovin)! Ha ha.
Ogos 07, 2006 8:45 PG
Roman,
Kakak tu akan tulis buku memoir: Buih-muih Kuala Lumpur. :)
Buk dokter,
Perbatasan S'pore - Jb itu namanya: TEMBAK JOHOR! Muerekekekekekekekeke....
Ogos 07, 2006 8:54 PG
ya, ya, kadang-kadang ada pakcik tua busking dengan bongo alun lagu 60an di tepi tiang.
Ogos 07, 2006 9:06 PG
ada pakcik atas kerusi roda jual kerepek
Ogos 07, 2006 11:33 PG
Ada orang tanya aku, “Kenapa 'buih-muih'?“ Aku jawab, “Sebab ada 'kuih-muih'... Kenapa tidak kalau 'buih-muih'.” Ha ha.
Gitar,
Kau mao cuba nasib di situ? Ha ha.
Ron,
:) OKU tu! Kena bantu tu! Hulurkan tangan, ringankan beban!
Ogos 07, 2006 1:03 PTG
eh? tak perasan kata ganda yang baru tu, buih-muih. hahaha!
Ogos 07, 2006 7:13 PTG
Rasa-rasanya perbatasan Spore-JB itu bukan TEMBAK JOHOR pak..tapi...causeway..:p
Bunda Shafiya
Ogos 07, 2006 11:35 PTG
pernah.. setiap hari berjalan kaki hingga ke jalan changkat raja chulan.
Ogos 08, 2006 11:56 PG
Catat Ulasan
<< Home