Bebek
Kalau. Perempuan kau. Masuk tandas awam. Tentu kau. Tak ikut sekali. Kan? Tentu kau. Tunggu di luar. Kan? Kan? Dan. Kalau kau tunggu betul-betul di depan pintu tandas - tentu tak cool. Kan? Kan? Kan? Jadi. Kau tunggu jauh sikit. Kan? Kan? Di depan kedai jual kemeja t yang ada tulis perkataan 'LANGKAWI', misalnya. Kan?
Kemudian. Lalu perempuan lain. Bukan perempuan kau. Perempuan lain! Cantik juga. Pakai bebek (bareback?).
Kemudian. Dia belek baju-baju. Yang bergantungan itu. Dan. Bola mata nakal kau. TERlirik. Ke arah belakang tubuh mulusnya. Yang terdedah dan menyihir; tanpa jerawat itu.
Kemudian. Dia toleh kat kau. Dia senyum kat kau. Kau sengeh kat dia. Dia tanya kat kau...
“Err... baju ni... yang lengan panjang... ada tak, pakcik?”
“(Pakcik?) Aaa... entah! Aku bukan jual baju... Aku tunggu bini!”
“Ops! Sorry...”
Kemudian. Kau rasa. Macam nak redah masuk. Ke dalam tandas perempuan. Dan. Pekik-pekik..., “Awak berak batu ke, Cik Bebek... aaa... Cik Bibah oiiii?”
35 Comments:
wakaka.bebek.takpe.kalau korang nak beli belah kat kedai karpet bangla dan tiba-tiba makcik dan anak dara datang dan tanya karpet besar sikit takder kat korang?jawab jer stok dah abis.
Wah!!first komentar.
September 05, 2006 9:27 PG
Tabik Pakcik!
September 05, 2006 9:51 PG
pakcik... padan muko!
September 05, 2006 10:01 PG
Whoa, Bebek best!
"Bebek Mountain"
Maksudnya, gunung dibelakang
yakni...
aisey, kang kena ban pulak aku.
September 05, 2006 10:13 PG
mata yang nakal pakcik.hohohoho
September 05, 2006 10:19 PG
orang yang dah kawin memang camtu ke?
September 05, 2006 10:20 PG
cepat sungguh balasan Tuhan tiba akibat TERlirik itu ya? hahahaha
September 05, 2006 10:21 PG
benda percuma + mata nakal = masuk neraka.
naga, neraka tu memang wujud kan? kan? kan?
September 05, 2006 10:34 PG
“Err... baju ni... yang lengan panjang... ada tak, pakcik?”
"Err.. sori.. Datuk.. saya Datuk N..."
:-)
September 05, 2006 10:56 PG
Hahaha...jelingan mata nakal disalahtafsir oleh sipemakai bebek...hahaha
September 05, 2006 11:26 PG
come on bebek!
hahahahah
September 05, 2006 11:31 PG
Mut,
Nasib baik dia tak tanya, “berapa sen kena bayar untuk masuk ke tandas ni, pakcik?” Ha ha.
Pai,
Tabik elu juga!
Vovin,
Ya ya. bebek best! Ha ha.
Organ,
Ha ha.
Mamak Maniq,
Kau bujak lagi ke? Kau bebek juga ke? Ha ha.
Hana,
Dah pakai bebek... lelaki mana yang tak TERlirik? Ha ha.
Molus,
Apa pula tak wujudnya. Panas ooo... Takde aircond ooo...
Ha ha.
Spyz,
Ha ha. Lawak la lu, Datuk 'T'.
Yangma,
Minta baju lenagn panjang - coz dia takut legam kena matahari la tu, ntah, kot!
Datin D,
Masa aku TERlirik - perempuan bebek tu tak nampak...
Or, setelah aku fikir dalam2 - ermmmm.... dia bukan nak tanya harga t shirt tu pun la... Dia memang sedang hantar SIGNAL nak pikat aku laa.... Hish! Kenapa aku tak fikir ke situ hari tu? Laaa.... Damn!!!!
Mulan,
Bebek, beb! Bebekkkkk! Lelaki manalah yang tak akan melirik????? Ha ha.
September 05, 2006 11:39 PG
Kalau mulus bukan TERlirik tu tapi MElirik.....
Kalau berjerawat agaknya apa pulak...?
Hehehe
September 05, 2006 12:09 PTG
ada mole tak? kat situ.. emmm haha
September 05, 2006 2:43 PTG
Ha ha ha
Kau memang kelakar.
Tak, aku tak tunggu kat kedai menjual kemeja T.
Aku berdiri di sisi dinding jamban sambil hisap rokok dan mendengar dari corong sisip angin.
"uuggghhh..uuuggghhh...ahhhh"
Lalu ungka pun bersahut-sahutan...
uwooopp! uwooopppp! uwoooppp!
September 05, 2006 3:31 PTG
Dug,
Ha ha.
Purp,
Entah! Ha ha.
Esis,
Plain! Ha ha.
Po,
Uwooop! Uwooppp! Ha ha.
September 05, 2006 3:55 PTG
baju kau ader tulis langkawi jugak ker...?
September 05, 2006 5:06 PTG
Ontah,
Tak ada tulis 'Langkawi', tapi ada tulis 'Awana Porto Malai'. Ha ha.
September 05, 2006 5:12 PTG
Ha ha ha
September 05, 2006 5:57 PTG
ye lah
ye lah
dia bagi signal
(aku saja nak sedapkan hati engkau..)
September 05, 2006 7:43 PTG
Spyz,
Damn! Ha ha. Uwooop! Uwoopppp!
September 05, 2006 9:05 PTG
Itote,
'Pakcik' pun kira okay lagi... Jangan perempuan bebek tu panggil aku 'pak besaq' dah le... Ha ha.
September 05, 2006 9:06 PTG
Aku pernah kena jugak. Kedai nasi campur. Orang tu cakap dgn aku, jangan letak ayam goreng. Suka hati aku la aku nak letak ke tak, aku yg nak makan, bukan kau.
Tapi orang tu tak bebek.
September 06, 2006 12:22 PG
pakcik, bila nak makan dikedai yang namanya macam...
ah, kedai itulah.
September 06, 2006 1:40 PG
Abang Naga,
Lain kali pakai T-shirt yang ada tulisan "Aku tengah tunggu bini. Dia ke TANDAS!"... Haha
September 06, 2006 1:41 PG
1. Pakcik lelaki yang sihat.
2. Pakcik perlu jawab kepada Bebek, "Jika awak keluar dengan saya, saya bagi satu T-Shirt Free dan sebotol minyak gamat. Juga Free."
September 06, 2006 8:21 PG
1,
Kalau kau letak lima ketul ayam goreng kat pinggan kau - mesti dia panik. Ha ha.
Sayut,
Vargina? Sabtu pagi. Dalam kul 10 or 11.
Cat,
Next time, aku akan pakai t shirt '...bukan sekadar handsome. seksi jugalah!'
Limau,
Aku patut jawab, “Nak yang lengan panjang? Jom! Aku bawa kau balik KL. Mao?” Ha ha.
September 06, 2006 8:44 PG
Ikan bebek aku tau.
Memang terkenal.
Biasanya cencaru dengan sambal ikan kerin.
September 06, 2006 2:02 PTG
Errr.... sambal cabai kerin maksud aku.
Psss... Lu tak tanya "U wanna gum sol-jah" kat gadis bebek tu?
September 06, 2006 2:03 PTG
ahsuez pergi kedai dengan berseluar pendek. sahaja.
waktu umur tadika di kampung.
September 06, 2006 3:41 PTG
Di Surabaya..masakan yang paling famous adalah NASI BEBEK GORENG..
dengan sambal mangga muda...wah...Slruup..
Bisa lupa bini dan mak mertua :D
haha
Bunda Shafiya
http://keluargazulkarnain.blogspot.com
September 06, 2006 5:45 PTG
Khal,
Ha ha. Lupa pula aku nak kata, “wanna gum, sol-jah?” kat perempuan bebek tu.
Ahsuez,
Seluar pendek? Hot pants ka? Ha ha.
Ina (ex-tunang Mawi),
Kalau kau mao lupakan Mawi - makanlah NASI BEBEK! Tak begitu, bok dokter?
Ha ha.
September 06, 2006 7:22 PTG
alamak, lambat baca... mungkin lain kalilah encik.
September 10, 2006 4:59 PTG
ko nih klakar la hahahahahhaha
September 12, 2006 11:39 PG
mMMmmmmuaaKKKKkaaaaa.....pakcik! jatuh saham bro!
September 13, 2006 12:52 PTG
Catat Ulasan
<< Home