"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Ogos 2006

Pada malam Datuk K dan Siti bersanding di KLCC serta Mawi dan Ina membuka pekong didada di TiVi

Image Hosted by ImageShack.us

Jeri
Mereka atur pelita di laman
membentuk namamu
Agar kau tak malap

Jeri
Mereka sedekah al-Fatihah
mengamin doa ustaz
Agar kau tak gelap

Jeri
Kawan-kawan datang
U-wei, Itoh (Blues Gang), Abi (Abu Bakar Idris), Ma’amor Jantan, Aminah, Kak Zai, Abang rambut putih panjang macam Red Indian, Awie ParkingProject, Ujang ParkingProject, Meme, Fuad, Mat Yie, Aishah, Fattul, Bayu, Amir & Geng Gudang, Amiruddin, Imuda, Rahmat Haron, …
Agar kau tak pinggir

Jeri
Kawan-kawan (Awie) lukis
kau tumbuh sayap
Agar “Hantar kau ke shorga!” (U-wei kata)

Jeri
Terhidang makanan yang kau suka
Sosej, Samoza, Roti jala, Nugget, Buah-buah, …
Agar kami tak lapar

Jeri
Aku cari sirap ais

Agar aku tak haus

20 Comments:

Blogger Unknown said...

takziah juga dari saya..

Ogos 29, 2006 12:45 PTG

 
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

takziah dari saya juga.tapi kenapa bro rasa haus?panas ek suasana tuh?

Ogos 29, 2006 12:51 PTG

 
Blogger June said...

yang pergi tetap pergi...

Ogos 29, 2006 1:20 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Alfatihah. Semoga aman di alam sana....

Ogos 29, 2006 1:23 PTG

 
Blogger Anonymous said...

aku suka sajak ko ini.

aku suka tajuknya.

aku akan merindui rona-rona terang terlukis di kanvas sentuhan jeri.

Ogos 29, 2006 1:36 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

al fatihah...

Ogos 29, 2006 3:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Gitar,
Aku baru terima cd (audio) lagu2 puisi yang kita suka tu. Sedang dengar.

Semut,
Lepas makan mestilah haus. Aku cadangkan kepada Ma'amor - patut, lebih banyak aktiviti Balai Seni Lukis pada sebelah malam. Moodnya sungguh lain....

Molus,
Ben tak sempat pergi. Dia kata, dia out malam tadi, selsema!

Purp,
Biar di sana aman dan di sini pun aman.

Po,
Pameran installation Jeri Azhari masih berlangsung di Balai. Bersebeahan dengan ruang pameran Salute to Jeri Azhari. Tingkat tiga.

Ogos 29, 2006 3:24 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Kau sudah tulis sajak? Ha ha ha!
Erk.. al-Fatihah untuk Jeri. Moga kau sentiasa tenang di sana.

Ogos 29, 2006 3:30 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

786,
Aku belasah je tulis sajak ni.
Kalau tak reti tulis sajak kalu - Amir Mukhriz + Jones maki! Ha ha.

Ogos 29, 2006 5:47 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

kata tak pandai? ok ni sajak ni

Ogos 30, 2006 2:23 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Amin!

Ogos 30, 2006 9:47 PG

 
Blogger Amanitium Cho said...

semoga doa rakan-rakan dapat menyelesakan dia di tempat baru.

Ogos 30, 2006 10:05 PG

 
Blogger Pnut said...

naga ko dpt tak msg aku kat ym...??
ko tanya pasal lagu ape? lagu kat blog aku ke??? confuse la....
org lelaki mmg cenggini yek...suka bagi perempuan tertanya-tanya.... macam mawi ina....ahaks...

Ogos 30, 2006 10:18 PG

 
Blogger Keluarga Zulkarnain said...

Aku tak paham

Siapa itu Mawi..Ina ?

Kalau Siti dan Datuk K

Aku tahu

:)

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

Ogos 30, 2006 10:37 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Pnut,
Msg? YM? Msg kat YM? Kau hantar msg kat aku? Wow!!!

Ha ha.

Ya ya. Lagu kat blog kau tu laa... Takpe, aku dah dapat dah lagu tu. Terima kasih.

Buk dokter,
Mawi sama Ina = seliburiti juga. Kalau nanti 'biduk lalu kiambang bertaut (kembali)' - loh - bisa kawin2 kayak Cinderella; persis "datuk kkkk, stesen datuk kkkk..." ama tanter siti juga dech!

Emberrr! Ha ha.

Ogos 30, 2006 11:28 PG

 
Blogger Rie said...

..yang hidup tak reti-reti.

Al fatihah bagi yang dah pergi.....

Ogos 30, 2006 1:09 PTG

 
Blogger Ron97 said...

kau bawa al-quran elektronik?

Ogos 30, 2006 2:20 PTG

 
Blogger abdullahjones said...

Bayangkan. Kamu haus setelah lama berjalan masuk kampung untuk ke kenduri sahabat kamu dan setibanya kamu di majlis, di hidangkannya oleh mereka segelas sirap panas. SIRAP PANAS! gila apa.

Ogos 30, 2006 3:16 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Jones,
HA HA!

Ya ya, gila sungguh!

Ogos 30, 2006 3:59 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

cinta pertama, banggggg... cinta pertama....... macam mana ina nak lupakan.... [sila baca dengan nada mendayu-dayu]

*tit*

aku tukar ke channel yang nampak dan berbunyi lebih bijak.

September 01, 2006 5:21 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home